Baka pokok pink guava ini diturunkan secara turun temurun dari nenek moyang tukang kebun lagi dan memberikan banyak sentimental value kepada tuan tanah Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun pun membesar bersama-sama dengan pokok pink guava sejak kecil lagi termasuklah tuan tanah Kebun Bahagia Bersama. Di atas pokok pink guava tukang kebun berlatih memanjat pokok dan dijadikan tempat bermain sebab tiada adik-beradik lain menjadi teman untuk bermain. Bila tengok anak-anak sendiri bermain sesama mereka, seronok sebab jarak umur mereka dekat-dekat. Tukang kebun dan adik lelaki tukang kebun Dany beza umur sudah hampir 10 tahun. Jadi pokok pink guava tempat bermain bersendirian apabila bosan duduk di dalam rumah semasa kami tinggal di kawasan perumahan teres Jalan Tepak Seksyen 11/8, Shah Alam. Papa tukang kebun pun banyak ambil gambar klasik tukang kebun atas pokok pink guava. Asal pokok pink guava ini ada sentimental value di mana benih pokoknya yang diketahui asalnya dari kebun moyang papa yang disampaikan oleh makcik papa tukang kebun ke papa. Baru tukang kebun tahu asal baka pink guava di rumah apabila big boss buka cerita tahun lepas pesan minta pruning yang menghadap ampaian baju. Papa memang gemar pink guava ini, mama kata papa petik makan pink guava sambil potong-potong rumput. Tukang kebun rasa papa rindu arwah neneknya yang menjaga dia masa kecil, sebab itu pokok pink guava ini mama rajin semaikan. Bila kami pindah ke Sungai Buloh, pokok pink guava juga menjadi teman memerhatikan urusan harian kami.
November lepas, pokok pink guava yang menghadap ampaian sarat dengan buah-buah yang dah masak. Bahagia si burung-burung menikmati buah-buah yang masak tu. Dearest hubby pula outstation 2 minggu, terliur-liur tukang kebun tengok buah-buah pink guava yang dah sudah molek masak tu. Panjat atas tembok pagar capai-capai je lah mana yang sampai dulu hingga tunggu dearest hubby balik. Buah pink guava ni ramai peminat, bila si tupai dah tinggalkan bekas pelbagai serangga pula datang menikmatinya. Tumbuh secara organik tentulah selamat dimakan. Buah pink guava ni bila dah masak dari hijau bertukar kepada warna kekuningan dan isinya berwarna merah jambu. Kebetulan pula beberapa minggu sebelumnya rancangan Majalah 3 ada tunjukkan perusahaan buat cordial jus pink guava di Perak. Bila tengok ladangnya cantik berbaris pokoknya tapi yang tak sedap mata memandang bila tengok ada kesan line baris di bawah pokok warna coklat rumpai dah nampak kering macam kesan racun. Buah-buah atas pokok pun nampak cantik berkilat tiada kesan apa-apa, hati tukang kebun sudah curiga. Takpelah tukang kebun punya hasil tak cantik pun tapi hati tak takut nak makan. Pokok pink guava banyak dah membesar sekarang tumbuh senang merata-rata di Kebun Bahagia Bersama sampai pokok yang gambar di atas, tuan tanah kata nak tebang pun tak pe kalau rasa nak pakai ruang situ tanam pokok lain. Tak pelah papa biar je dulu, lagipun tukang kebun testing testing je dulu anak pokok yang dipindahkan berdekatan sesuai atau tidak. Mmmm...tukang kebun belum pasti nak respond apabila tuan tanah lepas tu tanya: Do you think you can have a collection of at least 100 species of fruit plants here?
