No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 30 September 2015

Kari Daging dan Ubi Keladi

  Hujung minggu lepas 2 hari Sabtu dan Ahad kami sibukkan diri mengemas salah satu sudut Kebun Bahagia Bersama yang lama sudah tidak diusahakan kawasan yang ada dengan lebih productive lagi. Salah satu faktor ianya tidak diusahakan kerana pokok-pokok di keliling sudah meninggi jadi bertambah gelap. Maka pada hari Sabtu memang kami cerahkan kawasan tersebut dah terang-benderang semula apabila pokok-pokok besar telah diberikan hard-pruning. Kemudian hari Ahad sambung kemas-kemas lagi dengan menanam pelbagai jenis tanaman makanan untuk meningkatkan productivity dan kepelbagaian hasil akan datang di kawasan tersebut. Antaranya kami juga menanam beberapa anak pokok pisang. Sebagai contoh, gambar di bawah adalah sulur pisang nangka  yang baru dipindahkan bersebelahan petak keladi yang dah lama dilupakan.
  Punyalah selalu tak endahkan kawasan ini, bila pandang banyak kali pokok-pokok keladi yang terabai ini, barulah Tukang Kebun sedar yang ini jenis variety lain dari jenis-jenis keladi yang ada tumbuh di Kebun Bahagia Bersama. Yang mula-mula menarik perhatian Tukang Kebun tengok banyak kali bila melihat batang pokoknya adalah berwarna keputihan bukan hijau biasa pada pokok keladi yang biasa dibuat makan. Batangnya memang amat berwarna ke arah putih, dan ada warna macam merah jambu pada batang yang berumur berdekatan dengan tangkai leher daun. Belek-belek lagi urat daun belah bawah berwarna putih, manakala urat daun belah atas berwarna hijau kebiru-biruan. Pokoknya pun jenis bukan besar. Lantas cuba cari kalau ada ubi yang belum kena santap dengan PETS di belakang sebab lama tak hiraukan pokok-pokok keladi ini takut dah lama ubinya jadi habuan PETS.
  Nasib ada juga ubi yang saiz sederhana tak kena santap dulu, bila dipotong nampaknya isi berwarna creamy white. Kemudian Tukang Kebun cuba rebus bersama-sama dengan ubi keladi mawar nak tengok perbezaannya. Setelah direbus hingga hampir empuk ubinya, kelihatan jenis ubi keladi berbatang putih ini ada sebahagian isinya bertukar seperti warna keunggu-ungguan. Berlainan dengan texture ubi keladi mawar, ubi tersebut kurang berkanji dan tidak melekit-lekit berbanding dengan ubi keladi mawar. Rasa firm macam ubi kentang.
  Kebetulan untuk dinner semalam target nak masak daging lembu, lepas tu ubi kentang takde pula jika nak buat kari daging. Maka terfikir nak buat experiment gantikan stok ubi keladi yang ada di dapur dengan ubi kentang dalam masakan kari daging. Untuk keselamatan, Tukang Kebun rebuslah dulu ubi keladi tersebut sehingga dah agak empok untuk ditambahkan dalam kuah kari yang akan dimasak kemudian. Siap rebus tukar air 2 kali, in case, tapi tak gatal pun masa kupas kulitnya. Bila dah direbus ubi keladi batang putih ini, nampak isinya macam firm seperti ubi kentang. Memang lepas masak kari daging dan ubi keladi ini, kalau Tukang Kebun tak cakap, dearest husband pun kata dia ingat rasa macam ubi kentang. Rasanya tak berkanji lemak atau tidak melekit macam jenis-jenis tertentu ubi keladi. Syukur Alhamdulillah menjadi juga experiment ini, lain kali kalau tuai ubi keladi jenis ini boleh je substitute sebagai ubi kentang untuk lauk-lauk bergulai macam kari.

  Sebenarnya bila refresh kembali memory Tukang Kebun, rasa-rasanya ubi keladi yang Tukang Kebun tanam di sudut berhampiran bawah pokok kelapa ini ialah yang bibitnya Tukang Kebun bawa balik pertengahan tahun 2013. Kalau tak silap Big Boss suruh tanam bawa balik, masa kami ke Tamu rasanya penjual kata jenis keladi ini batangnya biasa dibuat untuk makan juga. Untuk mengelakkan kekeliruan dengan ubi keladi jenis lain, antara sebab Tukang Kebun tanam di sudut tersebut. Dah tanam, lama terabai.
  Sambil-sambil mengemas sudut ini adalah juga reward yang dapat seperti mangga jenis epal. Walaupun kulitnya tak cantik, isinya masih cantik dan sedap masam manis yang dah masak sikit.
  Kalau kawan-kawan tahu agak-agak ini jenis keladi apa, bolehlah mohon berkongsi ilmu dengan kami. Pokok ubi keladi jenis boleh makan dalam dunia ini pun ada lebih 200 jenis memang jenuh gak nak check setiap characteristic ubi keladi ini.

Kebarangkalian esok pagi jika ada gardeners yang nak self-collect di Shah Alam, mungkin boleh. Yang berminat nak self-collect esok pagi di Shah Alam boleh email Tukang Kebun (kebunkmg@gmail.com) sebelum pukul 5 petang ni ya.

4 ulasan:

Sha Mohamed berkata...

Wah satu kelainan dan kelpebagaian yang menarik..
mungkin tukan kebun boleh komersialkan selepas tau jenisnya..

Normala Saad berkata...

sedapnya gulai keladi dngan daging...kalau bab keladi ni, dikampung kak dulu banyak yang suka tanam keladi telur..bila musim kering baru cabut pokok tu. Boleh tengok, ubi yang keluar berketul-ketul banyak..

Bunda_nora berkata...

Wah! menjadi lah eksperimen TK...cik abang pun setuju rasanya macam ubi kentang....

Yang kari daging tu.. buat bunda telan air lior jer... sedap sangat nampak... daging korban ke? mesti fresh kann...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shahida.

Ubi keladi ni memang banyak sungguh jenisnya kalau nak banding dengan ubi keledek.


Salam Bahagia Kak Mala.

Daging korban fresh itu yang lebih sedap juga hehehe...
Diana ni banyak nak kena belajar mengenai ubi keladi lagi ni.
Tak pandai lagi cara nak masak apa ikut jenis ubi keladi.
Susah nak dapat ubi keladi telur sekarang kan.

Salam Bahagia Bunda_Nora.

Nasib baik eksperimen menjadi sesuai untuk buat pengganti ubi kentang dalam lauk berkuah ni.
Ya daging korban itu makin selera makan naik up up.