No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 12 Disember 2015

False Eranthemums

    Pokok bunga ini boleh dikatakan jenis agak multi-color. Bunganya background berwarna putih tetapi banyak polka dot merah di atas kelopaknya menjadikan warna bunganya dwi-warna. Kudup bunganya dan tangkai bahagian bunga juga berwarna merah membezakan tangkai daun biasa dan tangkai bunga.
   Kemudian mari kita perhatikan daunnya pula, daun pucuk muda berwarna merah. Kemudian apabila makin besar daunnya berwarna merah bercampur keperangan. Apabila makin matang berubah lagi warna daunnya menjadi seakan-akan variegated putih dan hijau. Berubah-ubah setiap daun mempunyai keunikan corah tersendiri.
  Pokok ini jenis pokok bunga yang kecil tidak besar dahan pokoknya. Apatah lagi pokok ini amat lasak dan tidak ambil hati jika dipangkas-pangkas banyak. InsyaAllah akan lebih merimbun banyak ranting baru dan bunganya nanti. Sebagai contoh selepas dipangkas seperti di gambar atas No. 3 kelihatan tunas-tunas baru berwarna merah telah tumbuh di batangnya. 

  Cuba perhatikan pokok ini berjiran dengan pokok kelapa di sebelahnya. Masa musim hujan ribut kekadang bila buah kelapa atau pelepah jatuh patah-patah jugalah batang daunnya. Tapi makin merimbun dan tangkai-tangkai bunga pun makin meriah hasil dari accidental pruning. Jadi jangan segan-sengan sekali sekala pangkas pokoknya supaya ianya teruja menghasilkan ranting-ranting baru.

  Kalau tak silap selidik pokok ini juga ada yang memanggilnya sebagai False Eranthemums. Nama panggilannya dalam Bahasa Malaysia, Tukang Kebun tak tahu. Jika ada yang mengenalinya boleh berkongsi ilmu. Nama botaninya panjang Pseuderanthemum carruthersii var. atropurpureum cv. tricolor.

~ 1 bekas False Eranthemums RM7.00 ~
  Pokok bunga False Eranthemums dan Blue Twilight di bawah ini adalah tergolong dalam keluarga yang sama iaitu 'Pseuderanthemum'. Kedua-duanya suka kepada lokasi kawasan yang partial shade atau kepada mendapat cahaya yang samar-samar sepanjang hari. Tidak perlu letak di kawasan yang mendapat pendedahan cahaya matahari yang banyak. Kerana saiz pokok bunganya kecil sederhana sesuai ditanam dalam pasu dan diletakkan di tempat yang kurang cahaya matahari. Jika balcony garden, verandah atau berdekatan dengan tempat letak kereta yang matahari terima tak banyak bolehlah cuba letakkan pokok-pokok bunga jenis ini menghiasi kawasan tersebut. Sekurang-kurangnya warna bunga dan daun yang colourful boleh naikkan seri di kawasan tersebut. Gandingan sahabat susunan kedua-dua sepupu ini pasti akan lebih berwarna-warni kebun anda.

Cerita pasal Blue Twilight boleh baca-baca di kisahnya sebelum ini (klik sini).

   Kedua-dua pokok ini sesuai untuk novice gardeners sebab tak manja sangat and very forgiving jika tak sengaja anak-anak atau binatang perliharaan patahkan ranting-rantingnya. Warna dan corak bunganya juga kelihatan unik. Yang jenis Blue Twilight asal dari negara kita sendiri, manakala yang false eranthemums dari kawasan kepulauan Pasifik.
~ 1 pot Blue Twinkle/ Blue Crossandra (Pseuderanthemum graciflorum) RM7.00~


  Kadangkala stok yang ada sudah merimbun tinggi pokoknya. Jadi untuk memudahkan penghantaran akan kami trim pokoknya. Dalam keadaan trim akan lebih mudah pokok ini nak dipindahkan ke tempat baru dan naik subur semula. Penjagaan pokok ini amat mudah tak manja sangat. Happy go lucky plant.

3 ulasan:

LadyBird berkata...

Cantiknye bunge kt atas tu.. Daunnye juge cantik..

||alis|| berkata...

selesai sudah ku baca nukilan2 di blog kak diana ni. terapi sungguh. puas duduk.. terlentang, puas terlentang, meniarap pula. terima kasih. banyak ilmu ku dapat. bila laa hendak beli benih dengan kak diana lagi.

pokok jmbu 2 jenis (jambu bol dan pink guava) alhamdulillah membesar accordingly. berian percuma mu si kemboja kuning nan wangi itu pon sudah dpt nikmat harum baunya. semoga kak diana dan team maju jaya sihat sejahtera hendaknya. amin :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia LadyBird.

Satu pokok ada beberapa warna untuk tatapan mata.

Salam Bahagia Alis.

Lama tak dengar khabar dari Alis.
Banyak nak catch up ke dengan posting KBB hehehe...macam-macam gaya tu.

Syukur Alhamdulillah anak-anak pokok yang dikirimkan dah membesar semakin usia meningkat.

Terima kasih doakan kami.