Hujung tahun lepas, big boss tak tahan nak tunggu jadi digondolkan pokok pink guava yang tukang kebun bulatkan berwarna oren di gambar bawah. Musim kemarau naik pula pucuk-pucuk baru. Big boss dah pesan lama suruh cantas pokok pink guava tu dah berapa kali dia balik tak dibuat-buat. Bukan sengaja tak buat kerja tak habis-habis lagi yang lain jadi projek pending. Degil tu tak dengar kata doktor tangan tu nak kena rehat, dia cantas yang tercapai dengan meniti tembok depan ampaian. Akhirnya yang 2 batang sebelah 2 minggu lepas hubby dah cantas sebab mula-mula dia ragu-ragu nak cantas banyak mana. Tukang kebun kata gondolkan je potong semua sebab yang mama buat ok je dah tumbuh pucuk-pucuk baru. Big Boss paling faham kerenah pokok pink guava sebab pokok pink guava solo di Shah Alam dulu dialah yang bela dan selalu pruning pokoknya supaya tak besar. Majlis Perbandaran Shah Alam dulu selalu bising pasal pokok pink guava di depan rumah takut ianya besar jadi selalu bertekak dengan papa (baru tukang kebun faham kenapa mama selalu rajin prune pokok pink guava solo tu). Padahal dekat belakang rumah tu ada mama tanam pokok mempelam telur ketinggian ada sama macam 3 tingkat. Sekarang ni pokok pink guava solo di Shah Alam dulu dah banyak zuriatnya di Kebun Bahagia Bersama. Yang unik pokok pink guava ni juga adalah batangnya lain dari pokok lain, tukang kebun suka membezakan antara pokok-pokok jambu jenis yang lain. Tekstur kulit batang pokok pink guava halus tak kasar dan berwarna cerah ada macam pink-pink juga. Yang batang pokok hubby tukang kebun potong tu di bawahnya bila Sean datang lawat hari tu baru tukang kebun perasan bila Sean komen ada kesan kena tetak atau kelar. Bulan ni dah keluar pucuk-pucuk baru di bahagian bawah kesan tersebut. Rasanya kesan tetakan tu mama yang buat kut (dia paling faham kerenah pokok ini). Pokok pink guava ni kalau rajin pruning boleh maintain pokoknya saiz bonsai rasanya sebab banyak yang dah mula berbuah pun baru takat 5~6 kaki pun ada di kebun. Kemarau lalu, banyak pula anak-anak pokok pink guava muncul depan kawasan ampaian dari pokok ini. Minggu ini, pokok jambu air di sebelahnya sarat berbuah, mulalah banyak burung-burung berkerumun mencari yang dah masak.
~ Pokok Pink Guava (D.O.B August 2014 from seeds) ~
1 pot for RM10.00 <for further details kebunkmg@gmail.com>
15 ulasan:
Salam. Pokok nie boleh ditanam guna benih ke? Kalau ada, benih dia dijual berapa ringgit?
Pokok pink guana saiz kecil macam ni susah dah nak dapat sekarang. sedap kan.
Masa kecil kat kampung dulu ada jugak jumpa pokok ni pokoknya besar dan beranting. kat situ juga tempat yang best nak panjat. petik buah sambil makan di atas pokok :)
Lama sangat Kak tak nampak Pink Guava jenis kecil ni. Masa kak kecil dulu sering makan jambu ni.Lansung teringat kat arwah Ayah. Ada benih dia tak Diana?
Diana.... saya nak 1 pot ye pokok ni
Salam Abuya Hayat,
Pokok pink guava memang boleh semai dari biji benih tapi tak tahulah peratusan percambahannya macam mana. Tukang kebun untuk masa ini tak bekalkan biji benih cuma anak pokok sahaja. Lagipun bukan musim berbuah sekarang dah habis sebab musim kemarau tempoh lalu dia berehat.
Bunga Tulip,
Ya susah nak dapatkan baka ini sekarang. Dulu masa kecil belum ranum betul pun dah tak sabar nak petik makan. Memang pokok yang seronok untuk dibuat memanjat.
Kak Mala,
Banyak juga pokoknya timbul sendiri sini sana berjaya tinggi jika mereka pandai pilih tempat yang tak kena potong sekali dengan rumput. Sebab tu tuan tanah tak khuatir sangat baka ini hilang dekat KBB. Si burung yang suka makan juga banyak membantu. Biji benih Diana tak supply, cuma dalam bentuk anak pokok sahaja.
Awin,
Tukang kebun simpankan ya.
K Mar 1 pokok ya..
InsyaAllah ada sepokok untuk Kak Mar.
Diana....ssya juga nak sepokok. nak geng jugak dengan kak Mar ;)
Ada tukang kebun simpankan for Awin.
Stok pun limited dah tak banyak.
ada lagi tak? kalau ada nak satu ya Diana. TK.
InsyaAllah standby ready untuk Kak Muna early next month.
Assalamualaikum. saya nak 2 pokok. ada lagi ke?
ahmad fariz
Waalaikumsalam Ahmad Fariz.
Ada 2 anak pokok boleh kami bekalkan.
Sy berminat nk dapatkn benih pokok ni..mcm mne ye...
Salam Bahagia Farhana.
Boleh self-collect di Sungai Buloh atau via Pos Laju dalam Semenanjung Malaysia. For further details boleh email ke kebunkmg@gmail.com .
Catat Ulasan