No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 21 Julai 2014

BLACK GOLD

 Pertanyaan kerap ditanya tahun ini apabila pesanan telah diterima oleh gardeners-gardeners dari 'live plants' yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah mengenai 'tanah'. Ada yang perasan terdapat banyak cacing-cacing tanah dipos bersama dalam bekas yang mengandungi tanah tempat akar tumbuhan menyerap sumber makanannya. Ada yang perasan tanah bakar tukang kebun guna dan bertanya dari mana supply tukang kebun terima tanah tersebut. Kenapa macam tanah kompos tapi berpasir poros dan sebagainya. Untuk seorang tukang kebun amat gembira apabila selalu ditemui di sekitar kebunnya 'black gold' pemberian cacing tanah seperti dalam tapak tangan tukang kebun di gambar atas.
 Selalunya bila tukang kebun alih-alih pasu, nampak banyak ketulan 'black gold' di bawah dasar bekas tersebut terlebih lagi pada musim panas dan kemarau. Biasanya masa musim panas dan kemarau cacing-cacing tanah akan duduk makin ke dalam kerana tanah lebih sejuk berbanding dengan bahagian atas tanah yang lebih dipancar matahari yang terik di sebelah siang. Jadinya di bawah keliling pasu biasanya tukang kebun jumpa terdapat banyak ketulan-ketulan tahi cacing. Sekarang ni menjual baja tahi-tahi cacing ataupun baja tahi cacing campur kompos dipanggil bajavermikompos adalah peniagaan yang besar. Bukan itu sahaja, jual cacing-cacing tanah juga adalah suatu perniagaan yang in demand sebab banyak permintaan kerana banyak ladang-ladang memerlukannya. 
 Perladangan yang besar banyak menggunakan synthetic fertiliser atau baja buatan kimia tiruan menjadikan cacing tak suka nak bertapa lama-lama dalam tanah yang diadun dengan synthetic fertiliser. Tetapi peranan cacing tanah bukan sahaja nak bagi bahan buangan sisa mereka yang dapatkan subur tanah. Mereka juga adalah jentera kecil berguna kepada tukang-tukang kebun untuk mengemburkan tanah kita atau 'conditioner' tanah semula jadi supaya tanah tidak keras dan akar mudah merebak. Bukan rambut kita sahaja nak conditioner, tanah pun nak conditioner. Itulah peranan cacing tanah dan bukan dia sahaja membantu conditioner tanah tetapi terdapat pelbagai lagi bakteria bagus dan lain-lain yang membantu menyuburkan tanah. Kalau kita banyak gunakan synthetic fertiliser maka tiadalah makhluk-makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar nak duduk bertapa dalam tanah tersebut. 
 Memanglah rasa macam cepat je tumbuhan nampak subur dengan menggunakan synthetic fertiliser tapi hanya seketika sahaja macam skim cepat kaya. But in a long run synthetic fertiliser ni merosakkan juga struktur tanah. Kemudian mencemarkan air di sekeliling bila hujan bawa hanyut habis mencemarkan punca air di sekeliling. Walaupun hasilnya nampak subur, tanahnya di dalam akan makin tak subur dan sakit. Baja tiruan buatan kimia akan menyebabkan 'indiscriminate killing', pembunahan ramai-ramai microbacteria berguna dan pelbagai jenis makhluk-makhluk kecil di dalam tanah. Penggunaan kesan synthetic fertiliser sekarang telah memberikan banyak kesan kepada petani-petani di negara dunia ketiga yang mana tanah mereka sudah menjadi tandus, kering dan tidak subur lagi. Sayangilah dan jagalah tanah yang anda ada walaupun sekecil satu meter persegi nescaya ia tidak hilang serinya di kemudian hari. Lebih baik kita invest perlahan-lahan daripada bersifat gopoh-gapah. 
