No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 22 Disember 2015

First Pearl


   Hari ini Kebun Bahagia Bersama nak memperkenalkan pula batch 'Pearl' yang lahirnya selepas batch 'Shiro September OffSpring'. Ayam batch 'Pearl' ini lahir ketika musim jerebu teruk pada tahun 2015 ini. Musim jerebu ini telah juga menjadi faktor penurunan hasil telur dan juga anak ayam di Kebun Bahagia Bersama. Diperhatikan jumlah hasil telur ayam dan itik amat ketara turun ketika musim jerebu. Quality telur untuk dieramkan juga tidak berapa elok, banyak telur yang dieramkan, embryo mati didalam telur kerana terencat pembesarannya walaupun telur tersebut adalah fertile. Manakala yang berjaya menetas pula, anak ayam tidak tahan lama beberapa hari sahaja riwayatnya dalam belenggu jerebu. Ada juga yang lahir tidak sempurna anggotanya seperti mata buta sebelah atau paruh sengget.


   Sebagai contoh kelahiran anak ayam ini mengejutkan Kebun Bahagia Bersama kerana matanya buta sebelah. Di dalam gambar No. 2 ini mungkin tidak beberapa jelas, tetapi paruhnya juga senget sebelah jadi crossing di hujung paruhnya. Menunjukkan juga kesan jerebu mempengaruhi pembesaran embryo binatang. Maka, untuk ibu-ibu mengandung juga elakkan dari keluar rumah apabila cuaca jerebu teramat teruk. Pelbagai jenis asap yang terkumpul di udara boleh juga mempengaruhi kandungan kita apabila kita banyak terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Kita kerap baca kesan ibu mengandung yang merokok kepada kandungannya. Tidak menghairankan jika pencemaran jerebu yang teruk juga kebarangkalian mempengaruhi pembesaran kandungan di dalam ataupun menjadi punca masalah-masalah kesihatan lain pada masa akan datang. So be careful.

  
   Maka batch pearl ini memang yang paling survivor dan membesar sihat dapat berjaya harungi cuaca jerebu yang melanda teruk tahun ini. Kenapa dilabelkan batch pearl? Kerana ini adalah pertama kali kami menimang anak-anak ayam mutiara. Syukur Alhamdulillah dari pelaburan kecil awal tahun ini kami beli 10 ekor anak ayam mutiara sebagai induk (related posting klik sini), sudah dapat menimang anak-anak dari ibu-ibu betina tersebut. Walaupun banyak yang mati setelah Tukang Kebun bebaskan dari kandang, tetapi ada yang survive dan rajin bertelur. 

  Tukang Kebun rasa punca kematian ayam-ayam mutiara tersebut setelah dibebaskan, kebarangkalian 2 ekor ayam mutiara jantan veteren kepunyaan Big Boss bersifat territorial. Rasanya ayam-ayam mutiara yang saiz besar seakan jantan yang pula mati mungkin territorial dan berebut betina. Masing-masing nak buat harem sendiri. Yalah yang 2 ekor ayam mutiara jantan veteren tu dah bertahun-tahun duduk membujang je. Sebab yang tinggal akhirnya tinggal betina-betina sahaja dan saiz ketara lebih kecil dari yang dah mati-mati tanpa sebab. Ayam mutiara ini sebenarnya lebih lasak dari ayam kampung dan susah nak jinak. Yang ayam-ayam mutiara betina sekarang di bawah protection 2 ekor ayam mutiara jantan tersebut. Moga makin  banyaklah telur yang fertile diberikan kepada kami.


  Saiz anak-anak ayam mutiara ikut jenis bila baru menetas saiznya lebih kecil dari ayam-ayam kampung. Sebagai contoh dalam gambar No. 4 di atas adalah batch Batman yang semuanya baru menetas pada hari yang sama (related posting klik sini). Kelihatan 2 ekor anak ayam mutiara yang kepalanya berbelang di atas adalah lebih kecil saiznya berbanding dengan jenis anak-anak ayam kampung yang lain.


  Diet batch pearl adalah mirip kepada batch Shiro September OffSpring (related posting klik sini) diberikan pelbagai juga jenis buah-buahan ikut musim di Kebun Bahagia Bersama semasa pembesarannya sebagai contoh buah ciku dan buah belimbing besi. Nasi semalaman yang tidak habis juga akan diberikan kepada batch pearl.

  Terima kasih banyak-banyak kepada Sis Z dari TTDI juga yang menyumbangkan lagi 3 kilogram beras untuk pembesaran batch pearl dan Shiro September OffSpring.

  
  Untuk batch pearl ni kena bagi credit banyak penjagaan makanannya diberikan oleh adik perempuan Tukang Kebun Dahiyah. Tukang Kebun banyak cuti rehat dari kebun.

  Batch pearl ini selalu cuci pandangan tengok Petak E yang sedang semak tak sempat nak kejar pertumbuhan rumpai tumbuh dalam petak ni. Selain dari rumpai yang suka-suka tumbuh sendiri, di dalam Petak E ini ada juga sepohon mulberry dan beberapa pokok nenas untuk tatapan mereka. Biasanya bila dengar Tukang Kebun belah-belah kelapa, penghuni Kandang E bersebelahan Petak E ini suka bertenggek duduk atas para seperti di dalam gambar No. 7 di bawah sambil mengintip Tukang Kebun. Ada tak bahagian isi kelapa untuk kami ini, agaknya sambil menunggu.

