Dah lama tak balik kampung big boss di Sabah, bila tengok gambar di facebooknya baru-baru ini rupa-rupanya dah bertukar tanaman jadi langsir berhampiran pintu pagar. Kali terakhir tukang kebun di sana pada bulan June tahun lepas, sayur raja yang bertakhta di situ (klik gambar dulu). Sekarang ni pokok markisa yang bertakhta di situ siap ada buah yang dah nak masak di sebalik daun-daun. Rumah kediaman big boss di Sabah sekarang tiada tanah dan ruang terhad untuk menanam, semua nak kena tanam dalam pasu. Berbeza dengan keluasan tanah untuk bercucuk tanam big boss di Kebun Bahagia Bersama Semenanjung Malaysia, tapi masih gigih menanam pelbagai tumbuhan makan dan perhiasan. Benih markisa pun di bawa dari KBB Semenanjung Malaysia. Sebenarnya tanam markisa elok invest dari biji benih dan bukan grafted sebab pokoknya lebih tahan lasak. Dalam cuaca kemarau dah lama tak hujan, tukang kebun tak siram pun pokok-pokok markisa dalam KBB tapi semuanya masih lebat berbunga dan berbuah. Kebiasaannya tukang kebun perhatikan pokok markisa mula berbunga kembali semasa musim kering nak masuk musim hujan kembali. Yang tidak biasa menanam pokok markisa dari biji benih mungkin beranggapan mengambil masa yang begitu lama. Sebenarnya dalam 7~8 bulan pokok markisa disemai dari biji benih sudah mula menghasilkan buah jika pertumbuhannya steady segala keperluannya mencukupi.
Halaman
No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.
We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.
If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.
All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.
Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.
Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.
Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.
Any form of gardening patience is the virtue.
Selasa, 18 Februari 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
alhamdulillah...tgk gambar ni dah dpt idea kat mana nak didik markisa yg baru dibeli dr KBB menjalar. Jazakallahu khairan.
Cantik bila buah2 dah bergantungan tuh......masa berbunga pon cantik...mcm pokok hiasan kan...nnt nak cuba la tanam markisa dlm pot....geram tgk gambar kat internet...:)
bagus good idea tak payah buat sokongan....
Dulu makcik tanam macam ni lah hingga ke balkoni atas tp buahnya tk byk .
Seronoknya tengok pokok tu, hidup subur je. Kalau tanam dalam pot kat balcony yg dapat matahari pagi je boleh ke?
salam diana...anak pokok markisa yg awk bagi dulu pun dah belajar berbuah sekarang...tengah berfikir untuk buat sokongan pd pokok nya...:D
Buah Markisa dengan saya memang tak mahu menjadi. Orang lain beli naik buah bergantung-gantung. Saya beli yang dah ada buah dan bunga pun tak mau besar2 juga..tak serasi kut ya..
Awin ~ Buat ala-ala langsir dapat kasi sejuk sikit rumah atau porch.
Lynna~ Ya masa berbunga pun jadi menarikkan. Nanti cubalah boleh juga tanam dalam pot.
Sudais ~ Ya tak susah nak kumpul kayu buat pancang.
CikManggis ~ Nampak gambar dulu banyak buahnya hehehe...
Shas ~ Morning Sun should be OK kalau dapat at least 6 hours of sun. If less sun still boleh but production of the fruit will be less compare to the one received a lot of sun. But it can help be a natural curtain to cool down your balcony up there. Nice flower too.
Salam Nadia,
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih terima anak pokok markisa tu dulu sebagai anak angkat.
Kak Mala, Mungkin pokok yang tut kut grafted, belum lagi cukup besar dah berbuah tak cukup tenaga nak besar.
Tq...tgh pening ni ada 2 anak pokok dr benih...sedang membesar bagai johan tapi x tau nak parking kat mana...tanah dah sesak dgn pokok2 lain yg juga sedang membesar bagai johan...huhuhu.
Catat Ulasan