Minggu lepas ada tukang kebun sampaikan hasrat nak expand sikit lagi kawasan kebun mini Nanas Madu Sabah di Kebun Bahagia Bersama. Syukur Alhamdulillah Sabtu pagi lepas sudah pun tukang kebun tunaikan hasrat tersebut. Anak-anak pokok nanas yang ditanam di petak E adalah semuanya anak-anak kepada Nanas Madu Sabah yang tukang kebun tuai minggu lepas (klik sini). Selepas tukang kebun selesai merumput dan tuai bawang-bawang dayak dari kawasan ini, dearest husband tolong bajakan dan gembur tanah dengan tahi kambing. Mulberry yang di hujung situ yang baru selesai musim buahnya juga dapatlah juga supplement sekali alang-alang dah mengemas kawasan ini.
Di antara anak-anak pokok tersebut pula tukang kebun tanam bawang-bawang tampaka yang tuan tanah bawakan balik dari big boss 2 minggu lepas. Di arah depan sekali terdapat pokok-pokok Asparagus Mary Washington yang menjadi permanent residence di situ. Sungguh tukang kebun tak sangka yang bela asparagus begitu mudah sebab pokoknya memang drought-tolerant dan tahan panas apabila kedudukannya di partial shade. Cuma bahagian mencabarnya ialah proses percambahan biji benihnya. Ini perlu bersabar, masa menyemai nak kena get the sowing time right kalau jenis macam tukang kebun yang selalu ikut jejak mother nature. Kalau musim panas kering challenging, kalau musim hujan nyaman-nyaman InsyaAllah. Walaupun dalam tahun yang kekurangan air ini, masa kemarau ketiadaan masa tukang kebun siram 1~2 kali seminggu pun asparagus tak pernah merajuk. Bila kembalinya musim hujan sudah beberapa kali di petak E ini asparagusnya memberikan tuaian.
Di petak F pun sempat jugalah habiskan weeding dan juga disediakan tanah gembur-gembur dengan tahi kambing oleh dearest husband. Pokok mulberry di petak F, tukang kebun punya hero (ehem bulan puasa ni nak kena bodek banyak sikit menolong) tolong pangkas dan bagi baja. Jadi penghantaran Isnin lepas dalam kotak-kotak prepaid Pos Laju dapatlah selit-selit keratan mulberry. Kebetulan tukang kebun ada juga bagi hard pruning di hadapan petak A si Akar Dani, kalau tak terlupa adalah diselitkan dalam kotak prepaid tersebut sekali.
Hari Sabtu lepas juga kami tuai buah nangka. Satu rak peti ais penuh dengan ulas-ulas isi buah nangka pulak. Banyaklah stok makanan si sugarglider.
11 ulasan:
Suburnya pokok asparagus tu kak, Julie tanam dr benih x pernah nak tumbuh. bestnya tgk kawasan yg lapang dr rumput rumpai :)
Salam,
Bahagian mana nak tanam/semai anak nenas ye? Potong putik atas? Kene jemur dulu? Serbuk akar?
TQ!
(LEMON GINGER)
Bestnyer asparagus tu, tunggu tukang kebun offer utk jual asparagus crown la.. agak-agak ada tak?
Diana, nanti minta emailkan latest list to my email ye, thanks.
Bestnye nangka masak, bau harum peti ais...ingat mula2 ada peti ais di kampung, isi nangka pun nak letak tempat sejuk beku...bila makan cam makan ice cream nangka.
Salam kak D,
Brp lame ye masa ambil dr start tanam buah ni smpi boleh harvest?
GAILLARDIA
Pernah semai asparagus dr benih beli di kedai tp x tumbuh pun...kwsn rumah sy byk tanah kering kontang, ada berkira2 juga utk cuba tanam lg nih...
-zinnia cactus
mcm sedap jer nangka tu..makan sejuk2 sedap...
-Crinum-
Freshnyer nangka. Buat aiskrim sdap tu bg budak2 mase buat open house nanti. ^_° ...nyummyyy.. terliur pulak. lg safe dr mkn aiskrim kat kedai yg banyak perisa tiruan..
Akak? Nenas tu just semai pakai daun yang pada kepala nenas tu ke?
Salam Ramadhan Julie,
Memang seronokkan tengok bila lapang dari weeds. Tapi bila hujan kerap sekejap je rumput naik balik dengan suburnya. Kena tunggu macam cuaca awal tahun ni senang nak bercambah biji benih asparagus.
Salam Ramadhan Flying Bowl (LEMON GINGER),
Biasanya keliling buah nanas pada pokoknya tumbuh sekali anak-anak pokok nanas. Jadi anak-anak nanas ni boleh dipetik dan ditanam semula terus ke tanah. Kalau cuaca tak banyak hujan tak perlu nak jemur dulu terus tanam sahaja dan sekali sekala sahaja airnya. Kami tak pernah pula pakai serbuk akar. Rambut buah nanas di atas tu boleh juga ditanam semula tapi ambil masa lebih lama nak berbuah banding dengan anak-anak pokok nanas yang tumbuh disamping buah nanas.
Salam Ramadhan Shas,
Tak pasti bila ada lagi anak-anak pokok asparagus yang berlebihan. Tengoklah kalau ada rezeki lebih. Ingat lepas dah kemas-kemas kebun ni dah nampak area nak expand tanam asparagus lagi hujung tahun nanti.
Salam Ramadhan Nasa Mulia.
OKlah kurang bau kalau dah simpan dalam tempat beku. Dulu masa merantau mama tukang kebun selalu simpankan dalam freezer durian. Bila makan rasa macam makan ice-cream dan dah tak de bau sangat lagi dah. Cara yang mudah nak ajar kawan-kawan Jepun yang ikut balik untuk enjoy makan durian sebab dah tak berbau.
Salam Ramadhan Atie,
Ikut jenis nenas juga, lain jenis masa kematangan pokoknya untuk berbuah juga berbeza. Ditambahkan faktor persekitaraan seperti air dan cahaya juga. Kalau kurang cahaya ambil masa yang lebih lama untuk berbuah. Batch nenas madu yang tukang kebun tuai lalu kurang terima cahaya dan tak pernah diberi siraman kecuali rezeki hujan. Ada 2 tahun juga baru diberi hasilnya. Jadi ikut faktor persekitaran pertumbuhan dan jenis nenas tersebut.
Salam Ramadhan Seri7ujuh,
Cubalah lagi apabila masa cuaca dah tak panas dan kering, InsyaAllah. Biasanya asparagus kalau dah umur 6 bulan dia dah mula kuat bertahan dengan cuaca panas dan kering. Terutamanya jika akarnya dah besar dan banyak. Asparagus ni nadi dia akar dia.
Salam Ramadhan Raiyan Jazlan,
Sejuk-sejuk pun sedap, tak sejuk pun sedap ;).
Salam Ramadhan Nuriem Story,
Ada ice maker pun belum lagi rasmi-rasmi dan keluar dari kotaknya. Yang dekat dalam gambar tu anak-anak pokok nanas madu Sabah dari pokok ibu nanas.
saya pun semai benih asparagus tak pernah tumbuh, tak tau macamana nak buat benihnya bercambah. ada tak cara semai benih asparagus supaya berjaya bercambah? manatau ada petua2 tertentu..
terima kasih :)
Salam Bahagia Pelangi.
Asparagus ini tengok cuaca nak semai juga. Elak semai masa musim panas kemarau.
Catat Ulasan