Tidak disangkakan dalam musim kemarau di Kebun Bahagia Bersama ada kejutan hadiah valentine awal (13/02/2014) diberikan pada tukang kebun yang tengah kena penangan musim demam ni. DayLily 'Fanciful Finery' jenis multi-layer bloom yang tukang kebun tanam awal Disember kembang minggu lepas. Ini sama batch yang ditawarkan pada November lepas, lepas tukang kebun pastikan kesemua pesanan dah selamat diterima baru tukang kebun tanam rizom daylily di KBB yang ditinggalkan untuk tukang kebun rizom yang paling kecil dan dah tiada pucuk hijau sangat hampir kekeringan terbengkalai dalam kotak. Disebabkan masa tu Pahang sedang banjir, ada penghantaran rizom daylily terkandas sekejap, jadi tukang kebun tunggu sampai dah selamat terima baru tukang kebun tanam. Ya tak ditinggalkan mesti tukang kebun tunggu semua selesai, tak sampai hati sebab yang menunggu mesti risau goodies tak sampai lagi. Antara monitoring yang dapatlah dibantu sebab kita pun ada specimen yang sama batch bolehlah tafsir keadaan goods tersebut.
Ada hikmah beberapa minggu lepas cuaca nyaman kemudian bertukar ke kemarau seperti membuatkan pokok daylily bangun memberikan kuntuman-kuntuman bunga. Tukang kebun pun terkejut tiba-tiba masa weeding ternampak kemunculan...
Bila nampak tangkai bunganya keluar meninggi setiap hari, tak syak lagi ia sudah bangun. Cuma tukang kebun terkejut juga sebab pokok daylily 'Fanciful Finery' ini masih kecil berbanding dengan koleksi KBB yang lain dah nak berbunga. Pokok daylily di kawasan tropika ni ataupun kalau tukang kebun fokus di micro-climate KBB paling galak hidup di kawasan terdedah dengan cahaya matahari sepenuhnya. Yang tukang kebun tanam ni di antara kawasan hotspot di KBB memang kena pancaran cahaya matahari terik sehingga senja. Pokok daylily elakkan tanam di partial shade sebab pertumbuhannya akan terbantut atau perlahan dan mudah diserang bena atau penyakit. Ada satu pokok terlindung sedikit dengan pokok-pokok di sekelilingnya kena bena kuntumannya tengah keluar bud juga. Lepas tu ada orang tu (tukang kebun siapa lagi) tangannya tak hati-hati terpatah pula bud bila nak wash away bena tu. Nasib baik jenis Fanciful Finery adalah 'repeat bloomer' akan membekalkan kuntuman bunga berterusan. Lepas kuntuman yang first batch berbunga, pokoknya masih ada kuncup bunga sedang membesar di sebaliknya.
Bud bunga DayLily 'Fanciful Finery' yang masih belum kembang yang muda tu boleh makan ya. Kalau dah tanam lama membiak-biak rizomnya lagi dapat banyak tangkai bunga satu hari kelak, bolehlah budget nak buat makan-makan. Kalau terpatah bud bunganya bolehlah buat masak-masak stir fry sos tiram ke. Jadi pokok DayLily 'Fanciful Finery' bukan sahaja sebagai pokok hiasan tapi pokok edible jugalah di kebun.
Pokok DayLily kalau ruang terhad tanam di tempat paling panas dapat full sun di kebun ya, jenis 'Fanciful Finery' pokoknya tak besar jadi boleh selit sini sana. Pokoknya pun tahan musim kemarau kalau dah banyak ubi (tubers) macam gambar contoh kedua di atas. Musim kemarau ni tukang kebun siram seminggu sekali pun masih bahagia lagi. Tanda-tanda kudup bunganya akan kembang keesokkan harinya.
Bahagialah hati Tukang kebun dapat hadiah Valentine dari kebun sendiri. Tak pernah dapat hadiah kekasih pun dari hubby masa Valentine day sejak dia nak cuba ngorat dulu-dulu. So dear, tukang kebun consider ni hadiah Valentine lah ya sebab kekanda yang belanja.
Best juga daylily jenis ini, pokoknya tak besar mana tapi bunganya saiz besar. Lucu juga tengok pokoknya kecil tenggelam dengan bunga-bunga kembang besar. Masa siang hari panas nampak garang warnanya dari jauh nampak, bila ambil gambar waktu senja nampak romantik pula. Tunjuk kat dearest hubby first reply 'Elegant'! Oh ada word elegant dalam kamus hubby rupanya first time tunjuk bunga he said nampak elegant. Nampaknya greenlight pun diberi next time boleh shopping lagi (tak taulah bila tapi yang berminat stay alert ya manalah tau ada rezeki). Dalam record tukang kebun, kini baka 'Fanciful Finery' ada di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan beberapa kebun di Lembah Klang, harap boleh kongsi pengalaman will appreciate very much.
18 ulasan:
Bak kata suami tkg kebun...elegant! :)
Saya terlepas order daylily nii..hope dpt next time. Anyway..lilium pertama hmpir blooming..soo excited!
Wah, cantik sungguh!
Salam diana, masukkan dlm wish list eila 1,2 bulb yerk..musim akan dtg pun xpe :)-eila
K Mar langsung tak berjaya dengan day lily..
Wah cantik betul ya...
Yg saya punya pun sdng berputik, beli dr KBB hr tu... x sabat nk tggu kembang... :-)
Sia saya pun nak lily ni
Seronok tukang kebun dengar Gina nanti upload share gambar lilium ya.
Tak sangka cantiknya bila tengok depan mata Sean.
Salam Eila.
Mari kita doa moga ada rezeki nak dapat cepat hehehe. ..
Boleh cuba lagi Kak Mar bagi dia tempat banyak matahari.
Saya pun terkejut sebegini cantik rupanya Kak Mala.
Syukur alhamdulillah Ayu punya pun dah nak kembang juga :) .
Kami tiada stok daylily jenis ini sekarang Leena.
Saya punya yang dibeli drp KBB pun sudah berkembang minggu ini, syukur, Alhamdulillah.
Syukur Alhamdulillah sama-sama kita rasa bahagia tengok dia depan mata Gardener Ayu.
Salam,
boleh sy tahu stok daylily yg available?
Salam Bahagia Asyraf.
Daylily tiada ready stock sekarang.
Catat Ulasan