Bulan ini ada juga buah mulberry putih yang dah masak, biasanya terlepas pandang jadi mahkluk Allah yang lain punya rezeki. Kadang kala rasa buah mulberry putih ini macam lebih cepat ranum buahnya dari yang buah mulberry hitam. Rasanya macam baru nampak buahnya berbunga macam gambar di bawah. Kemudian beberapa hari selepas itu, buahnya membesar seperti gambar belah kanan di atas yang beransur-ansur bertukar kepada warna putih apabila ranum.
Selain dari buahnya, pucuk muda mulberry putih jenis ini juga enak dimakan dibuat sayur. Pucuk mudanya dibuat masak lemak sayur putih ataupun dalam sup pun sedap dimakan. Tukang Kebun suka pucuk muda mulberry putih berbanding dengan yang jenis pucuk daun dari pokok mulberry hitam. Daun matang dari pokok mulberry putih ini pula saiznya boleh besar muka orang dewasa. Boleh juga buat hiasan digunakan alas makanan macam daun pisang kan. Juga daunnya boleh dibuat teh yang mengandungi pelbagai khasiat bagus untuk badan. Kalau bela ulat sutera cepat gemuk agaknya sebab jenis pokok mulberry putih di Kebun Bahagia Bersama daunnya sangatlah lebar. Usia pokok ini pun sama lebih kurang dengan Abby dah lebih empat tahun.
Info lanjut mengenai pokok mulberry putih ini boleh dirujuk ke posting sebelum ini (klik sini).
Pokok asal mulberry putih yang ditanam di Kebun Bahagia Bersama berjiran dengan pokok assam gelugor. Tapi tingginya cepat tumbuh dari pokok assam gelugor walaupun dah dicantas banyak kali. Pokok mulberry putih ini ketinggian pokoknya lebih tinggi dari pokok mulberry hitam. Kalau dibiarkan meninggi boleh lebih dari rumah dua tingkat. Jika dibandingkan dengan pokok mulberry hitam tak tumbuh setinggi seperti pokok mulberry putih. Mulai minggu depan ada limited stock pokok mulberry putih dapat dibekalkan. Selain dari itu, kami juga bekalkan pucuk daun mulberry dan keratan mulberry putih atau hitam.
~ 1 bekas mulberry putih (Morus alba) RM30.
~ 1 bekas mulberry hitam RM7.
~ 4 fresh cuttings mulberry putih (Morus alba) RM15.
~ 10 fresh cuttings mulberry hitam RM7.
~ 1 ikat pucuk daun mulberry RM1.
Ulam-ulaman, herba, daun atau sayur segar yang juga kami bekalkan adalah seperti berikut:
~ 500gram akar pokok kapas RM25.00 .
~ 1 ikat sayur batang ubi keladi RM1.00
~ 1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00 .
~1 ikat pucuk daun assam jawa RM1.00.
~ 1 ikat daun pecah beling/pecah kaca RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk mata pelandok RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun nyirik (daun kelupis) RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk muda katak puru/nam nam RM1.00
~ 1 ikat daun pucuk muda ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat daun Salam RM1.00 .
~1 ikat daun puding belacan RM1.00
~1 ikat daun pisang RM1.00
~ 1 ikat daun Serai Acheh RM1.00
~ 1 ikat daun kelapa (untuk sarung ketupat) RM1.00 .
Juga ada untuk self-collect minggu ini:
~3 biji kelapa parut RM5.00
~1 biji buah kelapa tua RM1.00 .
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 (lebih 10kilogram perbeg)
6 ulasan:
Diana, kat tempat kak ulam2 semua dah RM2.00 seikat. Cili kampung peket dah Rm3.00...jangan ingat orang kampung tanam nak dapat murah..Tak adanya, harga ikut pasaran juga.
Salam Kak Mala.
Mungkin RM2.00 sebab harga orang tengah kut.
Jadi harga pun naik.
Bulan Ramadhan ini pun banyak barang naik harga.
as salam puan
saya ikram dari ipoh,perak
saya berminat dengan pokok mulberry
puan ada jual keratan mulberry tak?
kalau ada saya berminat hendak beli
ini no saya 014 6908306
Assalam berminat nak mulberi putih..0104645376
Berapa lama mulberi putih ni akan mula berbuah? Pokok sy da lebih setahun. Tanam guna cutting.
Salam Bahagia Mohamad Ikram dan Meijian,
Kami ada bekalan anak pokok mulberry putih dan keratan.
Further details email to (kebunkmg@gmail.com).
Salam Bahagia Az Za,
Kena pruning pokoknya atau kasi togel daun pokoknya untuk trigger pokoknya menghasilkan buah.
Catat Ulasan