Sehari lepas Valentine Day (15/02/2014), bahagianya hati apabila kebun bagi hadiah lagi dengan disusuli kembangan bunga pertama dari Pink Heaven. Tukang kebun bila amatinya beberapa hari, rasanya yang ni baka Pink Heaven. Tukang kebun tak label sekiranya ada yang dah berbunga di Petak Hijau, Dr. N (Saujana Utama), Siti S. (Pahang) dan M (Lahad Datu) please give feedback ya sebab tukang kebun agak-agak ni yang Lilium Longiflorum set mixed yang dibekalkan November lepas. Kalau tukang kebun tersilap baka mohon betulkan.
Bawang Lilium Longiflorum ni disemai pada bulan Disember lepas dan terkejut tukang kebun tengok cepat percambahannya tanpa dihiraukan. Pertumbuhannya pun agak pesat pada cuaca bulan Disember. Lokasi pertumbuhannya di full sun berdekatan dengan pokok Daylily Fanciful Finery yang kembang sehari sebelum Valentine Day. Pada pertengahan bulan January baru berusia sebulan lebih dan ketinggian baru nak cecah 30cm, alamak nampak ianya telah mengeluarkan bud bungalah pulak. Erkkk...stress kah? (Nampak ada shining spider dok berteduh bawah daun lilium ni?). Gambar pucuk keluar pun ada serangga bertenggek atas daun. Kebelakangan ni, bila snap-snap gambar tengok balik mesti ada gambar wild life juga.
Dalam dunia lilium ada banyak jenis baka-baka yang berbeza sampai rambang mata tukang kebun nak pilih. Disebabkan kali ini, diberikan peluang kepada gardeners lain juga untuk bersama-sama berkongsi pengalaman menanam lilium, tukang kebun kena buat kaji selidik dahulu dan memilih baka lilium yang berpotensi boleh hidup lebih mudah di tanah rendah Malaysia ni. Yalah bukannya kita semua ada tanah di kawasan tanah tinggi yang udaranya nyaman-nyaman tu, tukang kebun pun dah bersyukur dengan apa yang ada dengan ruang tanah yang ada di depan mata ini maka selagi boleh dipergunakanlah sepenuhnya.
Lagipun tak perlu ke mana-mana.
Kebun di depan mata.
Where there is a will, there is a way.
Where this is our kebun smack in the Klang Valley, there is a way around it.
Dari nampak bud bunga sampai nak tunggu kembang Pink Heaven ambil masa sebulan. Bud bunganya pun perlu masa untuk membesar di celah-celah pokok ulam raja dan rumpai yang tumbuh sendiri.
Negara Jepun adalah sebuah negara yang bertuah mempunyai pelbagai jenis lilium yang berasal dari situ (native), rambang mata nak buat pilihan. Jadi sebelum rambang mata, setiap jenis baka disiasat dahulu distribution baka lilium tersebut dan geography kawasan lilium tersebut berasal. Lilium longiflorum juga dikenali sebagai Easter Lily, ini orang barat yang kasi nama sebab bunga ini boleh plan bagi kembang masa musim perayaan Easter di tempat mereka. Lilium longiflorum orang Jepun panggil 'teppouyuri'. Yuri tu lilium dan biasa juga diberi nama untuk anak perempuan, teppou sebab bentuk bunganya kembang macam alat muzik trumpet. Berlainan sedikit dengan cara jenis bentuk bunga lilium lain kembang penuh, mungkin ini nampak macam trumpet sedikit. Lilium longiflorum berasal dari kepulauan Jepun zon Selatan yang dikenali sebagai 'Kepulauan Ryuku' yang iklimnya adalah Sub-Tropical. Memadangkan ianya dari kawasan Sub-Tropical berlainan dengan Lilium baka lain yang berasal dari kawasan sejuk, Lilium Longiflorum lebih mudah adapt dengan cuaca yang panas (heat-tolerant). Salah satu sifatnya juga berbeza dengan lilium lain musim bunganya tidak tetap (ikut suka hati dia), tiadalah nak dititik beratkan kepada berbunga pada musim bunga atau musim luruh. Setelah tukang kebun fikir-fikir untuk beginners sesuai untuk mencuba lilium longiflorum dulu untuk mendapat sukses pertama percubaan menanam bunga lilium sendiri di kebun dari bawang. Ya, lilium ini banyak jenis, kekadang susah juga nak jawab pertanyaan mengenai lilium yang bukan dari KBB yang bekalkan, setiap jenis baka lilium ada sifatnya tersendiri sama juga dengan dibincangkan dahulu gladiolus pun banyak jenis. Salah satu langkah, sebelum membeli bawang lilium dan gladiolus adalah ambil tahu jenis sifat bakanya dan tempat pembiakkan mereka. Malahan, ada juga baka hippeastrum/amaryllis yang kembang pada musim winter. Tak semua sama.
Pada pagi 15hb Febuari lalu dengan hati berdebar-debar intai bunga lilium Pink Heaven dah kembang dengan nampak warna ke arah kemerah-merahan, ingatkan pada mulanya baka 'Miyabi'.
