Saja letak-letak gambar lagi kongsi untuk gardeners apa tangkapan yang boleh dibuat di Tamu Gaya Street di tengah bandar Kota Kinabalu. Bagi mereka yang dapat peluang cuti di Sabah atau outstation, jika kesempatan jalan-jalan di Tamu ini yang setiap pagi Ahad. Kalau ikut nafsu memang cepat je duit mengalir. Tukang kebun tahu ramai member gardening berkebun dalam bekas atau pasu. Teruja tak tengok ni macam-macam jenis pasu dan banyak saiz yang kedalamannya molek untuk pelbagai jenis tanaman. Siap ada pasu plastik gantung bentuk kerang putih macam dalam laut lagi. Kalau tukang kebun dah tangkap 3-4 yang bentuk seashell tu, boleh kut bawa balik sebab ringan sahaja bungkus dalam kotak. Harga tak tanya sebab tukang kebun passing through sahaja nak kejar banyak tempat.
Banyak gerai jual pokok-pokok kebanyakkannya dari nursery tempatan buat secara bergerak. Contohnya macam gerai ni macam-macam jenis pokok ada jual termasuklah tanah dan baja. Kali ni geram sungguh tengok orchid tapi pendam sahaja impian itu sampai gambar orchid pun tak sanggup nak ambil...hehehe...
Tukang kebun sampai lambat jadi banyak kedai dah mula kemas barang nak balik. Pokok-pokok bunga kertas juga banyak dijual di tamu ini dan tingginya pun dah elok untuk instant garden bagi mereka yang baru pindah ke rumah baru.
Masih kempunan teringin nak ikan koi lagi.
Jadi tangkaplah benda lain dulu.....
Tiba-tiba nampak bunga serombong besar sebesar tapak tangan memanggil-manggil untuk dibelek, sebab gerai lain tak de pokok bunga ini. Satu-satunya gerai yang tukang kebun nampak jual pokok tumbuh dari jenis bawang. Gerai ni pun dah dikemaskan dan tutup, tuannya pun tak de dah pergi ambil keretanya bila tukang kebun tanya gerai sebelah. Sanggup juga tukang kebun tunggu lebih 15 minit sambil aunty gerai sebelah tegur rambut Abby ni dandan perm dekat kedai ke. Terkejut mama Abby, baru masuk 8 bulan takkan nak pergi beauty parlour dah. Sampai juga tuan gerai yang ramah dengan kereta kancilnya nak angkat barang. Tukang kebun tanyalah berapa harga bunga bulb amaryllis yang sedang kembang, sampai hari ini terfikir-fikir lagi lebih-lebih lagi yang berwarna merah jambu dan putih tu (teringin, tapi silap-silap dah ada sebab tamahak).
Yang tukang kebun tangkap hari tu bulb amaryllis baru keluar bud dia , tinggal nak tunggu bunganya kembang berwarna merah putih itu. Bolehlah enjoy lama sikit sebab belum kembang. Tukang kebun pada asalnya tiada niat nak tangkap amaryllis berwarna merah putih tu, tapi tuan gerai tiba-tiba offer dekat tukang kebun salah satu bawang amaryllis merah putihnya dah tumbuh bud jual RM6 (mungkin rezeki sebab dia nak balik dah pun). Susah jugalah tukang kebun nak lepaskan peluang ni (kalau kawan-kawan bagaimana, tangkap juga tak?). Sebagai fellow gardener, tukang kebun tahu bukan sekejap nak tunggu bulb amaryllis membesar matang untuk berbunga. Kalau negara kita ni yang cuaca tak sejuk mengambil masa 2-3 tahun untuk berbunga tapi kalau di negara Mediteranean boleh ambil 3-5 tahun bawang amaryllis untuk mula matang berbunga. Sebab tuan gerai ada bawang amaryllis yang saiznya macam berumur agak-agak 15-18 bulan kebiasaanya dia jual dengan harga RM5 sebiji untuk warna merah putih, jadi yang ditawarkan dekat tukang kebun dah mula berbunga terima sahajalah rezeki pagi ini, lagipun tiada lagi barang belian kenangan lagi di hari ini. Yang besar kembang warna merah putih biasa tuan gerai jual RM20 sebab tu tukang kebun tak fikir banyak terima offernya. Satu lagi tangkapan ialah pokok bunga jenis bawang juga yang tukang kebun tanda anak panah tu, tak ingat dah namanya (bukan spider lily). Ada siapa tahu namanya?Ada satu sahaja dan yang ini memang tukang kebun nak tangkap. Walaupun dah mula layu bunganya tak mengapa, bawangnya dah cukup matang nanti akan berbunga lagi tambahan pula akan juga membiak mengeluarkan bebawang kecil nanti. Ku sabar menanti.
