No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 18 September 2014

Masak Lemak Pucuk Ubi dan Ubi Bemban

  Tahun ini antara menambah pengalaman menuai tumbuhan berubi dalam koleksi di Kebun Bahagia Bersama ialah 'Ubi Bemban' ataupun 'Ubi Sagu Bemban'/ 'Ubi Garut'. Ubi Garut berasal dari kawasan benua Amerika Selatan beriklim tropika dikenali sebagai West Indian Arrowrooot. Nama botaninya ialah Maranta arundinacea. Ubi ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan kepentingan dalam perubatan tradisional. Bolehlah digandingkan dengan sup ayam seperti yang diajar oleh pekebun asal yang tukang kebun peroleh sumber ubinya dahulu. Ubi ini dikatakan sejuk jadi bagus untuk mereka yang mengalami demam panas. Yang mengalami masalah-masalah kulit seperti kayap juga bolehlah ikhtiar dengan 'Ubi Bemban'.
  Elok tuai ubinya ketika ia masih muda kerana tak banyak serat lagi masa muda. Masa dari tanam hingga nak menuainya sama dengan ubi kayu. Baru-baru ini kami buat masak lemak pucuk ubi dan ubi bemban. Ubi bemban yang dah besar dipotong-potong. Ada juga sumber mengatakan yang ubi bemban elok dan selamat dijadikan salah satu makanan semasa bayi mula belajar makan solid food setelah beberapa bulan sejak lahir hisap susu ibu (antara first food).
 Pertama kali tukang kebun kenali ubi bemban ialah di Tamu Donggongon dan penjual ubi bemban perkenalkan namanya kepada tukang kebun ialah 'Nato'. Sebutannya sama dengan "natto" dalam bahasa Jepun untuk fermented soy bean yang digemari oleh hubby tapi bukan tukang kebun. Dalam bahasa Dusun-Kadazan di kawasan sana dipanggil 'Nato'. Pokoknya tak besar dalam anggaran ketinggian 2 kaki sahaja. Mudah sungguh nak bela ubi bemban ni biasanya terbiar sahaja di dalam Kebun dan hidup subur pada musim kemarau tahun ini tanpa dihiraukan walaupun disiram seminggu sekali kalau ada masa. Ubi bemban tukang kebun tengok tahun ini cukup selesa duduk di kawasan yang mendapat separa cahaya matahari. 
  2 minggu lepas tukang kebun buat "Spring Cleaning" di petak 1 dan 2. Jadi ubi bemban yang di petak 2 tukang kebun tuai dan dapat buat 2 barisan untuk pokok-pokok ubi bemban baru for our future food supply. Sambil-sambil itu  pangkas ranting-ranting limau nipis dan pokok kapas yang merimbun untuk kasi lebih cahaya kepada kawasan tersebut. Jadi minggu ini adalah sudah ready stock anak pokok bemban bagi yang berminat.

~ Pokok Ubi Bemban (Seasonal offer & Limited Stock) ~
1 pot for RM7.00

  Yang beminat nak buat masak lemak pucuk ubi dan ubi bemban boleh juga dapatkan keratan ubi kayu dari Kebun Bahagia Bersama.

~ Keratan Ubi Kayu ~
7 keratan RM5.00

Atau boleh campur dengan pakej "3 plants mixed for RM10.00" buat pilihan di page tersebut (klik sini).

21 ulasan:

nadia rashid berkata...

Ubi bemban ni mcm rebung

Normala Saad berkata...

Diana, wah nostalgia betui cerita kisah ubi bemban ni. Dulu2 kecik2 arwah tuk pernah rebus bagi kami makan. Orang kampung kan memang begini2 makannya. Satu kak biasa makan satu jenis ubi yang pokoknya macam pokok canna/tasbih. Ubinya wangi dan sedap...tak tau apa nama pokok tu,orang2 tua dulu banyak tanam dalam kampung.

@na berkata...

tak tahu plk ubi bemban blh dimakan...arwah nenek guna ubi ni buat masker..wangi!

Tiny gardener berkata...

Diana, I book ubi bemban. Is it arrowroot?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nadia.

Tak besar macam rebung. Tekstur juga agak berbeza.

Salam Bahagia Kak Mala.

Kalau generasi Y macam saya ni rasa ramai tak tahu ubi bemban. Lebih kenal ubi kentang je yang selalu dimakan. Seronok dapat belajar benda baru. Rebus sahaja belum dicuba. Kena cicah dengan apa baru best Kak Mala?
Pokok yang macam canna tu 'Queensland Arrowroot" ke yang Kak Mala maksudkan? Wangi dan sedap ya belum cuba lagi walaupun dah setahun lebih tanam.
Ni yang teruja nak kasi pindah-pindahkan "Queensland Arrowroot" tu nanti supaya tak pupus dalam kebun.

Salam Bahagia @na,

OHhhhhhhhh wahhhhhhhhhhh masker rasanya memang elok untuk awet muda. Sebab masa buat bacaan mengenai ubi bemban ni dikatakan memang mujarab untuk pelbagai jenis masalah kulit. Terima kasih kongsi cerita. Nanti bolehlah tukang kebun buat home-made masker pula :).

Salam Bahagia Tiny Garden,

Ada beberapa jenis arrowroot. This one is West Indian Arrowroot (Maranta arundinacea).
If you're interested, can reserved for you?

Tiny gardener berkata...

Yes, and send me the latest stock list to browse as well. Thanks.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sali.

Noted sudah email.

carlz berkata...

Ubi bembam masih ada dijual tak?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Carlz Jafran.

Ubi bemban masih ada stock.

aMMaR aFFaNDi berkata...

Masih ada stok ubi bemban? Jika ada blh info sy 0127687016?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ammar Affandi,

Pokoknya ada stock, ubinya tiada extra sekarang.
Further details email to (kebunkmg@gmail.com).

AmyDia berkata...

Pokok ubi bemban ada lagi? Kalau ada sy nak beli...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia AmyDia.

Bulan ini anak pokok ubi bemban habis.
InsyaAllah bulan depan ada stok baru.
Jika ubinya ada.
Further details (kebunkmg@gmail.com)

Unknown berkata...

as salam sayank ank n ubi, ubi bemban makcik kene kayap boleh telepon saya 0122726797 segera ya. sgt2 berharap sy di pj selangor klu dkt saya bole g amik

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Jika pokok ubi bemban ada kami bekalkan. Jika bernasib baik mungkin ada pokok dalam bekas sudah menghasilkan isi yang boleh dituai.
Pesanan diterima melalui email (kebunkmg@gmail.com).

Tanpa Nama berkata...

Masih ada lagi ke stok? Macamana nak beli ni?

Tanpa Nama berkata...

Mana nk cari ni.. Ubi garut ni same ke dgn ubi bemban

Unknown berkata...

Sy berminat utk beli ubi bemban hubungi sy 0196060690

TukangKebun berkata...

Email ke (kebunkmg@gmail.com) untuk urusan pesanan ubi bemban.

Unknown berkata...

assalm sis ada lg tak ubi ni sy nak bli ubi n anak pokok wasap sy 0127741986

Unknown berkata...

nak buat ape tuan, ape gunenye ye.. boleh makan ke..