 Tidak perlulah melabur duit nak beli baja tiruan. Jika kita jaga hubungan baik dengan mereka yang menghuni dalam tanah, InsyaAllah kita tak rugi apa-apa. Cacing tanah dan kawan-kawannya akan bantu kita suburkan tanah. Kita tak perlu keluarkan duit pun nak diorang menjadi jentera dalam tanah. Memadai dengan sisa-sisa dapur kita itu untuk keperluan makanan mereka. Apa-apa green waste yang kecil-kecil ada kembalikanlah dan tanamlah semula ke dalam tanah, InsyaAllah makin suburlah tanahnya bila makhluk-makhluk tersebut selesai proseskannya menjadi sumber nutrient untuk tumbuhan tumbuh. Lebih baik kita ikat kontrak long term investment dengan jentera-jentera penyubur tanah tersebut. Setiap makhluk ada peranannya maka terciptalah dia oleh yang maha kuasa. Kalau tanah subur memang banyak vermicompost free jumpa di keliling bekas. Seronok hati tukang kebun, main scoop-scoop collect letak dalam bekas.
 Bila tukang kebun buat projek pruning memanglah green waste semua yang besar-besar. Jadi dikumpullah di satu tempat di belakang kebun bekas kolam sana di mana musim tiada hujan jadi kering-kontang. Bila hujan air terkumpul riang-ria si itik berenang-renang. Hasil pembakaran green waste tersebut berguna juga dan ada manfaat untuk kebun kita. Gambar di atas "ashes" yang baru lagi dari pembakaran green waste cuma beberapa hari lepas. Tukang kebun memang tak beli tanah semuanya dari kebun sendiri dan di kawasan inilah bermula prosesnya...
 Sekarang ni pun cocopeat dah mula popular, antara yang dibakar juga adalah kelapa-kelapa tua yang telah dipakai isinya. Kelapa ambil masa lama juga nak mereput dan perlu proses dibakar banyak berulang kali. Antara ramuan bahan kompos campuran di sini. Apabila lama-lama dibiarkan dan beberapa kali tindanan hasil pembakaran 'ashes' tersebut akan bertukar wajah.
  Bolehlah nak gunakan tanah tersebut sudah. Biasanya kalau tukang kebun rajin, tukang kebun kaut kumpul tahi-tahi binatang perliharaan bersayap di keliling rumah dan campurkan dengan tanah bakar tersebut untuk menaikkan kandungan nutrient nitrogen. Biasanya "ashes" kaya dengan unsur lain seperti potassium tapi kurang nitrogen. Jadi bolehlah campurkan dengan tahi-tahi binatang yang sudah tak panas. Nak katakan semuanya dibakar tidak jugalah sebab kekadang dah merimbun lama dalam bekas kolam itu tunggu ada masa sahaja nak membakar, jadi kalau berminggu-minggu ditinggalkan biasanya yang bahagian bawah yang tak besar sangat dah mula proses composting secara semulajadi.
 "Black Gold" home-made Kebun Bahagia Bersama biasanya lebih poros dan tanah tak terlampau basah sentiasa yang boleh melemaskan anak-anak pokok jadi pangkalnya mereput. Sebab tukang kebun berhatikan tanah kompos yang biasa dijual di kedai bahayanya bila musim hujan air tak salir begitu elok menyebabkan batang anak-anak pokok kecil mereput jadi lembik sebab banyak air. Biasanya dearest husbang tolong isikan tanah dalam bekas-bekas untuk memudahkan tukang kebun nak semai anak-anak pokok. Hubby lepas gaul-gaul gemburkan tanah dengan cangkul, pakai tempurung kelapa je isi bekas-bekas dengan 'black gold'.
 Dekat belakang background gambar yang warna hijau jauh dari tempat membakar tu adalah bayam-bayam hijau yang subur tumbuh sendiri. Memberikan hints kepada tukang kebun apabila air hujan membawa lari top soil dari kawasan pembakaran menjadikan kawasan tersebut makin subur. Musim panas dan kering ni pun boleh hidup hijau sendiri.
 Pokok jeliti dah tumbuh meninggi pula di keliling kolam, belum sempat nak menebas lagi. Chainsaw pun nak kena hantar baiki dulu. Mungkin lepas raya baru boleh kemaskan kawasan keliling kolam ini.
 Gardeners yang ada tempat membakar walaupun sekecil manapun, ambillah peluang gunakan 'black gold' tersebut. Syukur Alhamdulillah tanah juga adalah sumber dari kebun sendiri.