Keesokkan harinya, pada belah petang Syukur Alhamdulillah setelah berminggu musim kemarau akhirnya dapat rezeki air hujan beri minuman untuk tanaman di KBB. Pink Heaven pun bergembira pada awalnya berbentuk trumpet, jadi nampak kembang penuh pula. Warna kelopak bunganya juga ada perubahan yang ketara pada sebelah pagi, tengahari dan petang mengikut suhu cuaca dalam kebun. Bila pagi dan petang warnanya adalah gelap, manakala tengahari warnanya pudar sedikit. Ini mungkin disebabkan oleh serapan haba pada kelopak bunga tersebut menyebabkan ianya berubah warna. Selalunya untuk warna bunga yang gelap, seperti theory yang kita belajar dulu di sekolah macam kalau pakai baju warna hitam akan serap haba. Kalau warna bunga lilium yang gelap selalu disyorkan tanam di partial shade untuk maintain warna ataupun takut kalau jenis lilium yang tak tahan panas, bunganya nanti tak tahan lama.
Menarik juga tengok warna Pink Heaven bertukar-tukar ikut suhu cuaca dan serapan haba di dalam kebun. Kali ini dengan saiz bawang Pink Heaven yang diperolehi, tukang kebun rasa saiz yang dapat berikan antara 2~3 kuntuman bunga. Kalau bawangnya lebih besar maka lebih banyak bud bunga yang akan diperolehi. Rakan gardeners lain bagaimana pula, dapat berapa kuntum bunga (tukang kebun punya saiz paling kecil)?
Mula-mula tukang kebun ingat pokoknya terlebih stress sebab dibiarkan sahaja tumbuh naturally dengan rain water, tapi semasa bud bunga dah keluar pokoknya masih meninggi dan membesar bud bunga tersebut. Anggaran ketinggian pokok pink heaven ini kali ini ialah 50cm. Baka lilium longiflorum boleh tumbuh mencecah 1 meter. Akhirnya bud no. 2 kembang pada 18/02/2014. Menarik tengok perbezaan warna bunga kembang baru dan kembangan tua nak dekat tengahari buta.
Sekarang ni tukang kebun tengok warna bunganya dah in sync ronanya ikut cuaca. Bawang lilium seelok-eloknya tanam dalam tanah sekurang-kurangnya 10~15cm dalam. Bagi gardeners yang pernah tengok bawangnya akan faham sebab bawangnya besar. Baja? Kalau tanah dah subur rumput tumbuh bagaikan nak rak nak mencabut sentiasa rasanya dah tak perlu pun tak pe. Kali ini tukang kebun langsung tak sediakan baja, tengok kawasan ni asyik penat je nak cabut weed menggila dengan ulam raja tak berhenti-henti beranak membuatkan tukang kebun malas nak bagi baja. Kalau rumput tumbuh subur, petanda tanah pun tak kekurangan baja bila pernah beri baja dahulu. Kadangkala bukan hanya sebab ingat pokok tak naik-naik sebab baja, ada kebarangkalian faktor lain juga. Ada bahaya juga terlebih baja, tengok jenis-jenis baja kalau terlampau banyak letak lama-kelamaan akan tukar pH tanah tersebut samaada bertambah ber-asid atau ber-alkali. Jenis-jenis tumbuhan juga ada preference pH-nya jadi lebih baik sederhana dalam memberikan baja dan juga air. Kadangkala pH tanah tersebut juga menjadikan faktor kenapa sesuatu tanaman tidak menjadi. Kalau air banyak pastu tanah pula jenis tak poros maka reput juga nanti bawang lilium. Selalu disyorkan elak tanam bawang lilium pada jenis tanah clay atau liat sebab takut bila musim hujan nanti ada kemungkinan bawangnya makin reput dan mudah sakit. Kali ini tukang kebun plan setelah habis ianya berbunga, bunga layu tu potong, biarkan ia naturally RIP. Tukang kebun tak gali keluar bawangnya akan dibiarkan ianya tidur dan bangun lagi sekali untuk kitaran hidup seterusnya secara semulajadi. Tanah di lokasi ini untuk bebawang lilium setakat ini syukur alhamdulillah mereka boleh bertapa dengan selesa di dalam tanah.
9 ulasan:
Wahh. Seronoknya tengok semua berkembang..cantikk
assalamualaikum Diana..cantik2 bunga lilium niekan...lain kali kalau da lagi benih lilium akak nak lagi ye...
cantik, lilium saya pun dah kembang saya hanya sempat ambil gambar yang warna kuning, warna merah tak sempat ambil gambarnya terlalu sibuk, nanti kalau ada yang lain jangan lupakan saya ye.
merah bertukar pink...cantiknya haiii..
memang "heaven"...cantik!
Lilium saya dh kembang...sekuntum jer..pokoknye kecik jer. yg lg 2 pokok blom ada tanda berputik pun lg...sabar menanti :)
cantik betul...pembentukan daun nya pun menarik
Cantiknya. Suka tgk
Syukur Alhamdulillah dapat tengok bunganya kembang Gardener Ayu.
Waalaikumsalam Kak Hasinda, dekat Kebun Ibu dah mekar ke semua lilium bulb tempoh hari?
Bahagia hati tukang kebun dengar di SriKota Garden juga sudah kembang bunga-bunga lilium. InsyaAllah bila ada stoknya lagi.
Sudais ~ Bertukar-tukar warna , macam-macam mood hehehe...
Kak Mala, hehehe...heaven kan.
Gina ~ InsyaAllah yang lambat kembang tu lebih banyak dan besar kuntumannya. Amin.
Nadia ~ Ya daunnya pun menarik tajam-tajam gitu biasanya bulat.
Suzie ~ Syukur Alhamdulillah sekurang-kurangnya seminggu ianya kembang untuk mencuci mata.
Catat Ulasan