No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 11 Disember 2015

Pasar Online Akhir Tahun 2015

   Syukur Alhamdulillah bulan terakhir dalam tahun 2015 ini ada pelbagai jenis musim buah-buahan di Kebun Bahagia Bersama. Rumusan tuaian yang dapat diperolehi dari kami bulan ini untuk mengisi perut adalah seperti dalam koleksi gambar-gambar dalam posting ini. Rasanya dah beberapa minggu tidak dibuka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama. Oleh itu, Kebun Bahagia Bersama Team Members buka pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk dipos pada 21hb Disember 2015. Please take note juga untuk penghantaran terakhir tahun 2015 ini adalah pada 21hb Disember 2015. Sekiranya pembayaran sebelum Sabtu pukul 6 petang 19hb Disember2015 masih belum diterima, kena tunggu penghantaran ditangguh hingga pertengahan bulan January 2016. 
   Apa yang ditawarkan dalam pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama?

  Sekurang-kurangnya 5 jenis hasil tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama dengan jumlah berat hampir 2 kilogram (RM9) yang akan dipos menggunakan prepaid box saiz kecil Pos Laju Malaysia (shipping cost RM14) berharga 1 pek RM23. Syaratnya dalam 1 pek,  hasil tuaian tidak dapat dipilih, team members Kebun Bahagia Bersama yang akan pilih sekurang-kurangnya 5 jenis buah-buahan. 5 jenis buah-buahan dengan jumlah berat hampir 2 kilogram dengan harga RM9. InsyaAllah harganya berpatutan dan buahnya semuanya tumbuh secara organik. Racun tidak. Baja pun bukan baja kimia tetapi dari kitaran semula bahan kebun. 

  Penghantaran untuk kawasan dalam Semenanjung Malaysia sahaja. Boleh selitkan pesanan biji-biji benih bersama dalam pek pasar online. Untuk pesanan anak-anak pokok akan dipisahkan menggunakan kotak lain.

   Yang ingin membuat pilihan sendiri untuk dipos boleh juga tetapi akan mengikut harga dan berat untuk setiap jenis buah-buahan tersebut.

   Syukur Alhamdulillah hujung tahun ini agaknya cuaca serasi begitu meriah pokok katak puru berbuah beberapa minggu ini.

~ Buah Katak Puru/ Nam Nam 5 biji RM2 ~
~ Buah Limau Mixed 500gram RM3 ~
~ Buah Ciku 1 kilogram RM4 ~
~ Buah Canistel 1 kilogram RM5 ~
  Pokok-pokok rambutan pun sedang elok nak masak di Kebun Bahagia Bersama. Ada dua jenis yang berwarna merah dan berwarna kuning/gading.

~ 1 kilogram buah Rambutan gading/kuning RM2.00.
~ 1 kilogram buah Rambutan merah RM2.00.

atau 7 kilogram buah rambutan RM10.
  Puaslah berdebar-debar menunggu jika dapat rasa duku langsat tahun ini. Jika sempat masak minggu depan bolehlah offer juga.

~ 1 kilogram duku langsat RM4~
  Yang ini pun berdebar-debar juga menunggu pulasan tahun ini. Jika sempat meranum minggu depan bolehlah offer juga.

~ Buah Pulasan 1 kilogram RM5.00 ~
    Menunggu dengan penuh harapan kepada buah nenas madu Sabah. Kalau takut kena ceroboh kekuningan sedikit macam ini boleh juga dituai dan diperam.

  Ada kemungkinan pisang bantan yang belum masak betul juga available hujung minggu depan nak dituai bagi yang berminat nak booking. Manalah tahu ada yang tak nak masak betul lagi sebab nak buat gulai

~ Buah Pisang Bantan 1 sisir RM3 ~

Self-Collect Day Schedule minggu depan :

~ Pagi Sabtu 19hb Disember 2015 antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway)

~ Pagi Ahad 20hb Disember 2015 antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

7 ulasan:

Wak Lat berkata...

menarik nih, tapi mcm rumit sikit nk order buahan online., naper admin x sediakan borang ke ape supaya kita leh pilih? just cadangan je.,

Normala Saad berkata...

Amboi..murahnya rambutan Diana..sini tak jumpa harga tu untuk rambutan fresh..moga rezeki Diana berlimpahan..

Norish.NN berkata...

Ohhh la pulasan..Spdnya :-)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia 3 lalat,

Catalogue dia akan diberikan melalui email sebab list panjang sangat.
Boleh type di column borang maklumat hubungan untuk request catalogue.
Mudah nak keep track pesanan kemudian takut apa yang ada terlebih dari permintaan.

Salam Bahagia Kak Mala.

Syukur Alhamdulillah ada sekurangnya 5 pokok rambutan juga yang hasilkan buah hujung tahun ini.

Salam Bahagia Sis Norish.

Lama pulasan merajuk nak berbuah.
Akhirnya hujung tahun ini dapat jugalah nak merasa buah pulasan.

Noor Amni berkata...

Assalam. Bagaimana nak order? Boleh bagi email address?

ZyD berkata...

Mcm mn nk order yea...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Noor Amni dan Sis Nazira.

Boleh email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com) untuk keterangan lebih lanjut.