No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 1 Julai 2014

Kurangkan Angin

 Pengeluar bawang bunga putih seri ini mampu membantu mengeluarkan angin dalam badan kita yang terkumpul dalam awal-awal nak membiasakan badan berpuasa. Barulah tukang kebun terhegeh-hegeh gali pagi semalam untuk membuat juadah berbuka puasa agar dapat membantu keluarkan angin dalam badan ini. Cuma lepas makan ini, biasanya tukang kebun tak rela nak pergi driving bersama dengan dearest husband. Seksa duduk di sebelahnya asyik keluar-keluarkan angin sahaja. Pergi terawih jangan asyik batal wuduk sudahlah ya. Syukur Alhamdulillah dapatlah juga kongsi bersama bawang pokok ini dengan penerima penghantaran Pasar Online Kebun Bahagia Bersama semalam.
 Yang dah pernah tanam pokok bawang ini, dah cam bunga tersebut pemilik si Tampaka. Yang belum kenal tampaka dan khasiat pokok ini boleh berikan, boleh buat bacaan pada nota-nota tukang kebun lepas berlabel 'TAMPAKA' (klik sini).  Ini adalah antara pokok bunga jenis bebawang yang unik di mana bunganya kembang bukan pada waktu pagi tetapi kebiasaannya lepas waktu Asar. Kalau dah nampak kudup bunga macam gambar di atas, InsyaAllah sebelah petang kembang berserilah dia. Walaupun dikenali sebagai tumbuhan herba, sifat penjagaannya sama sahaja dengan pokok bunga bebawang jenis hippeastrum atau lebih dikenali di Malaysia dengan panggilan Amaryllis. Pokok bunga amaryllis bawangnya walaupun beranak pinak tak boleh makan, dia bagi bunga sahaja. Tetapi tampaka beranak pinak banyak-banyak boleh dibuat makan dan sebagai ubat tradisional serta memberikan bunga putih berseri (double happiness). Tak perlu dah nak cari ubat proses nak hilangkan angin dalam badan. Masaklah bawang tampaka, InsyaAllah mujarab dan kenyang perut. Cuma orang yang nak mengandung dan sedang mengandung elakkan makan bawang tampaka. Ibu yang sedang menyusu tak mengapa. Kalau tak nak mengandung macam tukang kebun yang sedang berehat dari production ini adalah sumber makanan yang dikenali sebagai natural pregnancy contraceptive.
 Musim kemarau biasanya pokok-pokok tampaka di belakang kebun di anak tirikan. Beginilah biasanya tukang kebun biarkan dia tanpa diberikan perhatian. Adalah boleh kira dengan tangan berapa kali tukang kebun tolong merumput di kawasan tapak E ini dalam setahun. Bawang tampaka boleh ditanam tidak kira musim apa sepanjang tahun. Bulan June yang panas bangat kering ini ada tukang kebun tanam bawang-bawang tampaka di petak 2 dan seminggu 1~2 kali siraman dah nampak ada pucuk-pucuknya keluar. Tukang kebun fikir dari banyak kawasan dibiarkan rumput bermaharajalela, lebih baik tukang kebun tanam tampaka sekurang-kurangnya adalah hasil. Bila mood dia baik, dia ada jugalah bagi bunga menyerikan kawasan tersebut barulah mood tukang kebun juga baik nak menolong merumput hehehehe... Kesimpulannya tampaka ini amat sesuai untuk novice gardener atau mereka yang sibuk outstation selalu. Dari balik rumah lepas outstation lama-lama, cuti-cuti nak merumput sekurangnya ada juga hasilnya berbudi pada tanah tanam tampaka.
 Inilah wajah rimbunan pokok tampaka yang ditanam hampir setahun lalu dari 1 bawang tampaka adalah tuaiannya lebih 20 biji juga. Jangan sangka macam tak de apa-apa je bila tengok rimbunan gambar di atas. Nampak begitu berbeza jumlah akar bawang-bawang tampaka apabila sudah banyak kali tempoh musim kemarau seperti gambar di bawah. Bawang tampaka biasanya tak perlu tergesa-gesa untuk ditanam kalau disimpan dalam tempat tak panas, kering dan tak berapa bercahaya dalam 6 minggu pun boleh tahan stok makanan ini. Pokok tampaka ialah sejenis tumbuhan yang boleh dikategorikan sebagai "water-wise" dan "drought-tolerant" sesuailah untuk kawasan yang selalu kena catuan air.

