No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 9 Julai 2014

Coconut Station

 Rasanya dah 10 hari kita berpuasa (kalau tukang kebun silap betulkan ya sebab ini posting auto-published takut tersilap kira) mesti pelbagai juadah disediakan untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Biasanya bila dah masuk minggu kedua berpuasa, perut tu dah biasa, bila dah berbuka lebih nak kenyang minum air basahkan tekak. Jika berbelanja pastilah sebahagiannya membeli air untuk berbuka puasa. Kalau nak berjimat pastilah nak memikir apa jenis air boleh kita sediakan sendiri bertukar-tukar dalam 1 minggu. Hari pertama berpuasa kami sekeluarga berbuka dengan air kelapa muda dari kebun sendiri. Tiada keluar belanja cuma keluarkan tenaga nak memetiknya dan mengupasnya. Syukur Alhamdulillah banyak juga kelapa yang dapat membasahkan tekak ketika berbuka adalah lebih 10 biji (Jimat 10 biji X RM4 = RM40). Dekat coconut station, keliling banyaklah mahkluk yang menunggu nak minta kongsikan isi kelapa.
Hasil kumpulkan kutipan buah markisa dapatlah juga buat jus markisa 1 bekas (Anggaran pasaran 3 biji RM2 X 3 tompok = RM9).
 Sekali-kala nak pelbagaikan minuman yang ada untuk berbuka di meja, tukang kebun buatlah juga air telang sebab budak-budak ni suka minum (Anggaran beli sebungkus air di pasar jimat RM2).
 Kalau rajin bolehlah juga buat air soda assam jawa (klik sini). Yang bagus untuk hilangkan rasa sebu dekat perut tu baik standby air serai (klik sini). (Jimat dari beli air sebungkus seplastik RM2).
 Kalau ada rezeki tuaian adik-beradik citrus di kebun, bolehlah buat teh atau air limau kasturi/lemon. Syukur Alhamdulillah ada yang dapat sediakan air minuman limau kasturi untuk berbuka juga dari kandungan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama. Terima kasih berikan ilham, tukang kebunnya pun terlupa yang dia ada banyak stock di kebun. Jangan lupa ya buah canistel yang dah masak juga boleh dibuat jus (klik sini).
 Tak lama lagi pula untuk berbuka puasa, dapatlah tukang kebun buat air roselle pula untuk budak-budak. Tukang kebun memang dah cuba nak timing yang roselle ditanam akan mula berbuah masa bulan puasa. Cuma tuhan sahajalah yang menentukan rezeki kami, tahun ni pada cuaca begini mencabar sedikit, tidak seperti tahun lepas. Baru teringat seperti ada kedondong yang tak dituai-tuai, bolehlah buat jus kedondong asam boi kan.
 Saja syok sendiri kira-kira berapa yang boleh jimat dengan menyediakan air minuman sendiri. Bukan nak menunjuk-nunjuk cuma nak cari ilham, kekadang tukang kebun pun lupa apa yang ada boleh buat minuman. Jadi tukang kebun buatlah nota untuk masa hadapan lebih efficient nak fikir menu nak berbuka, boleh juga kalau kita nak sediakan untuk tetamu masa raya nanti.

 Cuma satu sahaja yang tukang kebun nak juga beli sekali kala ialah air tebu. Air tebu tempat kami biasa selalu beli 1 jug di corner lorong 9 berharga RM3.00 . Syukur Alhamdulillah suami isteri tersebut tidak ambil kesempatan pada bulan puasa ini, harga sama sahaja moga rezeki sekeluarga mereka murah.  Siap isi jug sampai nak penuh melimpah keluar, terharu tukang kebun tengok. Kalau di tempat lain di kawasan kampung tukang kebun duduk ni atau pasar berdekatan RM4.00 . Dulu masa tukang kebun kerja di Johor 8 tahun lalu, sungguhlah terkejut dekat Senai 1 glass RM1.00. Bila balik Sungai Buloh pula masa tu cuma RM2.00 1 jug. Jadi dearest hubby selalu suruh bersabar tunggu balik kampung nanti dia beli berjug-jug tak berbaloi 1 gelas RM1.00 . Elok juga tulis note perubahan harga setiap tahun kan. Tukang kebun dengar di tempat lain lebih mahal betulkah?

Bagaimana pula dengan gardeners lain, apakah jenis-jenis minuman yang yang disediakan dari kebun sendiri untuk keluarga tersayang?


18 ulasan:

Flying Bowl berkata...