Akhirnya, setelah seminggu bunga amaryllis merah putih yang dibeli sudah kembang hari ini di dalam rumah sementaranya bekas plastik isi air sedikit je, belum tanam dalam tanah. Seronok juga tengok macam dapat 4 kuntuman bunga dari satu bawang. Bagi mereka yang baru mengenali sifat amaryllis, tukang kebun bagi tips sedikit untuk bulb amaryllis yang matang. Pokok bunga amaryllis adalah sebenarnya sangat drought-tolerant dan lebih menggemari cahaya matahari. Bagi bawang yang besar dan sudah matang yang dibeli boleh disimpan dalam peti ais (bukan freezer) untuk beberapa minggu boleh dipaksa ianya mula berbunga. Masa dah paksa berbunga boleh letak dalam bekas di dalam rumah yang ada cahaya bagi akarnya rendam dalam air, tapi bukanlah bawangnya sangat nanti reput lak. Setelah berbunga dan layu, tanam kembali bulb tersebut ke tanah dan biarkan ianya simpan kembali tenaga untuk berbunga.
Akhirnya, setelah seminggu bunga amaryllis merah putih yang dibeli sudah kembang hari ini di dalam rumah sementaranya bekas plastik isi air sedikit je, belum tanam dalam tanah. Seronok juga tengok macam dapat 4 kuntuman bunga dari satu bawang. Bagi mereka yang baru mengenali sifat amaryllis, tukang kebun bagi tips sedikit untuk bulb amaryllis yang matang. Pokok bunga amaryllis adalah sebenarnya sangat drought-tolerant dan lebih menggemari cahaya matahari. Bagi bawang yang besar dan sudah matang yang dibeli boleh disimpan dalam peti ais (bukan freezer) untuk beberapa minggu boleh dipaksa ianya mula berbunga. Masa dah paksa berbunga boleh letak dalam bekas di dalam rumah yang ada cahaya bagi akarnya rendam dalam air, tapi bukanlah bawangnya sangat nanti reput lak. Setelah berbunga dan layu, tanam kembali bulb tersebut ke tanah dan biarkan ianya simpan kembali tenaga untuk berbunga.
7 ulasan:
memang banyak pilihan gardener kalau pegi Tamu Gaya Street, cuma belum lagi ada yg jual herb2... oh murah pula tu bulb di sana?
Shiawasenyeeee...suka sgt bunga lily tu cantikkk...yus beli kat cameroon highland aritu lps semua bunga da abis kembang...pokonye mati pulak...sobsob sedey
byk info dpt, tq
huish..bwk duit seguni pun blh habis kan? lily merah tu Lynn tanam dah setahun, pokoknya besar dan sihat tp x berbunga pun, frust!
Salam Diana,
Kalau x silap Mak Aji pernah pergi kat tamu tu, kat KK a long time ago, cukup seronok sekali. Pasu kerang putih tu kalau Mak Aji pun tangkap juga! Amaryllis tu cantiknya, dwiwarna!! Pun kalau kat depan mata dgn hg murah gitu tangkap gak!
murah la bunga2 yg awk dpt ni diana..rezeki pergi lambat kut kan...
Natch Amethyst~ Ya belum ada lagi yang menjual pokok herbs sangat. Ada satu tempat saya lupa nama pokok bunga tu dan tanya aunty jual pokok tu, dia bilang pokok rosemary. Tapi bukan pokok rosemary.
Yus~ Lepas berbunga nanti daunnya juga akan layu kan? Bawang tu mungkin nanti tumbuh kembali.
SmRose~ Sama-sama. Ada planning nak ke KK?
Lynn~ Pokok bunga bawang besar ni tak boleh manjakan sangat nanti dia malas berbunga.
Ummu Madihah~
Salam Mak Aji,
Itulah saya tak fikir panjang terus tangkap sahaja. Dah selamat bawa balik ke Sungai Buloh.
Nadia~ Syukur Alhamdulillah rezeki.
Catat Ulasan