No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 11 Mac 2014

Little Grapette

 Pada 27hb Febuari kembangan pertama dari Little Grapette menceriakan salah satu sudut Kebun Bahagia Bersama. Tidak disangka-sangkakan daylily yang ditanam pada Disember lepas, menghasilkan bunga-bungaan di musim kemarau ini walaupun terbiar di dalam semak. Saiz bunga Si Little Grapette adalah 2/3 saiz kembangan bunga Si Fanciful Finery. Seronok tengok ada hari yang berikan 2 kembangan serentak.
 Walaupun mekar bunganya tak sebesar seperti Fanciful Finery, kuantiti kudupan bunga adalah lebih banyak berbanding dengan Si Fanciful Finery. Barangkali disebabkan Fanciful Finery jenis multi-petal manakala Si Little Grapette adalah single petal, dibuat andaian saiz Si Little Grapette saiznya kecil sedikit tetapi kudup bunganya lebih banyak. Nama pun 'Little Grapette'. Memandangkan kudup bunganya banyak maka dapatlah juga tengok mekar berterusan dalam 2 minggu. 
 Bunga daylily Little Grapette kembang sehari sahaja untuk tatapan. Kali ini setangkai bunganya ada sekurang-kurangnya 9 kudup bunga bergilir-gilir kembang.
 Sebenarnya tukang kebun pun tak ingat di mana lokasi dijadikan rumah baru si Little Grapette. Gara-gara satu lokasi ini dibiarkan semak seketika sementara menyelesaikan projek lain di kebun maka tenggelamlah si Little Grapette dalam belukar berminggu-minggu. Bila giliran kawasan ini dikemaskan, nasib baik tak tercabut sekali dengan 'weed' di sekelilingnya. Terkejutlah tukang kebun yang mencabut rumput ternampak tangkai kudup bunga Daylily tersembul keluar antara celah-celah rumput. Cuma ketika ini sudah lupa daylily mana satu yang ditanam kena tunggu kembang bunganya.
 Lokasi yang ditanam Little Grapette yang telah kembang akan menerima cahaya matahari direct selepas pukul 11 pagi hinggalah hampir senja. Terima kasih kepada Gardener Kak Muna di Kedah kerana beri feedback bahawa Little Grapette-nya juga telah kembang di kebunnya lebih awal dari di Kebun Bahagia Bersama. Boleh tukang kebun dapat feedback juga dari gardeners lain yang mempunyai DayLily Little Grapette?
 Bahagia sidai baju di ampaian sambil jenguk-jenguk Si Little Grapette semasa ianya mula menunjukkan kudup-kudup bunga dan kembang ceria di Kebun Bahagia Bersama. Keperluan air daylily tak banyak, musim kemarau ni kalau bukan tanam di dalam pasu, seminggu 2 kali siram pun sudah memadai. Water-saving, drought-tolerant plant sesuai untuk mereka yang tiada masa nak siram dan kawasan yang darurat air. Seperti daylily Fanciful Finery, bud bunga Little Grapette juga boleh masak makan. Oleh itu ianya adalah tergolong dalam edible food.

Moga pada hari ini MH370 sudah dijumpai.

11 ulasan:

Kebun Ibu berkata...

cantik Diana...sayang pulak rasanya nak masak bud lily tu....

Kebun Ibu berkata...

cantik Diana warnanya....sayang la nak masak dgn bud lily nie...

Suzie berkata...

Colour blok ciptaan Ilahi menjadi dan sangat cantik. Subhanallah.

sud@is berkata...

cantik sungguh tak terkata....

Tanpa Nama berkata...

kirei ne....

Choi Min
PJ

Unknown berkata...

Yang saya punya pun sedang berbunga.. cantik sangat..

TukangKebun berkata...

Ya Kak Haslinda rasa tak sanggup nak makan bud bunganya untuk ketika ini.

TukangKebun berkata...

Warna bunganya sangat unik tersendiri Suzie dari jauh jadi tarikan.

TukangKebun berkata...

Indah ciptaan tuhan Sudais.

TukangKebun berkata...

Soudesu ne Choi Min.

TukangKebun berkata...

Syukur Alhamdulillah sama-sama kita dapat nikmati keindahan bunga ni Ayu.