  Beberapa hari ini banyak celoteh pasal ayam je kan. Manalah tahu ada yang terbuka hati nak berjinak-jinak belajar bela ayam pula tahun depan untuk sumber makanan. Bela 1~3 ekor pun jadilah kan. Sekurang-kurangnya bila dah berusia ada jugalah kenangan. Kami pun pengalaman kosong juga masa awal-awal timbul minat nak mencuba. Awal-awal banyak juga failure. There are many avian graves in the kebun this year. But don't be down its a part of learning. When you fail you acquire skills and experience along the path of success. The learning part gets more fun when the kids are also having fun learning along with their parents. The kids also give valuable opinion, advice and insight if you give them a chance to embark on this kind of journey together.



   Disebabkan permintaan banyak untuk ayam-ayam kampung, jadi Tukang Kebun pun tak berani nak announce sejak kebelakangan ini berpeluh-peluh nak catch up dengan demand. Batch ayam merdeka lalu terpaksa banyak kali Tukang Kebun tak dapat penuhi permintaan kerana stok habis cepat setelah dibuka offer. Lepas tu jerebu pula bagi setback production anak-anak ayam. Yang berminat untuk dapatkan bekalan daging ayam kampung segar dari Kebun Bahagia Bersama boleh merisik-risik juga bertanya kepada Tukang Kebun tahun depan ya. Tak perlu tunggu Tukang Kebun buat announcement sebab ada kebarangkalian tengok flow permintaan mungkin kami tak umumkan. Serba salah juga nak tolak permintaan bila bekalan tak mencukupi. Jadi boleh sahaja merisik-risik terus bila terasa nak makan daging ayam Kebun Bahagia Bersama tak perlu tunggu announcement di blog posting. Cuma pesanan untuk daging ayam kampung kena confirm sehari sebelum, sebab pada hari self-collect pesanan awal pagi lagi nak kena hantar ayam untuk diproses so you will get fresh meat. Kami tak bekalkan secara frozen kecuali di atas sebab-sebab tertentu.

  Terima kasih banyak-banyak untuk bulan Disember 2015 ini, daging ayam kampung dari batch Shiro September OffSpring dah selesai dibekalkan semua.

Rancangan bekalan daging ayam kampung untuk awal tahun depan adalah seperti berikut :

~ Batch Pearl >>> Pertengahan January.

~ Batch Batman >>> Awal February Tahun Baru Cina.

~ Batch Bujang >>> March.

    Orang kata jauh berjalan, luas pengalaman. Sekarang dengan dunia cyber tak dapat jalan jauh pun boleh belajar dari pengalaman sejarah tempat lain. Siapa yang berminat nak kenali dunia ayam dan telur di Jepun bolehlah tonton video di bawah.

6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kiranya jerebu pun menjejaskan ayam-ayam ini juga ye sampai ada yg buta lagi - kesian. Tapi satu yg kakak suka tengok ayam-ayam Dee beruntung dpt makan ciku, star-fruit bestnya..:)

Fida Z Ein berkata...

Assalamualaikum Diana...

Barang kiriman dah sampai...banyaknya....buah pun ada selit....terima kasih....

Sedap manis2 buahnya....nam-nam aja saya tak rasa....

Normala Saad berkata...

Itulah untungnya ayam2 Diana,tuannya berkebun, sampai buah2an pun boleh masuk dalam diet seharian ya..

olive berkata...

OMG Diana! That video so so interesting! baru tahu ada ayam yg ekornya so long, and ada ayam yg berkokok lain style plus the centrifuge egg! nice! thanks for sharing!

hijau berkata...

Lama dah tak shopping buah katak puru.... Bestnya tengok ayam. Dulu ada bela time darjah satu dua dulu.. Senang nak bagi lebihan makanan. Supaya tak membazir.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie Purvit.

Ya Kak masa jerebu tu ada beberapa anak-anak ayam yang menetas pelik-pelik bentuknya ada yang tak sempurna. Begitu bahaya kesan jerebu ini atas benda-benda hidup.

Waalaikumsalam Kak Fida.

Syukur Alhamdulillah Selamat Terima.

Salam Bahagia Kak Mala.

Sayang juga buah-buahan tu kalau dibiarkan reput sahaja. Mana yang berulat pun bagi ayam sedap nak makan.
Buah belimbing besi tu biasanya kerap kena sengatan, yang jatuh-jatuh anak kumpulkan boleh kasi ayam diorang kata.

Salam Bahagia Olive.

Tukang Kebun dah lama terliur-liur nak bela ayam Onagadiri ekor panjang tu. Kat Malaysia ada breeder ayam tersebut, tapi harga anak seekor pun dah beratusan. Macam dah nak beli puppy pula harganya.
Happy to hear you enjoyed the video.
I also learn many new things from that video.

Salam Bahagia Ima.

Betul bila ada ayam ini, lebihan makanan tak jadi membazir.