Projek "Spring Cleaning" team members Kebun Bahagia Bersama pada hari Sabtu ini ialah mengemas barisan kawasan di depan tembok depan menghadap kolam ikan yang terbengkalai at the moment. Sementara dearest hubby mencabut weed-weed degil yang besar tu, tukang kebun pakai tangga pula pruning pokok bottlebrush dengan pokok-pokok menjalar yang melilitnya sebagai contoh si Red Trailing Bauhinia, anggur dan lain-lain. Maka ikut mood tukang kebunnya hari ini bertukarlah sedikit wajah kawasan yang ditunjukkan di posting 'Red Trailing Bauhinia' beberapa hari lalu (klik sini).
Yang Frangipani sebelah tembok tu pun tukang kebun ambil kesempatan masa dearest hubby pergi cari lunch nasi ayam macam samurai tukang kebun slash semua batang-batang frangipani tersebut kasi renek jadi togel berdiri atas tembok. Kasi renek sebab dah cecah wayar elektrik nanti tumbuhlah anak-anak tangkai bunga baru. Ilhan yang meneman mamanya di luar sambil duduk di bawah pergola buat latihan Bahasa Inggeris pula asyik tanya banyak kali macam mana mama dia panjat tembok. Papa Ilhan balik, mama buat muka innocent je sambil kemas-kemas batang kemboja yang dah dipangkas tadi.
Pokok bottlebrush ini bila berbunga lebah dan geng cukup riang ria menjamu makanan yang ada pada bunga-bunga yang kembang tersebut. Dulu masa di Adelaide, biasanya masa peak bottlebrush berbunga ialah End Winter iaitu bulan Ogos. Selalu cuci mata yang jiran punya ada pokok bottlebrush besar di tepi depan rumahnya. Maka teringatlah kampungkan sebab kami juga membesar dengan pokok bottlebrush di tepi kolam tembok depan.
Di atas pokok bottlebrush ini pula terdapat pelbagai jenis pokok menumpang di atasnya sekarang. Sebagai contoh, orkid jenis Aeredis odorata yang bau wanginya menusuk kalbu. Minggu ini musim orkid Aeredis odorata berbunga di Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun ingatkan spesis Aeredis odorata cuma ada pada pokok durian dan bidara, rupa-rupanya ada juga di bottlebrush. Ketiga-tiga kelompok bunga orkid ini memang kembang hampir serentak minggu ini walaupun kedudukan mereka berbeza. Seronoklah pangkas area ni sebab dapat bau semerbak bunganya.
Kemudian ada tukang kebun alihkan pokok orkid yang pertama kali tukang kebun beli dalam seumur hidup contohnya gambar di atas menumpang di pokok bottlebrush. Tapi takdelah harga beli sampai yang ditulis tu sampai 3 digit. Bila tukang kebun pangkas-pangkas ranting bottlebrush yang dah mati nampak banyak ruang lagi kalau nak menumpang pokok-pokok lain. Lagipun persekitaran yang bottlebrush berikan memang amat sesuai untuk pokok-pokok orkid tak perlu penjagaan rapi. Jadi takdelah tukang kebun pening kepala nak fikir gantung-gantung orkid dalam pasu seperti gambar di bawah. Orkid-orkid pun membiak dengan pantas dekat atas bottlebrush tersebut.
Yang orkid putih di gambar bawah pun adalah salah satu penghuni tetap di pokok bottlebrush tersebut. Tapi tukang kebun tak pasti namanya. Jika ada yang baik hati, kongsilah jenis orkid tersebut dengan tukang kebun ya.
Jadi bukan sahaja kami yang membesar bersama-sama dengan bottlebrush tetapi terdapat pelbagai pokok-pokok yang menumpang di atasnya juga seperti contoh orkid Vagina bulbophyllum (klik sini).
Masa adik-adik tukang kebun usia kanak-kanak riang antara lokasi yang menjadi photo spot kegemaran Tuan Tanah ialah di depan pokok bottlebrush. Masa tu pokoknya masih rendang lagi dan berjuntai-juntai bunga merahnya menjadikan background yang menarik ambil gambar lebih-lebih lagi gambar raya. Tapi tak sempat tukang kebun nak cari gambar tersebut seingat tukang kebun ada nampak jelas bunga-bunganya yang semarak merah di background. Jumpa gambar di atas sahaja yang tak jelas dah kabur. Bila tengok begini pun dah nampak wajah yang berlainan kawasan ini berbanding dengan sekarang. Tukang kebun tiada dalam gambar atas sebab beraya di perantauan dekat negara matahari terbit.
Bagaimana pula dengan gardeners lain ada ke kenangan gambar masa raya depan pokok-pokok apa yang abadi sentiasa dalam memory?
Have a lovely weekend, aiyo esok sambung lagi program mengemas bahagian menghadap gate depan pulak.
5 ulasan:
kebanyakan pokok kat sini tidak pernah nmpak apa lagi ditanam...suka tengok anika keunikan...
tak dapat nak bayangkan betapa cantiknya kampong halaman diana...dikelilingi dengan bunga dan wangi-wangian semulajadi...
tentunya cukup segar
Selamat ber ' Spring Cleaning ' Diana. Kak disini hujan terusan hari2 dari bulan lepas lagi...tak boleh buat apa time2 gini..kerja makan aja.
Pokok bottle brush ni memang dh lama Julie idam2kn utk tanam, tapi xde rezeki sebab tuan rumah ni, x suka pokok besar2 yg berdaun, satu2nya pokok besar yg tumbuh d kawasan rumah ni adalah pokok kaktus giant tu je, kalo x dh lama Julie tanam, lagi rasa semangat nak tanam pokok ni bila kakak mentioned yg lebah sukakannya...bunga2 orkid tu pun cantik2 kak, bestnye.....Seingat Julie, time kecil2 dlu emak Julie suka sangat tanam bunga matahari yg pokoknya tinggi2, ada gak kenangan bergambar dgn pokok2 bunga matahari depan rumah d kampung dlu hehe....
Salam Bahagia Sud@is,
Di kebun cik Sud@is pun ada juga yang belum tukang kebun memilikinya.
Salam Bahagia @na,
Sejuk sikitlah rasa rumah di kelilingi pokok.
Bila keluar dari kampung ni barulah terasa bahang panas.
Jimat duit banyak pokok ni jadi kemarau pun kami tak perlu ada air-conditioner. Wangi-wangian pun free air freshener.
Salam Bahagia Kak Mala,
Sini cuaca masih tak menentu, sekejap hujan sekejap tidak. Kalau hujan dah mula dari pagi mulalah tukang kebunnya rasa lemau dan malas buat kerja. Sementara belum hujan lebat tiap hari yang ingat nak siapkan "Spring Cleaning" kasi meneras betul-betul cerah. Kalau musim kemarau pokok-pokok nak berteduh takpekan. Ni dah nak masuk musim hujan lagi cepat naik subur kesian dekat pokok-pokok lain terlindung nanti merajuk pula.
Salam Bahagia Julie.
Oh patutlah Julie tanam cactus giant tu sebab tak berdaun. Tapi takpelah bunganya cantik dan ada buah boleh makan.Rasanya memang sejak turun temurun memang semua gardener akan cuba tanam sunflower besarkan. Tengok gambar lama big boss dulu pun ada dia tanam sunflower besar di laman rumah.
Catat Ulasan