No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 9 April 2013

Tall Utah Celery


 Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tapi menghadapi masalah untuk menahan selera makan, bolehlah jadikan celery sebagai snack sebab celery hampir tidak mengandungi apa-apa nilai kalori. Daun Celery juga boleh dimakan dan mengandungi Vitamin A yang tinggi. Celery mengandungi kandungan air yang tinggi disebabkan itu juga untuk pertumbuhan celery yang baik perlu kerap menyiram pokok celery sekiranya bukan musim hujan.  Sediakan tanah yang kaya dengan compost atau zat sebelum menanam celery. Percambahan biji benih celery mengambil masa purata 3 minggu, dan pastikan tanahnya moist supaya peratus percambahan adalah baik. Boleh juga rendam biji benihnya dalam sehari sebelum disemai dalam tanah. Biji benihnya adalah halus jadi berhati-hati supaya tidak timbus biji benihnya dengan dalam. Berhati-hati semasa pemindahan anak pokok celery terutama bahagian akarnya. Anak pokok celery mempunyai lebih banyak akar dari daunnya. Sekiranya menanam pokok celery di dalam pasu, elok bekas yang dalam. Pernah tukang kebun tanam dalam bekas, bila dah nak bersihkan tempatnya untuk tanaman baru, bekas tersebut penuh dengan akar sahaja sampai tiada tanah sangat.
 Tidak perlu tuai seluruh pokok, tapi boleh tuai bahagian batang-batang celery yang diluar mengikut kegunaan memasak. Apabila pokok celery makin tua, jangan buang begitu sahaja pokoknya. Tapi gunakanlah pokok celery tersebut untuk membuat home-made vegetable stock dengan campuran sayur-sayuran lain. Vegetable stock boleh dibahagikan dan dibekukan untuk kegunaan lain hari.


~Biji Benih Organik Heirloom Tall Utah Celery~

Anggaran 100 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk bulan April boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.

Untuk bulan April 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

17 ulasan:

nadia rashid berkata...

sy cuba tanam celery dr akar yg dibeli kt pasar..tapi tak jadi..okey lah nak 1 pek - (nadia@perwaja.com.my)

suka suka berkata...

K Mar satu pek...

Tanpa Nama berkata...

Nak..nak... eila nak 2 yerk.. tq

Tanpa Nama berkata...

Nak Jugak satu pek
(Kak Faiza)

cikmanggis berkata...

Dah balik kebun sg buloh?kebetulan makcik baru mulakan program diet.nanti nak pi beli celery lah sebab mulut bergerak gerak nak mengunyah hehe

Avia Mishat berkata...

Salam diana..avia nak 2 yer .thanks

Sumaiyyah berkata...

Asslmkm Diana, saya nk satu pek ye :), sumymalik@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Tukang kebun ada simpankan untuk Nadia, Kak Mar, Eila, Kak Faiza, Avia dan Sumaiyyah.

Nadia~ Semoga dapat banyak celery dari biji benih.

Cikmanggis~ Lama lagi nak balik kebun Sungai Buloh. Celery tak pe makan banyak.

Unknown berkata...

mahu 1 pek, thank you.

Tanpa Nama berkata...

1 pek dear kbb

linna_linn@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Tukang kebun simpankan untuk Bib dan Linna_linn.

Mama Pongkey berkata...

Nak 1 ye :-)

TukangKebun berkata...

Mama Pongkey ~ Okies.

eithusa berkata...

diana, ade lagi tak benih ni? klu ade sy nk 1 pek. nnti diana email yer total semuanya.

TukangKebun berkata...

Eithusa ~ Masih ada lagi.

Unknown berkata...

sy nak 1 pek gak
yippie_zippie89@yahoo.com

Narshifa Jannat al-naim berkata...

Salam,saya nak satu pek kalau ada lagi.
narshifa@gmail.com