No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 12 Julai 2014

Dwarf Teddy Bear Sunflower

 Masa zaman tukang kebun duduk di Adelaide, ada 2 orang jiran veteran berdekatan di rumah setiap tahun tukang kebun tengok mesti tanam jenis sunflower teddy bear. Jadi dapatlah tukang kebun cuci mata sambil jalan pergi bus stop. Yang tukang kebun pula pada masa itu asyik kemaruk tanam sunflower yang tinggi lampai macam seperti Giant Russian Sunflower, Mammoth dan Evening Sun. Memang ada lebih 2 meter tinggi pokok sunflower jenis tersebut tetapi bila musim panas atau heat wave habis semua sujud melengkuk ke arah tanah lagi 20cm nak cium tanah. Bila senja baru semua naik tegak balik. Tetapi yang jiran punya tidaklah seperti itu. Teddy Bear senyum tegak berseri-seri sepanjang hari.
 Sekarang tukang kebun baru sedar kenapa jiran-jiran tukang kebun pilih teddy bear di kebun mereka. Rupa-rupanya teddy bear ini lebih drought-tolerant atau tahan cuaca panas kemarau masih tegak steady walaupun dirinya jauh lebih kecil dari giant mammoth itulah. Panas di Adelaide memang rasa kulit pun seperti tercucuk-cucuk sakit, kadangkala pada musim panas beberapa kali heatwave ziarah dalam seminggu berterusan setiap hari cuaca mencecah 45degree Celsius pada sebelah siang. Ya cuaca sangat extreme kalau nak banding di sini pun maksimum 33-34 degree Celsius. Kalau cuaca panas extreme macam tu, janganlah nak buat rajin menyiram  masa tengahari buta sebab tanahnya panas buat air mendidih dan bunuh tanaman sahaja. Elok menyiram bila dah lewat petang. Don't panic, diorang semua memang akan nampak murung ke tanah tapi senja bangun balik. Lepas tu area tukang kebun ada water restriction, seminggu sekali sahaja boleh siram pakai hose air masa musim panas. Kalau nak siram juga kena manual macam pakai water can. Jiran-jiran tukang kebun yang dah usia warga emas sukar sedikit kalau nak bagi minum teddy tiap hari kan kalau manual.
 Cuaca panas kemarau lalu, tukang kebun berdegil juga nak mencuba menyemai beberapa jenis bunga matahari tengok mana yang ada rezeki. Dah tau pun sibuk nanti terbiar aje, siram pun paling banyak 2 minggu sekali maximum. Jadi kesimpulannya dengan pengabaian dari tukang kebun, si sunflower teddy bear yang paling ceria yang lain semua lenyap di pertengahan jalan setelah berbulan kemarau. Ataupun yang lainnya belum cukup matang, dah berbunga jadilah walaupun giant jadi macam saiz African Daisy  (Gerbera) pula sebab 'bolting'. Lain kali sudahlah boleh agak kalau nak berdegil nak sunflower di kala musim kemarau lama antara jenis option sunflower ialah Dwarf Teddy Bear. Dwarf teddy bear sangat sesuai untuk ditanam dalam pasu jadi bagi mereka yang container garden atau balcony garden adalah sangat sesuai. Teddy bear pun tak cerewat jadi yang baru nak belajar menanam sunflower this one is better but bear in mind 'petite' size banding dengan yang giant tu. 

~ Dwarf Teddy Bear Sunflower (re-stock while stock last) ~
Approximate 12 seeds per-packet (RM3.00).

Ada juga jenis-jenis sunflower yang lain sekiranya berminat nak cuba.
 Gambar di atas adalah contoh bunga matahari yang belum matang tapi dah berbunga (bolting), sampai tukang kebun pun pelik kenapalah gerbera bertukar warna tiba-tiba warna kuning bukan warna yang sepatutnya. Rupa-rupanya sunflower yang terbantut di sebelahnya kerana cuaca terlampau panas dan tuan dia tinggalkan begitu sahaja. Inilah kesimpulan trial sunflower disemai pada musim panas dan kering luar biasa berbanding dengan tahun lain. Kalau dah gian sangat nak tunggu musim tak kemarau, bolehlah cuba-cuba dengan teddy bear. Sekurang-kurangnya tiadalah rasa frust sangat kalau jenis lain paras ketot tak jadi giant, at least sunflower ni nampak comel gebu macam teddy bear sebab banyak lapis hehehe...rasa nak cium-cium je.
 Pesanan yang dipacking dihantar mulai hari ini hingga turutan pesanan diterima seramai 10 gardener menerima biji benih sunflower yang dikongsikan oleh kak Mala dari 'My Green Eye's' (klik sini) yang garden di Langkawi. Don't forget to wish thank you dengan Kak Mala ya, boleh tinggal message di contact form yang terdapat di page blog Kak Mala. Disertakan juga perkongsian biji-biji benih Sunflower dari garden Kak Ros dari Jasin, Melaka. Semoga perkongsian biji-biji benih mereka akan mendapat lebih rahmat, murah rezeki dan dipermudahkan urusan mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah jika ada rezeki, Kebun Bahagia Bersama juga akan sertakan 1 pek biji benih sunflower juga. Jadi total 3 pek sunflower dari garden yang berbeza. Siapalah penerima bertuah itu ya.