 Gardeners lain pula bagaimana? What is your favourite "Black Gold"?

14 ulasan:

Normala Saad berkata...

Kak pun sekarang duk praktik cara ni kat tanah homestay sebab tu pokok-pokok sebelah sini gemuk-gemuk walau tidak dibaja.Bila menyangkul tanah terjumpa cacing punyalah banyak..

Nasa Mulia berkata...

banyaknya anak bayam...itu tumbuh sendiri atau tabur biji benih?..

Marriatyi Morsin berkata...

Dkt rmh saya rona "brown gold".

GINSENG JAWA

Shasrine berkata...

Kat my balcony area tak cukup panas rasanya. Dulu kalau lepas juicing letak hampas buah-buahan dalam pasu tapi lama-lama berkulat sahaja. So sekarang guna hampas kopi (from Starbucks), teh dan baja organik (beli kat kedai).

Seri7ujuh berkata...

ranting pangkasan n rumput yg dipotong sy longgokkan saja...ambik masa sikit mereput sebab ranting2 besar. baru merasa sekali guna black gold tu...tak nampak hasil lagi

@na berkata...

info yang sangat menarik dan berguna bagi "pekebun"...tima kasih berkongsi ilmu ini...

Tanpa Nama berkata...

..tahi ayam fertilizer from Ace hardware only. anyway, how's your ducky "Febbie" ?

lite n easy berkata...

Salam kak D,
Klu sy, kepala ikan bilis blend =).
Sbb sll dpt supply dr bonda.
Klu ikutkn, bru2 ni je sy bru ade kesedaran n kerajinan sket nk mengkompos ni kak. Sbb sygkan sumber da ade direct je dr dapur/laman tp disia2kan. Isk3....

gina marna berkata...

kwsn rumah saya kurang cacing, maybe tanah terlampau byk batu..rumah dkt bukit :)..mmg kene byk usaha skit nk bg subur bila menanam..
mmg nmpk beza tnh dr kebun bahagia & tanah yg sy beli di nursery.

TukangKebun berkata...

Dear Kak Normala.

Tukang kebun jarang membaja tapi syukur Alhamdulillah dengan bantuan jentera yang tak nampak ini tolong reputkan hasil dari pokok kitar semula boleh aje mereka lebat berbuah dan berbunga. Asalkan tanah tidak dinoda dengan hasil synthetic baja urea tak perlu banyak buang masa Dan duit nak bela mereka mi.

TukangKebun berkata...

Dear Nasa Mulia.

It bayam tumbuh suka hati sendiri. Antara sebab tukang kebun phobia dengan keluarga bayam.

Unknown berkata...

-Crinum-
Good info, tahi cacing memang terbaik untuk kesuburan nie, mak pun ada cakap benda yang sama. so lepas nie boleh dahh pelan2 kutip najis cacing sekali dengan cacing, bagi penempatan baru kat diaorang,,, hehe...
kalau saya ambil tanah merah (yang buat tambun tanah tapak rumah)masukkan dalam baldi, gaul dengan sabut dan baja tahi ayam..siram air kat atas.. then perap. kalau rajin boleh tambah siraman air beras, kasi lagi berkhasiat tanah tu.. after 5day or 1 week, boleh guna untuk menyemai.. insyallah ok. guna tanah nie la sy menyemai benih.. alhamdulillah semaian saya menjadi,, (kacang tanah, cosmos, zinnia, & lain2 lg.)

TukangKebun berkata...

Dear Marriatyi
Rona brown gold precious juga.

TukangKebun berkata...

Dear Shas,

Elok timbus dengan tanah, kalau tak memang nampak horror jadi berkulat. Memang akan begitu kalau dah nampak berkulat maknanya those micro-living things are already starting their wonder work to turn those hampas into nutrient for the plants.

Dear Seri7ujuh,

Memang yang besar akan ambil lebih masa, tapi InsyaAllah ada juga berkatnya nanti. Nak kena bersabar.

Dear @na,

Sama-samalah kita berkongsi ilmu.

We found Ace Hardware price is a bit pricey. We have compared prices such as polibeg with same quality in Econsave is much cheaper than Ace Hardware. Ace Hardware harga 2 kali ganda. "Febbie" kena baham dengan biawak sobsobsob...

Salam Atie,

Kepala ikan bilis pun bagus, tapi cuci elok-elok ya sebelum blend nak kasi hilang kandungan garam. Takut nanti bila banyak pakai jadi garam tu boleh effect quality tanah. Bagus juga pakai ikan bilis tu dari dibuangkan.

Dear Gina,

Rumah sewa lama pun banyak batu. Bila kami gali punyalah susah tanah keras nak timbus buangan green waste dari kebun. Sambil timbus sambil keluarkan batu-batu. Batu-batu tu buat kumpul jadi macam sempadan batas untuk sementara. Tapi lama-kelamaan tanah pun tak sekeras dahulu sebab kedatangan cacing dengan micro living yang lain membantu membaikkan struktur tanah. Tak pe perlahan-lahan usahakan baik pulih dan subur tanah.

Dear Nuriem Story,

Gunakan creativity masing-masing, ambil manfaat apa yang ada di keliling rumah sendiri. Kekadang yang kita ingat tak berguna tu lah banyak boleh membantu suburkan tanah kan dear.