Pokok bunga garlic vine memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk berbunga dengan lebih baik dan lebat. Tidak akan beberapa nak berbunga apabila diletakkan dalam tempat terlindung. Jadi bila dah lama sayang-sayang sangat letak di tempat teduh, tak tumbuh sangat tibalah masa untuk pindahkan pokok garlic anda kepada kawasan yang menerima pendedahan cahaya matahari yang banyak sepanjang hari. Lebih-lebih lagi musim hujan ini adalah musim yang baik untuk memindahkan pokoknya ke tempat yang terdedah kepada cahaya matahari.
Kadangkala bila dah sayang sangat pokok-pokok yang sukar didapati, takut cepat mati kita simpan di tempat teduh lama-lama. Tapi perlu kita go back to basic, fikir faktor persekitaran yang jenis tumbuhan tersebut gemari. Sebagai contoh, pokok bunga garlic vine tidak mempunyai batang pokok yang besar tetapi sifatnya adalah jenis pokok memanjat dan boleh memanjat tinggi kerana mencari cahaya matahari yang banyak untuk dirinya. Sebagai contoh, gambar No. 1 di atas memanjat tinggi dah sama tinggi dengan wayar elektrik di luar.
Kadangkala Tukang Kebun pun lupa akan nasib si garlic vine apabila sibuk kemaskan kawasan lain. Suatu hari apabila Tukang Kebun sibuk mengemas di tepi kolam, kelihatan batang-batang garlic vine yang sudah panjang meninggi di situ yang terlindung dengan rimbunan pokok mickey mouse yang dililitnya nampak botak tiada daun-daun lagi macam dah mati gitu. Setelah cerahkan kawasan tersebut dengan buat hard pruning beberapa hari kemudian kelihatan tunas-tunas baru keluar dari batang garlic vine seperti gambar No. 2 & No. 3. Macam baru bernafas semula pokoknya. Barulah Tukang Kebun sedari kekadang bukan masalah pembajaan atau air tetapi kita lupa yang pokok garlic vine keperluannya juga ialah penerimaan pancaran matahari secara langsung yang banyak. Akibat pencahayaan yang kurang akan menyebabkan pokok garlic vine jadi segan nak hidup.
Antara tips penjagaan garlic vine yang dapat dikongsi hari ini, lebih-lebih lagi musim hujan ini boleh mengakibatkan garlic vine tenggelam apabila pokok di kelilingnya pesat merimbun kita kena pastikan yang garlic vine tidak terlindung untuk mendapatkan pancaran cahaya matahari yang banyak.
More info on garlic vine boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
~1 pot garlic vine RM8.00 ~
Antara tips penjagaan garlic vine yang dapat dikongsi hari ini, lebih-lebih lagi musim hujan ini boleh mengakibatkan garlic vine tenggelam apabila pokok di kelilingnya pesat merimbun kita kena pastikan yang garlic vine tidak terlindung untuk mendapatkan pancaran cahaya matahari yang banyak.
More info on garlic vine boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
~1 pot garlic vine RM8.00 ~
Di kawasan asal pokok garlic vine di Amerika Selatan, kekadang daunnya juga digunakan pengganti bawang putih sebagai perencah. Bila terlihat tuaian Big Boss di KingFisher terfikir boleh buat gabungan seasoning daun garlic vine dan cili. Nak tunggu bawang putih membesar bukannya sekejap terutamanya di kawasan tropika ini. Untuk mereka yang adventure, bolehlah cuba daun garlic vine sebagai rencah.
Big Boss hampir setiap minggu jika tuaian cili nya lumayan menjual hasil tersebut di kedai Fresh Mate Taman KingFisher. Minggu lepas sekilogram cili adalah RM10. Minggu ini pula sekilogram cili adalah RM12 di Kota Kinabalu. Walaupun melalui gambar tak nampak banyak tuaian cili di atas, sebenarnya dah setengah bakul penuh dengan cili tu. Cuti sekolah ini bolehlah si Ilhan Mikhail tolong nenek kutip cili.
9 ulasan:
Meriahnya cili Sis Diana...
Kenapa agaknya diberi nama garlic ye. Ada bau bawang putih ke bunganya:)
bestnya tgk cili.....klau tgk kat pokok lagi geram
rasa nya rumah kaknoor pokok garlic vine ni diana, mmg cantik bunga nya kan
Seronoknye klu ade tanah n ade kudrat. Huhuhu.. Trgn nk tnm pokok byk2.. Tp mmpu tnm dlm pasu jer.. Kwsn xde.. Kudrat plak xde juge.. Huhu
geramnya tengok garlic vine Diana
Salam Bahagia Sis Norish.
Oh itu cili mama kami tu.
Kalau banyak lebih sekilogram dijualnya di kedai runcit berdekatan.
Salam Bahagia KakZakie Purvit,
Oh bila daun-daunnya di ramas, bau macam bawang putih.
Salam Bahagia Kak Suzie.
Laku jual cili di Sabah ni sekarang, banyak pemborong nak ambil.
Salam Bahagia Kak Noor.
Cantikkan bila musim bunganya bergugusan menghiasi pokoknya.
Salam Bahagia Sis Ladybird.
Di Australia untuk mereka yang tak kemampuan mereka gunakan raised bed tingg dalam 1 meter persegi dan tinggi untuk sambil duduk boleh bercucuk tanam sayuran juga. Mudahkan pergerakkan boleh keliling raised bed tersebut.
Salam Bahagia Kak Mala.
Pokok garlic vine tu dah berbelasan tahun menghuni situ Kak Mala, mama yang bela dulu. Sekarang terbiar.
untung juga menanam cili nie..boleh buat duit sampingan
Salam Bahagia Hanafi Abdullah.
Ya untung tanam pokok-pokok cili di rumah, boleh dijadikan pendapatan sampingan.
Catat Ulasan