Rabu lepas senyap-senyap Fanciful Finery beri kuntuman bunga No. 3 tak kalah menawan dengan kembangan kakak-kakaknya sebelum ini. Bahagialah hati tukang kebun dengan daylily dan lilium berbunga serentak menjamu mata di kebun sendiri. Terima Kasih juga kepada Samarinda at Gardener Wanabe, Gardener Ayu di Lembah Klang dan Gardener Ayu A. di N9 memberikan feedback mengenai Fanciful Finery. Wah kembangannya hampir serentak walaupun di negeri berbeza.
Febbie anak angsa tukang kebun sekarang kalau lambat pada pagi kasi makan, dia dah pandai selit keluar jalan seekor-ekor sendiri. Nasib baiklah biological parents Febbie pun turut ambil alih jaga dia masa ibu ayam Febbie terkurung lagi dalam kandang. Dah 2 kali tukang kebun terserempak dengan biawak di luar kandang Febbie and Family. Dahlah yang masih jenis kecil boleh selit dalam kandang kalau nak. Syukur Alhamdulillah, biological parent Febbie yang besar-besar tu pun kenal Febbie adalah anak mereka. Pada mulanya tukang kebun risau juga takut mereka attack Febbie, ingatkan outsider. Lega hati, jadi Febbie kira akan terselamat dari dibuli sebab semua pet macam accept Febbis part of the clan sudah. Tukang kebun rasa antara 3 angsa ni yang bonggol kepala warna oren tu mungkin si ibu sebab dia yang lebih suka intai Febbie. Pastu nak sama-sama masuk pulak si bertiga ni dalam kandang, kekadang terpaksa diangkat seekor-ekor besar angsa ni macam kucing keluar kandang degil tak mau. Setiap hari makin manja dulu lambat bagi makan digigit-gigitnya tapak kaki tukang kebun, tak delah sekuat hati, gigitan manja tapi masih rasa nyilu-nyilu gak...Ouch! Errr...kalau digigit sepenuh tenaga, boleh bayangkan betapa tajam gigi angsa ni. Sejak ada Febbie ni doklah gesek-gesek angsa-angsa dewasa ni dekat kaki tukang kebun macam pet kucing pulak di rumah nak minta makan. Maybe sebagai penghargaan terima kasih jaga makan minum anak mereka...chewah perasan pulak tukang kebun.
Percubaan pertama hubby tukang kebun buat telur masin beberapa minggu lalu sebab bini dia tiada mood nak masak lauk telur-telur itik (dah bertimbun telur itik dalam dapur). Dari dibiarkan membazir hubby pun cuba-cubalah buat telur masin, telur masin pun seketul dah mahal sekarang. Kalau makan nasi campur separuh telur masin berapa harganya ya? Kalau lauk ayam seketul pun dah RM3.00 di restoran kawasan KBB. Tambahan pula kita boleh kurangkan masin telur tu bila home-made. Pandai abang ya first time menjadi, was very impressed. Minggu ni bila dah ada hujan kembali nampaknya itik dah mula bertelur kembali....hmmm...ayam pula tiada seekor yang boleh kasi mengeram. Jangan terkejut pula tiba-tiba ada penghantaran Pasar Online Kebun Bahagia Bersama secara random ada percubaan menghantar telur masin itik KBB atau yang belum masak (tengah fikir sebenarnya cara paling selamat supaya tak pecah, ada permintaan beberapa kali sebelum ini tapi tukang kebun tak berani nak testing).
Tuaian radish white icicle , sayur raja dan komatsuna nanane tukang kebun campur masak dalam sup tofu telur. Komatsuna nanane semai bulan January dan tuai bulan ini nampaknya sangat sesuai sekali pertumbuhannya adapt dengan perubahan cuaca. Cuma caterpillar gemar gak makan komatsuna nanane sedap gaknya pada musim kemarau kebuluran, ada lubanglah juga sini sana kerja si caterpillar yang kemudiannya tukang kebun eliminate kutip satu-persatu pakai tangan je. Dah besar baru perasan kewujudannya sebab komatsuna nanane tu tumbuh nun di backyard yang jarang tukang kebun jenguk sebab tengok dari jauh macam ok je hidup sendiri atas raise bed daun lebar-lebar.
Minggu ini dalam list masuk jenis komatsuna (sawi jepun) baru jenis 'Gokurakuten'.
Anggaran 50 biji benih dalam satu pek RM1.00 .
5 ulasan:
saya nak beli telur itik!!
Salam Tukang Kebun..sangat kagum..niat di hati nak bela itik angsa puyuh dan sebagainya..apakan daya kebunku di belakang rumah teres saja..hahaa..
Nak 2 pek benih komatsuna tu!
My fanciful finery pun dah berbunga, kali pertama ada sekuntum je dalam satu tangkai. bila yang pertama layu, muncul pula tangkai kedua juga sekuntum. Berbanding 'Little grappete' yang memberi 5 kuntum dalam satu tangkai dan bloom pada hari yang berlainan. Memang seronok tengok masa mereka kembang. Terima kasih Diana sebab share bunga-bunga tu.
Awin ~ Akan kami reserved untuk Awin bila ada banyak rezeki. Ingat bulan depan nak beli itik-itik telur. Hopefully weekend ni boleh kemas-kemas dan fikir nak kasi duduk mana. Ada masalah biawak sekarang ni asyik makan telur itik. Biawak tu masih kecik jadi boleh menyorok bawah pellet kayu mengundang masalah.
Salam Tarique Syahman,
Bolehlah bela burung puyuh dulu belakang rumah teres. Burung puyuh kecil tak makan space, tahi boleh buat baja, telur boleh kutip untuk makan. Lagipun burung puyuh tak bising, tak mengganggu.
Tiny Gardener, hopefully dah sampai goodies semalam ya.
Kak Muna, Syukur Alhamdulillah dekat kebun sana pun dah kembang fanciful finery. Little Grippete kat sini dah ada putik tapi belum kembang lagi sejak semalam. Banyak juga bud bunganya dalam satu tangkai.
Catat Ulasan