Salam,

Saya biasanya akan buat teh O ais yg dicampur dengan beberapa batang serai(ditumbuk) dan keratan daun pudina. Campur semua dalam jug & kacau. Serai tanam sendiri & pudina kene beli sebab keratan masih lambat cambah :D

(LEMON GINGER)

Normala Saad berkata...

kalau boleh kak hari2 nak buka puasa dengan air nyior ni..favourite sangat..

Ibu Qistina berkata...

Alhamdulillah sumber dari sekeliling rumah boleh di jadikan air untuk berbuka. Kalo beli kat luar bukan sedap mana pun,banyak perisa tiruan. kalo buat sendiri boleh la nk adjust gula banyak mana dan boleh ganti gula yang lebih sihat ka. :D

Shas berkata...

Kitorang hari-hari mesti ada soya sebab my 1st child suka sangat soya ni.. tapi beli yg kotak je, tak beli dekat pasar ramadhan pon.

Btw, any idea kenapa my roselle mcm lain jenis je.. warna hijau purple (bahagian bawah roselle hijau) and not purple mcm yg tukang kebun tunjuk kat dlm gambar kat atas.

Suzie berkata...

Bunga telang tu blh buat jus. X tahu pla. Igt utk nasi kerabu ja. Tgu mulberi masak. Buat jus dengan yogurt n ice cream vanila.

suka suka berkata...

Hi hi Kak Mar baru beli blender murah ... made in China...set 2 botol... dah dua hari minum susu blend dgn kurma... anak perempuan pula menghabiskan stok apple utk buat jus... suami pula dpt hadiah mangga... sahur pagi2 pun buat jus mangga..namun hasil tanam sendiri tiada stok pula... kedondong dah merajuk... jambu pink pokoknya baby lagi ...

nasa mulia berkata...

wah...air kelapa, setakat ini tak jumpa lagi penjual kelapa sebiji2...yg banyak air kelapa dalam tong tu..memang jimat kalau buat sendiri boleh minum ulang2 dan puas hati dengan hasilnya.

Seri7ujuh berkata...

Lemon dlm parcel pasar online dibuat lemonade...tapi hari2 air teh O n kopi O panas memang wajib. Kalau ke bazar, mesti nak air jagung. Air bunga telang tak laku kat rumah ni, masing2 buat muka pelik je.
Hari ni buat teh O laici n sirap laici...ada permintaan

Julie M berkata...

Amcm nak buat jus telang tu kak? bleh kongsi resepi???

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Jelesnya tengok Diana dok dapat buat macam2 air untuk berbuka. Mak Aji setakat ni takde rezeki nak manfaatkan apa2 dari laman. Jus mulberi yg dibuat tempoh hari sempat simpan 3/4 hari aje dah licin. Pokok telang pun agak kurang berbunga panas2 gini - alahai takde rezeki. Dok ulanglah air sirap merah dan air bandung cincau. Buar sirap je banyak2. Terpaksa beli jugalah kat bazar.

raiyan jazlan berkata...

zinnia cactus
wahh...byk juga menu air hadil dari tanaman sendiri...berbudi pada tanah..kalau saya masa balik kpg buln puasa ni selalunya target buah tebu d kebun bapa saya...untu djadikan jus tebu..kadang2 tu mcm tahun ni ada tembikai kmk sekeluarga buat jus tembikai..puas hati dpt manfaat hasil tanaman sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Teh serai macam menarik je...nak cuba nanti...

Kami sekeluarga berbuka dengan air teh panas suam hari-hari..lagi rasa puas & dapat elakkan batuk. Mungkin boleh cuba honey lemon tea atau ginger tea + honey. Gantikan gula with honey...memang menyihatkan badan. Badan akan berpeluh selepas berbuka. Cubalah.

-Zana,SBCR SU.

lite n easy berkata...

Assalam kak D,
Klu la sy pun ade kebun kt blkg umh mcm akk, mmg gigih sy meround kebun cr menu fresh stiap hr :')
Tp, stkt ni sy pon blum ade rzk lg dr laman yg bole buat minuman..

nUrieM StOrY berkata...

-Crinum-
wahh.. semua menyelerakan dari kbb, dan yang pasti hasil tuaian yg fresh menjanjikan khasiat yang tak ternilai.. kat rumah hari2 wajib tea panas, soya. Nak buat soya homemade tak brapa nak free. So beli bli yg pasang siap kat kedai jela..saya pn dlm proses
membina kebun di kwsn rumah. .. agaknya lagi 2,3 tahun sampai la hajat nk mkn tuaian fresh mcm kbb. ^_^ amin...

