Jerebu minggu lepas rasa macam effect juga badan rasa lemau sungguh tidak dapat fokus asyik ngantuk je rasa. Sabtu lepas pun terasa hairan, Ilhan yang balik dari kelas tambahan mengaji di Sekolah Agamanya, lepas mandi sebelum masuk pukul 11AM terlelap sampai pukul 5 lebih yang perlu dikejutkan. Abby juga begitu bila ke kebun sekejap tengok terlelap atas kerusi. Anak-anak tertidur tiba-tiba beloved husband ajak keluar dating pula, dating kat area belakang kebun je, katanya dah lama tak meronda area di bahagian belakang. Memandangkan sudah ada beberapa rumpun serai cukup untuk stok berterusan tahun ini dan ada yang perlu dikemaskan, tukang kebun bagi homework dekat beloved hubby buat air serai. Kali pertama minum air serai adalah di dapur MakcikManggis bukan secara cyber tetapi memang langkah kanan secara reality akhirnya tercapai. Teringat cerita MakcikManggis katanya Buddhist Monk di Janda Baik mengamalkan minum air serai maka teruja juga nak mencubanya. Elok minum air serai lepas makan untuk menghilangkan senak perut, kembung perut dan membantu melancarkan pencernaan sesuai bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga. Ya sangat membantu dalam menghilangkan senak perut lepas makan apabila tukang kebun cuba beberapa kali, satu herba yang bagus tidak perlu beli ubat yang telah diproses, bukankah baik secara semulajadi bahan yang kebiasaannya mudah didapati dari kebun sendiri walau sekecil manapun.
Sebagai gambaran isi sebanyak satu jug air ke dalam periuk dengan beberapa batang serai yang dah diketuk, letak 1~2 helai pandan, letak gula batu dan panaskan. Itu sahaja. Kalau tak nak pakai gula batu pun tak pe, kemudian lepas direbus, cool down boleh campurkan dengan madu. Sebagai option untuk yang suka boleh juga perah lemon/limau kasturi and mix pun boleh. Untuk resepi terperinci boleh jenguk di dapur MakcikManggis. Sedap diminum samaada sejuk atau panas. Tukang kebun kali ini pakai gula batu sebab anak-anak ni tastebud masing-masing lain. Si Ilhan tak suka masam-masam. Tetapi Rayyan geng dengan tukang kebun suka perah lemon dalam air serai. Air rebusan serai tidak berwarna. Pada musim panas kalau letak ais rasa sangat refreshing badan segar jadi alert kembali hilang rasa-rasa lemau. Ingatkan budak-budak ni tak minat nak minum air serai berebut pula dengan tukang kebun. Terpaksalah beloved husband buat lagi satu batch untuk stok tukang kebun.
Syukur Alhamdulillaah mulai minggu lepas, selang sehari rezeki kutipan mulberry average sebanyak ini memang anak-anak puas makan. Cuma pada hari bekerja kekadang tidak terambil jadi bila hujung minggu yang belum hampir hitam keseluruhan pun tuai sajalah, Rayyan suka buah masam-masam dan Abby pula Sweet-tooth. Bulan March ini untuk Pasar Online kadangkala dimasukkan sekali batang-batang serai dengan masih akarnya ada intact kalau ada yang ingin menanamnya semula. Kalau di pasar malam biasanya akar dah dipotong jadi susah nak tanam balik. Yang tukang kebun masukkan boleh pilih mana yang terdapat banyak sekali akar boleh cuba tanam kembali sekiranya tiada pokok serai di laman lagi.
Selain dari masakan, serai juga boleh buat air minuman yang sedap. Bolehlah rajin-rajin tebas rumpun serai yang dah overdue tu cuba buat air serai. 2 gelas berwarna coklat tu bukan air serai. Projek beloved husband juga untuk pelbagaikan pilihan minuman dari bahan yang boleh didapati di Kebun Bahagia Bersama. Cuba teka air apa?
Bagi yang inginkan tumbuhan serai di kebun boleh dapatkan serai yang telah mempunyai akar yang Kebun Bahagia Bersama boleh bekalkan untuk terus ditanam di kebun.
~ Serai dengan akarnya (moist bare-rooted) ~
7 Batang serai bersama akarnya untuk RM4.00 .
Segala pertanyaan boleh hubungi melalui email (kebunkmg@gmail.com).
Boleh juga campur dengan tanaman lain di page kami '3 plants mix for RM10.00' (klik sini).
Bagi yang inginkan tumbuhan serai di kebun boleh dapatkan serai yang telah mempunyai akar yang Kebun Bahagia Bersama boleh bekalkan untuk terus ditanam di kebun.
~ Serai dengan akarnya (moist bare-rooted) ~
7 Batang serai bersama akarnya untuk RM4.00 .
Segala pertanyaan boleh hubungi melalui email (kebunkmg@gmail.com).
Boleh juga campur dengan tanaman lain di page kami '3 plants mix for RM10.00' (klik sini).
10 ulasan:
Mari meneka..!!!! Air asam jawa rasanya.
OHh tq banyak2...bleh cuba resepi baru ni dari bahan2 yga terdapt di belakang rumah untuk sihat dan cergas..
Salam ....nak pokok serai. Nak tanam. Yg lama dah pupus..nanti nak cuba jus serai tu kalau beli serai kat pasar kadang keras sangat.
Mulberi saya baru habis tuai ....blm potong dahannya sebab musim kemarau biar sejuk sikit kawasan rumah. Skrg dah boleh potong kot dah hujan.
teringat minum air serai campoq asamboi kot di Restoran Serai dekat ofis ni. Tp yg ni dia blender bukan rebus.
Betul tekaan Kak Ros, cuma ada satu perkataan yang tertinggal :P hehehe...
Sudais ~ Bolehlah cuba mudah je kan, kekadang tak terpakai bahan-bahan tersebutkan. Sihat dan Cergas Badan InsyaAllah.
Salam Suzie~ Kalau berminat bolehlah hantar email (kebunkmg@gmail.com).
Boleh dapatkan dalam pek 'Pasar Online Kebun Bahagia Bersama'
ataupun
pilihan dalam page "3 Plants Mix for RM10".
Awin ~ Macam menarik pula rasa campoq asamboi. Kecur air liur...Kalau blendar nak kena tapis dengan strainer dululah kan?
Dia tapis sikit je kot. sebab ada jugak rasa hampas2 serai. tapi sedap lah!
Dia tapis sikit je kot. sebab ada jugak rasa hampas2 serai. tapi sedap lah!
Sedap dan Sihat Awin. Kebelakangan ni jarang pakai serai untuk masak. Itu yang terfikir buat sebagai minuman pula rasa mujarab hilangkan senak perut.
diaa, pokok mulberi ni kena selalu pangkas ke baru berbuah.. saya perasan macam tu la.
bila pangkas berbuah, bila dibiar tak berbuah pun
Salam Zifa.
Memang nak kena pangkas untuk dia berbuah mulberry ni. Kalau dibiarkan memang naik tinggi menghijau tak berbuah.
Catat Ulasan