No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 21 Mac 2014

Cuit-Cuit Cosmos Caudatus

 Bukan semua jenis cosmos boleh dimakan tapi yang amat popular di Malaysia menambat ramai hati orang tempatan ialah Cosmos caudatus yang pucuknya famous sebagai local salad kita. Siap diberi nama ulam raja, raja segala ulam. Apabila musim bunganya tiba, popular menjadi tarikan pelbagai jenis lebah sebagai sumber makanan mereka juga. Posting kali ini adalah untuk mencuba membantu memberikan jawapan yang telah beberapa kali diterima:

Bilakah masa sesuai boleh tuai pucuk pokok ulam raja? 
"Lantas membantu mempercepatkan memperbanyakkan ranting-ranting pokok ulam raja (jadi more bushy bukan meninggi setangkai sahaja) merimbun apabila kerap dituai".

 Tidak perlu tunggu pokoknya tumbuh meninggi, bila dah anggaran 30 cm seperti gambar di bawah boleh sudah tuai pucuk-pucuk muda ulam raja. Untung tanam ulam raja apabila disemai dari biji benih kurang dari 4~6 minggu (ikut faktor keadaan cuaca) dah boleh mula menikmati hasilnya untuk memulakan kepada kehidupan lebih self-sustainable.
 Sebagai contoh: Bulatan berwarna ungu adalah kesan pucuk ulam raja yang telah dituai beberapa hari lepas pada ketinggian pokok anggaran 30cm dan gambar diambil pada 13hbMarch2014.
 Progress pertumbuhan side shoot amat ketara pada 19hbMarch2014 pada pokok yang sama. Beberapa hari lagi nanti bila pucuk muda pada bulatan warna kuning dah membesar bolehlah tuai di situ pula menjadikan pokok ulam raja berterusan menghasilkan ranting-ranting baru (proses branching).
 Minggu ini memang masa amat sesuai untuk menyemai biji-biji benih Cosmos caudatus. Di Kebun Bahagia Bersama sudah beratus-ratus biji benih bercambah sendiri merata-rata bangun setelah hujan bertandang beberapa hari ini. Dalam gambar sebenarnya bukan atas tanah betul biji-biji benih ulam raja bercambah sebenarnya tanah pasir terkumpul sedikit di bawah lereng car park bersimen. Kedalaman tanah di situ pun kurang 2cm dan menunjukkan cuaca sekarang moisture tidak cepat hilang dapat menampung biji-biji benih ulam raja yang sudah lama tidur di situ boleh bangun dan bercambah dengan baik walaupun kedalaman tanah cuma ada 2cm sahaja. Hujan yang turun sekarang adalah bukan secara semulajadi tetapi kena 'induce' sebab sudah darurat air di beberapa daerah dalam Malaysia. Tambahan pula dengan masalah jerebu yang kritikal. Sudah diplan sekitar MH370 hilang sebelum perkara yang tidak diingini ini berlaku oleh Kerajaan untuk projek pelancaran menghasilkan hujan. Tetapi disebabkan misi mencari MH370 terpaksa ditangguhkan supaya cuaca adalah baik semasa belum dapat dipastikan ke arah mana sebenarnya menghala. Setelah dipastikan tiada MH370 di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan maka operasi induce hujan dijalankan bila Perdana Menteri announce hujung minggu lepas. Tukang kebun nak observe dahulu cuaca minggu depan lagi bagaimana rentak hujan jenis yang kena 'induce' ni. Ulam raja InsyaAllah tiada beberapa masalah kalau pada awal pertumbuhannya dah tumbuh dengan baik dalam umur 4~5 minggu selalunya dah stabil dan boleh mengharung pelbagai perubahan cuaca. 

~ Biji Benih Ulam Raja (Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek for RM1.00) ~
ataupun yang ingin instant,
~ Anak Pokok Ulam Raja (1 pot for RM4.00/ 3 pot for RM10.00) , yang boleh mix dengan tumbuhan lain dalam page ' 3 plants mix for RM10'.

 Kebun Bahagia Bersama sangat bersyukur kerana salah seorang team members kami mendapat keputusan SPM yang baik baru-baru ini. Tahniah kepada adinda dan kami rasa bangga dengan adinda you did your best mendapat keputusan 9A dalam aliran Sains Tulin serta pelajar paling cemerlang di sekolahnya. Semestinya adinda telah membuat hati big boss gembira sekali dan menarik nafas lega anak bongsunya juga InsyaAllah ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke University (Big Boss di bawah bayu mesti tak tido lena semalam adik). Macam-macam semalam, Ilhan pula kali pertama gigi susunya patah. Nak tahan gelak juga tengok aksi dia. Kenapalah si Ilhan ni lepas kelas Piano balik rumah ternampak ada tembikai yang unclenya dah potong untuk bahagian anak-anak saudaranya selepas dikongsi dengan Sugar Glider perliharaannya atas meja makan. Dia punyalah syok makan duduk dekat meja tiba-tiba air mata mengalir-ngalir tersedu-sedu bila ditanya giginya patah. Depress sekejap sebab dia ingat giginya nanti tak tumbuh lagi. Mama dia ambil kesempatan, itulah Ilhan bila mama ambil dekat sekolah asyik nampak ada manisan dekat tangan buat gigi cepat reput je. Abby pula demam. Sebelum tu Rayyan yang demam. Rumah pula masalah elektrik.

7 ulasan:

Unknown berkata...

comeynye abby dgn rambut curly2 dia....dah lama kan kita tk jumpa

Tanpa Nama berkata...

ohhh..she is a cutie pie! The curly hair !

ChoiMin PJ

Awin berkata...

dah besar dah abby....umur Abby lebih kurang saya kenal KBB :) rasa bertuah dapat kenal tukang2 kebun KBB yg banyak ilmu dan tak lokek berkongsi dengan kami yang baru nak mula aktiviti berkebun.

nancy dairin berkata...

Hai..Ilhan patah gigi..samalah anak sulung sy Aurell. Sblm patah gigi tidak sabar dia nak ada gigi patah. Katanya nak tukar gigi patah dgn duit. ( cerita tooth fairylah ne)..yg lucu bila gigi patah dia nangis sebab gigi tercicir, nanti tak dapat tukar duit. Hhihi..tahniah adinda ko dpt 9A. Happy mama ko di sabah.
Bah..KBB, sia sini pun sudah siok menanam ni. Tambah lg encik hubby pun suka berkebun. Tiada ruang sudah di belakang rumah.

TukangKebun berkata...

Iya dah lama tak jumpa gadis-gadis comel Usratun Razali. Selalunya ada Kak Pit balik baru kita kumpul-kumpul.

Abby born with straight hair Choi Min. Don't know why her hair suddenly became curly after birth 3 months old.

Awin ~ Cepat je masa berlalu dah setahun setengah dah si Abby kami ni. Sama-sama berkongsi pengalaman.

Hai Nancy. Ilhan belum dibacakan pasal toothfairy lagi...hahaha comelll Aurell. Sekarang ni Ilhan minum susu banyak katanya nak bagi gigi cepat keluar.
Baguslah begitu sudah banyak menanam.Jimat juga perbelanjaan di dapurkan.

Tanpa Nama berkata...

assalam...bole tak nak wat pembelian benih ulam raja juga benih yang lain..bole dapatkan nom wasap tuk memudahkan ..or wasap sy 0194718141

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Kami hanya menerima pesanan melalui email sahaja (kebunkmg@gmail.com).