TukangKebun berkata...

Salam Ramadhan Flying Bowl (Lemon Ginger),

Terima kasih kongsi cadangan macam sedap juga tambah daun pudina. InsyaAllah nanti cepatlah pudina tu tumbuh merimbun. Selamat Berpuasa!

Salam Ramadhan Kak Mala,

Musim kemarau yang lama hari tu sungguh manis air nyior sampai tupai-tupai pun rajin pergi tebuk buahnya.

Salam Ramadhan Ibu Qistina,

Syukur Alhamdulillah dapatlah juga rasa hasil dari kebun dalam bulan puasa ini. Ya kalau tengok air di bazaar yang terang benderang sangat tu menakutkan. Betul dekat rumah ikut citarasa tersendiri dan lebih sihat.

Salam Ramadhan Shas.

Terima kasih kongsi idea soya. Ada soya bean dah lama beli tak buat-buat. InsyaAllah hujung minggu ini nak cuba buat nanti.

Ada juga pokok-pokok roselle kami yang buahnya begitu juga di certain location begitu. Tukang kebun pun tak pasti kenapa walapun sama semaian di tempat lain tidak begitu pula. Nak kena buat observation lagi kenapa kawasan tersebut menghasilkan buah seperti itu dah 2 kali tanam di tempat yang sama.

Salam Ramadhan Suzie.

Sedap dengarnya mulberry buat jus dengan yogurt n ice cream vanilla.

Salam Ramadhan Kak Mar,

Belum lagi cuba susu blend dengan kurma. Abby suka sangat pula kurma boleh cubakan kasi dia campur blend susu. Kenapa kedondong Kak Mar merajuk? Kedondong sini pun payah nak menjadi asyik dikerumuni dengan bena. InsyaAllah dalam 5 tahun nanti dapatlah petik jambu pink.

TukangKebun berkata...

Salam Ramadhan Nasa Mulia,

Dekat area kampung sini ada kedai-kedai juga yang bekalkan buah-buah kelapa muda. Ya puas hati kalau buat minuman sendiri.

Salam Ramadhan Seri7ujuh,

Sini kalau air panas bulan puasa ni tak berapa...hehehe...semuanya air "chilling" je yang dipilih waktu berbuka. Agaknya sebab musim kemarau kut.

Salam Ramadhan Julie.

Mudah je nak buat sambil masak-masak juadah lain.
Dekat posting ini ada link cara nak buat jus telang
http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/2013/01/butterfly-pea.html

Salam Ramadhan Mak Aji,

Mulberry pada bulan puasa di sini tak meriah sangat walaupun ada tuaian hampir setiap hari. Bunga telang pun dari yang cambah sendiri merata di sini sana.

Salam Ramadhan Raiyan Jazlan,

Bagus tu boleh minum air tebu dari kebun bapa. Jus tembikai dari kebun sendiri mesti manis rasanya.

Salam Ramadhan Zana,

Cubalah teh serai bagus untuk kesihatan seisi keluarga. Musim cuaca sekarang memang bagus amalkan honey lemon tea.

Salam Ramadhan Atie,

Kalau panas-panas tu nak kena jalan bawah pokok-pokok besarlah kalau bulan Ramadhan ini.
InsyaAllah perlahan-lahan lama-lama ada pelbagai dari laman sendiri. Kebun ni bukan instant semua ada, nak kena tambah sikit-sikit lebih-lebih lagi kalau baru dibuka di kawasan baru, nak kenal-kenal sekitar kebun dahulu.

Salam Ramadhan Nuriem Story,

Hujung minggu tak kerja bolehlah selit masa nak buat air kacang soya nanti. Tukang kebun pun baru je rendam kacang soya lepas sahur tadi.Teruja pula bila dengar ramai minat minum air kacang soya. Semalam ke Jusco pun tengok banyak promosi air kotak kacang soya dok fikir-fikir hujung minggu ni cuti bolehlah jimat buat sendiri banyak stock air kacang soya.
InsyaAllah tahun depan ada dah tuaian sendiri dari kebun untuk juadah berbuka puasa.

Carlz Jafran berkata...

sirap Roselle dah buat minggu lepas. mmg sedap asam sikit. baik tuk kesihatan badan minum tuk buka pose. terbaik punya gambar...

TukangKebun berkata...

Salam Ramadhan Carlz Jafran,

Rasa macam ribena sirap roselle, elok yang home-made baik untuk kesihatan.