No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 10 September 2014

Red Trailing Bauhinia

  Wajah satu kawasan kebun atau taman biasanya berubah-ubah ikut peredaran zaman dan juga mood tukang kebunnya. Sebelum kelahiran permata-permata hati kami, pandangan dari 2 sudut yang diambil ini berbeza dari sekarang. Manalah tahu 5 tahun akan datang wajahnya akan berubah. Jadi biarlah ada kenangan gambar ini diabadikan dalam posting blog hari ini. Gambar atas ialah pandangan yang diambil dari tempat letak kereta sebelah depan pintu pagar. Manakala gambar di bawah adalah apa yang dapat dilihat dari luar tembok Kebun Bahagia Bersama dari jalanraya awam. Mereka yang lalu-lalang menggunakan jalanraya awam dapatlah nampak 'Red Trailing Bauhinia' yang tumbuh dari sebelah dalam Kebun Bahagia Bersama yang tak putus-putus berbunga sepanjang tahun.
  Walaupun bunganya tidak putus-putus berbunga sepanjang tahun, musim yang dapat menuai biji benihnya adalah mengikut musim bukan sepanjang tahun. Biasanya setiap bulan September adalah antara musim yang sesuai untuk menuai biji benih segar 'Red Trailing Bauhinia' di Kebun Bahagia Bersama. Bila tukang kebun tengok rekod kali terakhir tukang kebun offer biji benih segar 'Red Trailing Bauhinia' adalah bulan September tahun lepas (klik sini). Jadi biji benih segar 'Red Trailing Bauhinia' adalah 'seasonal offer'.
 Contoh-contoh gambar anak pokok bauhinia kockiana yang tumbuh dari biji benih. Ada sesiapa perasaan masa musim raya terdapat beberapa lokasi sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Pahang-Terengganu ada banyak pokok red trailing bauhinia meriah berbunga memanjat pokok-pokok yang tinggi? Boleh kelihatan semarak bunganya walaupun terletak beberapa jauh meter dari lebuhraya. Itulah antara memori yang ada dalam tukang kebun semasa pergi dan balik dari Terengganu Aidilfitri lalu. Ini kalau memanjat di tepi balkoni rumah teres dua tingkat nampak macam ala-ala 'Rapunzel'.

~ Fresh Red Trailing Bauhinia Seeds ~
 Approximately 15 seeds/pack for RM3.00 (Enquiry kebunkmg@gmail.com)

6 ulasan:

Normala Saad berkata...

Cantiknya bunga dia..geram tengok. Bauhinia kak yang beli awal tahun aritu dah arwah, che kam makan. Naik fade up juga nak tanam pokok2 besar la ni..

nadia rashid berkata...

Daun nya mcm daun kaduk...yer perasan ngan bunga berjambak-jambak sepanjang LPT...ini rupa namanya

Julie M berkata...

cantiknya menawan sungguh warna merah tu....

cucubulat berkata...

cantik warna bunganya,,daun macam sireh pulak..

MUNA berkata...

nak booking bijinya ya.
kalau dari biji, berapa lama agaknya pokok mula berbunga?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Pokok besar ni kalau batangnya dah besar kalau che kam makan pun keluar pucuk baru. Yang bauhinia ni ada batangnya dah besar lengan tukang kebun. Itu dah lasak sungguh bauhinia kat rumah ni. Kalau spring cleaning memang main pangkas je sebab nanti keluar je pucuk-pucuk baru nanti.

Salam Bahagia Nadia.

Kecik sikit dan warnanya muda sikit dari daun kaduk. Ya banyakkan meriah berbunga masa musim raya sepanjang LPT.

Salam Bahagia Julie.

Memang menarik perhatian bila dah bergugus-gugus bunganya dari jauh boleh nampak.

Salam Bahagia Cucubulat.

Macam daun sireh pun ada.

Salam Bahagia Kak Muna.

Saya pun tak berapa pasti dari biji benihnya berapa lama belum keep record sebab selalunya dekat keliling rumah naik sendiri dah banyak jadi tak perasan. Kalau Louisiana canna cepat lepas bercambah hanya beberapa bulan dah berbunga.