No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 24 Julai 2014

Blue Star

  Antara pokok bunga dari keluarga Ipomoea yang kerap berseri-seri di Kebun Bahagia Bersama ialah 'Blue Star'. 'Blue Star' adalah dari jenis Ipomoea tricolor yang lebih mudah dibela semasa keadaan panas dan kemarau berbanding dengan Ipomoea nil atau Ipomoea purperea. Cuma berbeza dengan bunga seri pagi berasal dari Jepun (Ipomoea nil), tukang kebun perhatikan setelah beberapa kali menanamnya pada cuaca yang berbeza 'Blue Star' musim bunganya bermula lambat dari average bunga-bunga dalam keluarga Ipomoea lain.  Entah tak tahu kenapa macam habitlah pula, setiap kali tukang kebun merumput bahagian yang Blue Star tengah tumbuh, mesti tukang kebun tak sengaja tercabut akar pokok 'Blue Star' sekali. Lalu cepat-cepat tukang kebun timbus balik masuk dalam tanah dan siram, Syukur Alhamdulillah 'Blue Star' tak pernah merajuk dengan tukang kebun ia tumbuh seperti sedia kala semula. Ya, pokok 'Blue Star' tahan pada musim panas dan kemarau sekiranya diberikan minum selang sehari ia tak ngada-ngada, tak banyak remeh. Seperti bunga seri pagi lain, ia akan berseri-seri apabila menerima cahaya matahari yang banyak. 
 Gambar No. 2 generasi pertama 'Blue Star' di Kebun Bahagia Bersama, masa ini musim hujan jadi tak panas macam sekarang warnanya lebih kebiru-biruannya. Faktor cuaca akan memainkan peranan rona warna birunya. Kelopak bunga 'Blue Star' lebih nampak tipis lembut macam tissue berbanding dengan Ipomoea nil.
 Gambar No. 3 pula ialah Generasi ke-2 Blue Star di Kebun bahagia Bersama masa musim tengah peak panas dan kemarau. Tukang kebun sengaja ambil gambarnya masa tepat pukul 12:00 tengahari nak tunjuk keadaannnya masa tengah berjemur kat luar ni. Pukul 12:00 bunganya masih kembang walaupun nampak layu di tengahari buta tetapi bila dah ke arah petang kelopak dan daunnya akan dengan semulajadinya nampak fresh balik. Warning: janganlah pula bagi air dekat dia tengahari buta, tanah tu dah panas, tambah air mendidih kepanasan lagi. Siram elok masa awal pagi atau lewat petang ya, masa tanah tak panas. Blue Star makin panas makin menjadi-jadi nak berbunga. Bentuk daunnya berbentuk 'heart'.
 Gambar No. 4 pula ialah Generasi ke-3 yang berbunga bulan lepas di depan pintu dapur. Kantung benihnya memang selalu menghilang, tukang kebun rasa mungkin ada sejenis makhluk bersayap sukakannya. Untuk peminat-peminat bunga morning glory tukang kebun bagi ranking dari yang mudah ke challenging ikut dalam page <ipomoea (Bunga Seri Pagi dan Family)> bagi menanamnya di kawasan tanah rendah seperti Lembah Klang.

Ipomoea quomoclit > Ipomoea triloba, Ipomoea multifilda > Ipomoea tricolor > Ipomoea nil

~ Blue Star Morning Glory (Ipomoea tricolor) ~
Anggaran 7 biji benih dalam 1 pek (RM3.00).

Sementara stok masih ada.


 Tukang kebun terkejut cuaca yang masih panas-panas ini percambahan biji benih Dwarf Sunflower Teddy Bear amat bagus. Bercambah dalam masa 4~5 hari apabila disiram sekali tiap-tiap hari.

6 ulasan:

Shasrine berkata...

Cantik color bunga tu.

Pasal jangan siram pokok masa tengah panas tu kadang-kadang terbuat juga kalau lupa nak siram awal pagi, sekali tengok pokok-pokok ada yang macam tak cukup air... rasa x boleh tunggu petang dah, kesian.

Seri7ujuh berkata...

sy samalah mcm shas, kalau tunggu ke petang mcm nak kering je pokok tu, tapi sy siram air byk2...so far ok..Alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

warna sejuk... so beautifulllll.....

choimin

TukangKebun berkata...

Dear Shas.

If balcony garden a bit sheltered takpe sangat. Usually ceramic pots a bit cooler inside.

TukangKebun berkata...

Dear Seri7ujuh.
Musim kemarau ni bagus ambil kesempatan train akar pokok menjalar ke dalam tanah dengan sekali sekala buat deep watering dari siraman kerap. Pokok yang kerap disiram manja jadi akarnya dekat dengan permukaan tanah berbanding dengan yang tidak disiram.

TukangKebun berkata...

Dear Choi Min.
This one is the lightest blue so far in KBB collection for ipomoea