11 ulasan:

Julie22 berkata...

Julie pun suka sangat dgn bunga matahari ni kak, cantik & unik! tp jenis teddy ni lagi best bila kakak mention ttg tahan panas kemarau ni! nak cuba tanam ni....

Seri7ujuh berkata...

Seronok tengok gardener berhasil tanam sunflower yg besar2. Dua tiga hari ni dah mula hujan, mungkin dah boleh semai biji sunflower...

suka suka berkata...

nak sepeket ya..

lite n easy berkata...

Salam kak D,
Ooo, mcm tu ye perbezaannye. Hurm....sy pon nk gak la 2 pack
Geramm tgk bunga nye gebusss gebuss ;)

Shasrine berkata...

Shas belum semai lagi sunflower seeds pemberian tukang kebun dulu.. pasu semua dah penuh, kena tunggu turn..

Kausar Amin berkata...

cantiknya sunflower tu...

Unknown berkata...

-Crinum-
meh pakat tanam sunflower, pasal mengikut kajian la.. biji bunga matahari elok untuk kesihatan jantung, & ada 'lemak baik', then macam yg semua sedia maklum, biji dia kaye dgn vitamin E (anti oksidan, next boleh kurangkan risiko kanser & diabetis. yg paling best, baik untuk kesihatan & kecantikn kulit. kira blh protect kulit dr rosak la bila kena chy mtahari. (lebih kurang mcm tu lar)so sape yg berdiet or betul2 nak follow food pyramid, disokong masukkan biji sunflower nie dalam list diet u all.
so alang-alang dah nak tanam, tanam banyak sikit, agak2 cukup untuk tuai hasil biji sunflower. boleh jugak makan sambil layan drama... huhuhu

Unknown berkata...

zinnia cactus
cantiknya bunga matahari..kalau berbunga nampak ceria..tapi saya suka juga matahari yang kecil..benih bunga matahari ni ada stok tak?

TukangKebun berkata...

Salam Ramadhan Julie,

Rasa geram tengok teddy rasa nak terbenam je muka kat bunganya hehehe...entahlah tahun ni rasanya dwarf teddy paling tak banyak kerenah berbanding dengan yang lain. Dahlah cuaca tahun ni tak banyak hujan kering memanjang.

Salam Ramadhan Seri7ujuh,

Tukang kebun baru semai batch sama yang offer ni biji benihnya hujung minggu lepas. Tengok hari ini ada sudah yang bercambah. Mungkin cuaca dah mula sesuai agaknya.

Salam Ramadhan kak Mar,

Teddy bear reserved untuk Kak Mar.

Salam Ramadhan Atie,

Memang geram tengok dia gebu gebu mukanya gitu. Senang sikit sunflower ni berbanding yang saiz debab debab.

Salam Ramadhan Shas,

Tak pe tunggu giliran, one by one.

Salam Ramadhan Kausar Amin,

Yang ni kelopak bunganya berlapis berbanding dengan yang selapis ditengah besar.

Salam Ramadhan Nuriem Story,

Ya antara makanan bagus untuk diet kita. Yang nak layan drama kena jenis sunflower besar macam jenis mammoth baru sedap buat kuaci.

Salam Ramadhan Raiyan Jazlan,

Yang renek comel juga bila ditanam sekelompok atau di depan sekali macam border. Yang jenis dwarf teddy bear masih ada stock lagi.

Tanpa Nama berkata...

Salam kebun bahagia. Saya ada membeli benih sunflower teddy bear di beberapa tempat. Tetapi sehingga kini benih yg sy tanam tak tumbuh2. Sedangkan benih lain seperti velvet queen dan vanilla ice boleh bercambah. Mengapa ye? Adakah kerana suhu Malaysia yg xsesuai utk teddy bear bercambah?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Kami pula rasa sunflower teddy bear lebih mudah tumbuh membesar dari velvet queen dan vanilla ice. Semai seperti biasa sahaja.