No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 3 Ogos 2015

JackFruit Syawal Joy

 Suatu hari dalam bulan Syawal, Tukang Kebun berehat di bawah pokok assam jawa sambil memerhatikan telatah PETS di belakang. Bila pusing ke arah pokok nangka kelihatan si angsa jantan Rocket dah mula menggigit-gigit buah nangka di pokok. Sebelum itu, Tukang Kebun dah check rasa macam tak masak je lagi, rupa-rupanya Rocket lebih pandai dah masak rupanya. Agaknya sengaja Rocket gigit-gigit dulu nak bagi petanda dekat Tukang Kebun. Dari tupai yang tebuk dulu, baik Rocket ambil chance merasa sikit. Anak angsa dahulu pun cepat besar, si Momo kekadang Tukang Kebun tersilap keliru ingatkan maknya si Lady.
 Apalagi teruslah tuai masuk dalam kereta sorong. Syukur Alhamdulillah Aidilfitri tahun ini memang rezeki musim buah nangka banyak. Aidilfitri tahun lepas pula, lumayan buah cempedak adik-beradiknya (related posting klik sini). Pokok cempedak pula tahun ini masa cuti hari buruh baru kena hard-pruning, InsyaAllah nanti ada rancak semula musim buahnya sudah kelihatan banyak dahan-dahan baru merimbun. Thanks to Rocket memang enak bersari sungguh ulas isi buah nangka tersebut. Sampai Abby dan Rayyan tak putus-putus jamu sambil papa keluarkan isinya. Siap Panther pun join in buat inspection. Papa pun tak keluarkan semua ada disimpan bahagian untuk dikongsi-kongsi dengan angsa-angsa keesokan harinya bila dah siang.
  Tukang Kebun nak umumkan penghantaran minggu ini yang patut pos hari ini tertangguh sekejap sehingga Tukang Kebun rasa sihat dan segar semula. Minta maaf banyak-banyak sebab dari malam semalam dah tak mampu nak gerak sangat, urat-urat dalam badan menjerit-jerit kesakitan. Hari ini satu hari duduk dalam selimut, menggigil-gigil badan, pakai selimut berlapis-lapis pun masih sejuk sebab yang sejuk datang dari dalam badan. Rasanya demam urat, over-working and fatigue. Kekadang panas, kekadang sejuk tapi yang tak tahannya urat seperti menyusuk-nyusuk badan. Rasa macam baru bersalin pula. Sampai sebelah siang terpaksa mengharapkan kepada Ilhan untuk mandikan adik Abby sambil dia bersiap-sedia ke sekolah. Sorry ya Ilhan hari ini masa papa takde, kena balik dan jalan kaki ke sekolah.

  Bermula dari pagi Ahad pukul 3 lebih terjaga rasa sakit-sakit urat badan kejang dan rasa nak mula demam. Terus kejutkan suami minta ambilkan painkiller dan urutkan. Nak minum air pegang cawan pun tak dapat grip sakit sangat urat. Suami pun tak cakap banyak sebab orang yang tak suka makan ubat lagi-lagi kalau demam biasa pun tak makan ubat, pukul 3 pagi boleh request painkiller.

 Syukur Alhamdulillah sebelum maghrib berendam dalam spa Serai-Acheh rasa segar badan dan bolehlah telan-telan bubur orang lelaki buat hasil google cara nak buat bubur (dah bini tak kuasa nak layan). Patutlah Ilhan masa demam hari tu, lepas mandi rebusan air Serai Acheh ada rasa segar dan ada boleh nak isi perut.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 5th August 2015, Wednesday between 9:00PM~9:30PM at Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 8th August 2015, Saturday between 9:00AM~9:30AM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 9th August 2015, Sunday between 9:00AM~9:30AM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh

6 ulasan:

Kakzakie berkata...

Itu dia puas makan nangka.
Tempat kakak musim cempedak.

nasa mulia berkata...

Alahai...cepat sihat ya tukang kebun...perubahan cuaca kot macam dah nak start musim hujan skarang ini...raya hari tu rasa macam dah nak demam, gi beraya tahan diri dari minum ais, kalau minum pun bilas cepat2 dengan air masak.,...

Fida Z Ein berkata...

Dah sihat ka... minum ayor banyak2...

Norish.NN berkata...

Get well soon Sis.

hijau berkata...

Cianya dierrr, moga cepat sembuh Diana... Muahhhhhhhhhhh

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Syukur Alhamdulillah memang rasa puas hati musim nangka kali ini.

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Masa Ramadhan lepas tu, Tukang Kebun kuat juga buka puasa je nak minuman berais, kalau tak rasa tak puas je.
Sekarang ni dah hati-hati kurang dah minuman berais dengan perubahan cuaca banyak hujan sekarang.

Salam Bahagia Fida.

Syukur Alhamdulillah badan dah makin cergas semula.

Salam Bahagia Norish.

Thank you for the good well wishes dear.

Salam Bahagia Ima.

Banyak terima kasih sayang ni, InsyaAllah cepat pulih semula ni.