Bagi tukang kebun serbuk white gold ini telah banyak membantu menyuburkan tanah keras dan tidak subur di kawasan rumah sewa tukang kebun dahulu. Masa mula-mula tukang kebun bermula nak berkebun, agent rumah yang selalu datang check keadaan rumah setiap 3 bulan kata dekat tukang kebun kawasan tanah rumah sewa ini keras tak subur, tak sesuai nak bercucuk tanam. Tapi dengan bantuan serbuk white gold lama-kelamaan tanah menjadi subur dan agent rumah pun terkejut tengok makin hijau dan warna-warni kawasan laman luar rumah. Yang dulunya tiada cacing tanah sekarang banyak dijumpai dalam tanah. White Gold powder ini adalah sumber makanan yang baik untuk cacing tanah dan micro-organism di dalam tanah yang menjadikan tanah kita subur.
Semasa tukang kebun mengandungkan Rayyan untuk sibukkan diri pada waktu malam dan tidak berfikir terlampau banyak mengenai jantungnya yang tidak sempurna sebelum tiba hari kelahirannya, tukang kebun diberi peluang bekalkan air kacang soya di sebuah kedai restoran Malaysia 'Swinging Bowl' di Adelaide. Jadi hasil hampas-hampas powder kacang soya yang didapati setelah kacang soya dikisar dijadikan sumber bahan kompos untuk kebun yang sangat baik. Hasil jualan air kacang soya pun dapatlah membantu cover gap fees untuk scan keadaan Rayyan di dalam tummy. Berkilo-kilo biji kacang soya juga dibuat air setiap minggu jadi bekalan serbuk "White Gold" yang banyak tidaklah disia-siakan.
Terima kasih kepada semua yang memberikan idea-idea minuman yang menarik untuk berbuka puasa di posting "Coconut Station" sebelum ini, appreciate it very much and has inspired not only tukang kebun but others as well. Thank you Shas author blog 'Made by Shas' dan Nuriem buat tukang kebun motivated merajinkan diri buat home-made air kacang soya setelah sekian lama tukang kebun tak buat. Kasihan Abby tak pernah merasa air kacang soya buatan tangan mama dia. Akhirnya dapatlah Abby rasa hujung minggu lepas dengan stock berbotol-botol dalam peti ais. Yang sibuk tak sempat keluar dan tercari-cari accessories seperti hairband atau clip rambut, please tak a peek at Shas online shop Shas.Handmade.
Tukang kebun baru teringat ada kacang-kacang soya yang dibawa balik dari Adelaide sebab banyak stock dahulu tak sempat buat. Tengok packaging tulis best before September 2013. Tapi bila tukang kebun belek-belek kacang-kacang soya nampak masih dalam keadaan elok. Jadi lepas tengok perlawanan bola sepak antara Brazil dan Netherland, tukang kebun pun rendam 1.0 kg kacang-kacang soya dalam besen supaya ianya akan kembang dan lembut. Biasanya dalam 10~12jam setelah direndam kulit-kulit kacang soya akan mudah tertanggal dengan sendirinya. Gambar di bawah kacang-kacang soya yang dah kembang dan lembut sudah boleh mulakan projek buat air kacang saya.
Kebaikan buat kacang soya sendiri ialah kita boleh buatnya lebih pekat dan tentukan sendiri kemanisan air kacang soya yang kita nak buat. Ibu-ibu yang tidak mampu breastfeeding dan bayinya allergic dengan susu dari sumber lembu boleh juga sediakan susu kacang soya untuk permata hati sendiri. Susu kacang soya tanpa pengawet boleh juga tahan beberapa hari disimpan dalam peti ais biasa. Untuk tukang kebun, biasanya buat pekat macam susu dan anggaran ratio kacang-kacang soya dan air yang tukang kebun suka buat adalah seperti gambar di bawah. Lepas blendar kacang-kacang soya tersebut masukkan air tersebut ke dalam kain muslin atau kantung kain untuk diperah supaya powder "White Gold" dapat ditapis.
Lepas tu air perahan bolehlah dipanaskan sehingga mendidih. Boleh carik-carik beberapa daun pandan dicampurkan sekali masa masak susu kacang soya tersebut. Bila mendidih letak gula ikut tekak masing-masing. Kalau yang rajin nak buat susu kacang soya berperisa pandan pun boleh. Sediakanlah air ekstrak daun pandan untuk diblendar bersama-sama dengan biji-biji kacang soya.
Hujung minggu lepas, hidangan juadah berbuka ala-ala Jepun. Hidangan Jepun banyak base makanan mereka adalah kacang soya sebagai contoh yang amat nyata ialah kicap juga bahan utama ialah kacang soya. Dulu masa zaman student di Jepun, biasanya kalau tukang kebun makan di kantin akan ambil nasi dengan berlaukkan ikan Saba Misoni. Miso paste yang digunakan adalah miso paste yang digunakan untuk buat misoshiru (miso sup). Seperti biasa bila tukang kebun mengidam nak makan 'Saba Misoni', terpaksalah dearest husband yang sediakan (gambar bawah juadah untuk si isteri berbuka puasa hujung minggu lepas). Miso paste juga adalah daripada kacang soya.
Bila tengah mengandungkan Abby pula, mama dia rasa terdorong pula mulakan ' Kebun Bahagia Bersama '. Syukur Alhamdulillah lepas kelahiran Abby dan bulan depan Abby pun dah nak masuk 2 tahun, Kebun Bahagia Bersama masih ada cerpen-cerpen gardening yang boleh dikongsikan lagi.
