Ruang untuk menanam di rumah mama Tukang Kebun di Telipok, Sabah adalah sempit sebab sudah habis renovate dari depan hinggalah belakang semua sudah dipasang tiles. Kawasan di belakang pun tiada sudah, ditambah bilik dan perbesarkan dapur sehingga penghujung tanah belakang. Oleh itu hanya boleh menanam pokok di dalam pot. Ruang di tempat letak kereta pun gelap tiada banyak tempat yang menerima cahaya matahari secara langsung. Tetapi kalau dah biasa menanam walaupun tempatnya ada limitation, bukanlah alasan bagi Tuan Kebun Bahagia Bersama mesti ada tanaman di kawasan rumah. Sebagai contoh di bahagian depan gate yang ada menerima sedikit cahaya matahari, Tuan KBB tanam sayur raja di dalam pasu dan train and trail pokok tersebut sehingga boleh jadi pintu gerbang raja sehari. Sayur raja di dalam bahasa Cina dipanggil sebagai Wong Tai Miu (Thank you Sasha). Sedap masak sambal belacan atau simple dalam soup. Sayur ni mahal juga harganya dijual di pasar. Sayur raja yang Tuan KBB tanam di Telipok adalah dari 'cuttings'/keratan sayur yang dia beli dekat Giant supermarket. Siapa yang suka sayur ni nak tanam, dapatkan sahaja di pasar bawa balik cucuk-cucuk batangnya dalam tanah InsyaAllah senang hidup. Mahal tau sayur ini jadi tak rugi tanam sendiri, makan sayur raja feeling like Maharaja $$$. Pokok sayur raja ini, Tuan KBB tanam dalam satu pasu besar sahaja dan satu pokok je yang tumbuh ni dah merimbun. Bolehlah Tuan KBB menuai daunnya untuk masak sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Kadang-kadang orang pun ingat ini pokok hiasan bukan pokok sayur, shining shining daunnya. Minggu lepas Tuan KBB balik kebun Sungai Buloh senyap-senyap dibawa balik beberapa keratan sayur raja untuk ditanam di KBB Sungai Buloh. Bila tanya tanam dekat mana? Dengar lokasi macam mudah si angsa nak makan je, tukang kebun balik nak kena ingat bawa balik keratan-keratan sayur raja juga just in case.
Sempat juga Tuan KBB bawa bersama beberapa koleksi anak-anak pokok pisang dari Kebun Sungai Buloh ke Sabah Selasa lepas nak tanam di kampung. Semalam dengar mama kata kesian nampak dah mula nak kering anak-anak pokok pisangnya, ada kemungkinan petang ni mesti rushing balik ke kampung lepas papa balik kerja. Tiada ruang nak menanam di Telipok, setiap hujung minggu mamapapa habiskan masa di kampung puas boleh bercucuktanam dan cuaca pun nyaman di sana.
8 ulasan:
wah..dah jadi pintu gerbang ya.. ni mesti sejuk tgn org yg menanam..menjadi sungguh
Salam Diana,
Bagus pula sayur raja ni, selain sayur boleh juga dijadikan tanaman hiasan - serampang dua mata!
tak penah pulak jumpa ulam ni kat giant a/setar...mcm senang je pokok ni hidup..
Diana nk tanya daun nye berlendir tak...tgk rupa mcm jenis bayam
bagus idea berkebun ngan ruang sempit nie..cantik pulak nampak yg first tuh..:)
Lynn~ Yang menanam dah veteran gardener ;) .
Ummu Madihah~ Salam Mak Aji.
Betul hehehe serampang dua mata. Mata dan perut pun kenyang hehehehe...
@na~ Pokok ni memang senang hidup. Mungkin Pasar tani di pekan-pekan ada kut. Saya pun hari tu cuma nampak di Tamu tamparuli. Tak ramai menjualnya mungkin tu cepat je nampak tak de.
Nadia~ Ada juga nampak macam berlendir jenis bayam.
UmmuAidan~ Jadi pokok hiasan pula sayur raja ni. Kalau mama saya masuk lepas menuai sayur ni nampak gembira.
Senang suruh anak2 petik sayur...
Yang di bahagian atas nak kena pakai kerusi Bangchik dan Kakdah.
Catat Ulasan