No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 30 September 2013

Pokok Garlic Vine, the False Garlic plant

 Sekarang musim bunga pokok garlic vine, kelihatan banyak rumah-rumah di kampung kami ini pokok garlic vine sedang meriah berbunga. Pokok bunga memanjat ini dipanggil garlic vine kerana apabila daunnya diramas-ramas akan berbau seperti bawang putih. Walaupun bau daunnya pokok garlic vine ataupun dipanggil 'False Garlic' mirip bawang putih, pokoknya tiada hubungan dengan tanaman bawang putih yang digunakan sebagai bahan masakan. Di kawasan hutan Amazon, daunnya digunakan sebagai rempah ratus masakan atau ubat traditional menjadi pengganti kepada bawang putih. Ada laporan mengatakan pokok ini juga boleh digunakan sebagai 'mosquito repellent'. Tukang kebun fikir-fikir daun-daun pokok garlic vine juga boleh menjadi alternatif untuk membuat  home-made jus spray serangga perosak tanaman organik di kebun. Dari menggunakan bawang-bawang putih masakan, mungkin boleh berjimat dengan menggunakan daun-daun dari pokok garlic vine. Ada juga laporan mengenai persediaan ranting dan daunnya dalam air mandian untuk membantu mengurangkan demam, sakit-sakit sendi dan juga untuk menyegarkan badan dari kepenatan. Orang asli Amazon dikatakan memberikan air rebusan bahagian pokok garlic vine kepada anjing-anjing mereka sebelum pergi memburu.
 Putik-putik bunga garlic vine akan muncul di nodes atau 'mata-mata' di bahagian ranting di mana daunnya juga tumbuh seperti yang ditunjukkan dengan anak panah dalam gambar. Berbeza dengan pokok Si "drunken sailor"  yang pantas sahaja tumbuh balik apabila diberi hard pruning, pokok garlic vine adalah jenis pokok 'my pace' sedikit tidak perlu dicantas kerana bunganya keluar dari 'mata-mata' sepanjang rantingnya.
Satu keunikan warna bunga garlic vine akan berubah menjadikan gugusan bunganya mempunyai warna yang berbeza. Apabila baru sahaja kembang bewarna ungu terang dan bila sudah tua menjadi warna light purple pinkish.

~ Pokok Garlic Vine ~

1 Bekas RM8.00

6 ulasan:

suka suka berkata...

K Mar nak sepasu ...

TukangKebun berkata...

Boleh untuk Kak Mar kami simpankan.

nina berkata...

Garlic Vine saya baru sampai hari ini..tq Tukang Kebun.

TukangKebun berkata...

Syukur Alhamdulillah selamat terima Sis Nina, banyak tu projek nak pindahkan tu.

Nora shikin berkata...

Assalamualaikum... sis bleh x bg no tpon, sye dah lama.cari pokok garlic vine ni.. 01127719626

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Nora Shikin.

Garlic vine ada ready stock.
Boleh enquire email ke (kebunkmg@gmail.com).