12 ulasan:
Hi Diana, thanks so much for the mention.
Tak pernah dengar tentang white gold powder, ingatkan new things dlm gardening dictionary. Shas dulu pernah buat soya sendiri tapi tak berbakat kot.. maybe tak rendam cukup lama.. kena try lagi sekali ni sebab nampak menarik pulak yang buat sendiri tu. Thanks.
Saya teruja dengan white gold powder tu...sbb tanah kat tempat sya memang tak subur...tanah merah yang liat..tapi cemana nak proses ya....
Air kacang soya home made, memang puas diminum...
Hi Diana
boleh cerita lebih lanjut cam mana nak guna white gold di tanah?
Azian
Salam kak D,
Ptt la bnyk cacing dlm tanah pokok thyme hari tu. Hihi....
Kak, klu x keberatan boleh la share resepi miso paste tu pulak ye lenkali.. Thanks!
saya pernah juga buat soya milk, tauhu n tau fu fah...time rajin2 dulu la. Memang puas makan hasil buatan tangan sendiri, tapi hampas kacang tu di tong sampahkan aje....bila tengok post Diana ni, rasa rugi pulak membazir white gold tu....tapi time tu mana ada kesedaran nak mengkompos ni...
Salam Diana,
Pertama kali kenal white gold ni! Gaulkan saja dengan tanah yg tak subur tu ke utk dapatkan tanah yg subur?? Minat nak tahu lebih lanjut!
wah thanks utk resepi kacang soya tu :) nak kena try buat ni, selalu beli je....
Hi Diana,
Where can i buy the White Gold Powder ? Interesting !!!!
Dear Shas,
Kena lembut soyanya baru boleh blendar. Kalau dulu masa winter dekat Adelaide lagi kena rendam lebih lama. If you want to make it the next day, sebelum tido rendamlah kacang soya.
Dear Sud@is,
Dulu dekat rumah sewa jenis tanah merah juga, masa gembur-gemburkan tanah campur je dengan hampas kacang soya.
Dear Azian,
Hampas dari pembuatan air kacang soya biasanya dah macam tepung halus-halus butirnya jadi berbanding dengan bahan kompos lain ianya lebih cepat diproses oleh microorganism di dalam tanah menjadikan tanah cepat subur. Sekadar gali lubang dan timbus dengan tanah pun dah memadai. Tak perlu gali dalam-dalam, sekadar ditutup dengan tanah sahaja supaya tak nampaklah proses pereputannya. Ataupun masa gembur-gemburkan tanah, campurkan sekali bersama gemburkan.
Dear Atie,
Resepi saba misoni tu chef yang lain hahaha...nanti kalau tukang kebun dah pandai tak dapatlah manja minta buatkan selalu. InsyaAllah suatu hari nanti dikongsikan.
Dear Seri7ujuh,
Takpe lepas ni boleh rajin kembali buat soya milk, tauhu dan tau fu fah bolehlah gunakan sepenuhnya white gold powder jadi tiada pembaziran semuanya ada guna. Selalunya dalam sebulan dah tak nampak dah kesan white gold powder bila dah digemburkan dengan tanah proses reputnya oleh micro-organism sangat panas. Antara makanan kegemarannya agaknya. Antara bahan kompos yang sangat baik.
Dear Mak Aji
Gaulkan sahaja Mak Aji tak perlu buat proses susah-susah nak ferment lagi atau tidak. Sebab hampas kacang soya ni dah jadi very fine powder.
Dear Julie,
Cubalah Julie seronok buat susu kacang soya sendiri.
Maybe you try find at your local pasar from vendor who sells soya milk product and if can keep the white gold powder for you?
-Crinum-
Wahhh... new tips yg berguna... thanks utk sharing nie kbb.. smga hasil kbun bertmbh2 hndaknya.. amin..
boleh la lps ni jalankan misi white powder ni kat kwsn rumah yg tnhnnya tk brape nk sbur...
Pernah baca artikel dlm fb & blog somebody yang katanya soya x bagus untuk kita. saya mmg penggemar air soya, taufu fah, tauhu & tempe...hmmm
Dear Nuriem,
Tuannya sihat minum susu kacang soya, tanah pun sihat juga dengan supplement white gold powder.
Dear Gina,
Tukang kebun pertama kali pula dengar soya tak bagus untuk kita.
Tapi orang Jepun yang dalam dietnya tiap-tiap hari mesti ada bahan dari soya adalah antara bangsa penduduk di dunia ini yang jangka hayat mereka hidup adalah lama. Soya pula sumber protein penting untuk vegetarian.
Buddhist monk Jepun hampir tiap hari kena makan tofu kut sebab mereka vegetarian.
Teringatlah pula orang kata makan nasi tak bagus. Tapi orang Asia dah beribu-ribu tahun makan nasi sumber utama. Mungkin yang tak bagus ialah life-style sekarang, makan nasi banyak tapi kurang bergerak maka itu yang tak bagus. Jadi orang kita mudah terikut-ikut propaganda orang barat kata sumber makanan dekat tempat mereka lebih bagus. Tukang kebun tak boleh gak kalau lama tak makan tempe, tauhu dan susu soya hehehehe...
Masing-masing dengan pendirian masing-masing.
Mungkin yang khuatir kalau dari GMO (Genetically Modified Organism).
Catat Ulasan