~ Tampaka ~
1pot RM7.00 (kebunkmg@gmail.com) 

 Antara tuaian semalam di Kebun Bahagia Bersama dan sumber refer goodies Pasar Online semalam apalah si tukang kebun kirim. Tampaka tu cuci dulu tanahnya bersih-bersih dan kulit luar boleh kupas sebelum masak. Tukang kebun tak cuci sebab bila nak menghantar elok dalam keadaan kering dan sebab baru je tuai sebelum masuk kotak tak sempat kalau tukang kebun cuci dan keringkan dahulu. Buah bulat merah-merah tu Ceri Terengganu. Kebetulan ada rezekinya yang burung-burung tak sempat nak enjoy tengah puasa kut.

9 ulasan:

Julie22 berkata...

Cantiknya bunga bawang tu kak, menariklah khasiat bawang tu kak & yg paling interesting adalah tempaka ni bleh tanam x kira musim, trus rasa nak beli 1pot dr kakak :)

Ibu Qistina berkata...

Assalam Diana,

bebawang tempaka tu diana biasa masak ape dengan bebawang tu? masak berkuah atau jadikan gorengan? Nampak simple je pokoknya mcm tak da ape2,tp khasiat dia bagus especially untuk ibu2 lepas bersalin. untuk buang angin dalam badan.

Shasrine berkata...

Interesting.. siap ada bunga lagi,ingatkan pokok bunga rupanya ada bawang di dalam.

Kalau pokok ni sesuai tanam dalam pasu tak?

encik berkata...

ZINNIA LILLIPUT
Perghh tengok ceri terengganu dan mulbery kecur air liur di bulan puasa ni..,
Suburnya pokok tampaka tu besar bebawangnya, menarik boleh dijadikan hiasan laman dan herba ...

gina marna berkata...

Selamat berpuasa tkg kebun Diana & family :)

Blom pnh tgk live pokok tampaka tuuu..skrg cuaca pns sgt, nk berkebun x de mood..huhu

Unknown berkata...

-Crinum-
nice buds!!!
tak rugi tanam bawang ni, ok sangat buat nk jarakkan kehamilan or tak nak terus...lagipun kaedah tradisional nie more better dr modern. Jgn overdose sudah...

TukangKebun berkata...

Dear Julie,

Ya boleh tanam bila-bila. Yang kami tuai ni pun masa musim kemarau terbiar sahaja begitu sebab tiada masa. Ini pun batas E tu dah dikemaskan belum letak baja je, ingat nak tanam nanas dan tampaka di situ bila ada masa.

Dear Ibu Qistina,

Belum banyak masa , peluang banyak, masa je tak de lagi nak main experiment masak-masak bebawang tampaka ni. Selalunya tukang kebun nak cepat campur dalam sup sahaja. Goreng-goreng belum cuba,tak terfikir pula thank you for the idea. Manalah tahu ada sesiapa yang boleh berkongsi pengalaman cara paling enak nak sediakan bebawang tampaka ni. Betul tu macam bagus untuk ibu yang baru bersalin buang angin dalam badan seperti Ibu Qis komen.Masa awal mengandung tanam, InsyaAllah dapatlah tuai lepas bersalin nanti. Lagipun pokoknya mudah nak jaga mudah untuk orang mengandung juga.

Dear Shas,

Pokok ini ada bersaudara juga dengan bunga Iris. Pokok ini boleh tanam dalam pasu tak de masalah sebab tak banyak perlukan ruang. Kalau dalam pasu lagi senang tak susah nak merumput. Kalau balik kampung pun tak perlu nak risau minumannya sebab keperluan airnya tak banyak.

Dear Encik Zinnia Lilliput,

Ya sesuatu yang jarang dapat dilihat di laman dan herba sekarang. Nak dapat dekat pasar tempatan area lembah Klang pun begitu jarang sekali. Bolehlah menjadi satu koleksi di kebun.

Dear Gina,

Selamat Berpuasa dan urusan dipermudahkan untuk seisi keluarga Gina.
Samalah tukang kebun pun jarang turun kebun sekarang banyak benda lain nak kena buat. Sebab itu yang dari tak de apa-apa sebab malas nak siram daku tanamlah tampaka. Sekurang-kurangnya ada hasil dari bela rumput hehehe...

Dear NurieM Story,

Ya boleh tolong family planning, takut terlebih makan...elok plan masa badan kita tengah subur.

Unknown berkata...

zinnia cactus
saya baru jer tengok bunga ni..cantik..tambahan byk juga kegunaannya yg lain..baru jer nak kenal..kalau ada peluang nak tanam juga lah

TukangKebun berkata...

Dear Raiyan Jazlan,

Tampaka juga dikenali dengan nama bawang dayak. Mungkin di local market di Sarawak mudah diperolehi. Kalau tidak jumpa, kami juga boleh bekalkan bibit bawangnya ke sana.