Syukur Alhamdulillah di dalam bulan Ramadhan ini rezeki pisang murah di Kebun Bahagia Bersama. Antara jenis pisang yang dapat dituai dalam bulan Ramadhan selain dari pisang nangka ialah pisang kapal. Seperti pisang nangka, pisang kapal ini bila dah nak masak tak beberapa tukar warna macam pisang jenis lain yang bertukar kuning keemasan bila ranum. Cuma nampak hijau kekuningan bila dah masak. Seperti gambar di atas, yang nampak kuning kehijauan tu dah ranum dan enak dimakan.
Setandan pisang kapal dah seminggu lebih duduk di atas meja, hari ini baru Tukang Kebun pisah-pisahkan dari tandannya. Yang kelakarnya hujung minggu lepas yang bukan baru ini tapi sebelum itu, Tukang Kebun teringat agak-agak rasa dah boleh tuai pisang kapalnya potong tandan dari pokok. Bila pergi jenguk pokoknya dengan dearest husband, husband kata tandannya dah hilang. Rupa-rupanya dah terputus tandan tu sendiri dari pokoknya agaknya dah sarat sangat tergolek dekat tanah bawah. Agaknya baru lagi terputus masih selamat buahnya belum kena noda dengan ternakan. Biasanya dari mula berbunga hinga buahnya ranum untuk pisang kapal ambil lebih 3 bulan menunggu.
Pisang kapal ini yang dah masak buahnya bau harum. Tak sangka Abby suka betul makan pisang kapal, lebih 1 sikat pisang Abby habiskan sorang-sorang semalam. Papa Abby komen mungkin rasanya macam pisang montel, itu sebab Abby suka. Pisang kapal juga adalah jenis pisang 'dwarf cavendish'. Tukang kebun perhatikan pisang kapal juga tahan lama buahnya jadi tak tergesa nak perabihkan. Untuk lauk berbuka semalam, Tukang Kebun masak lemak cili api pisang kapal muda dan ikan masin, terkejut tengok dearest husband tambah nasi 3 kali. Lauk sampingan masak ikan goreng kerisi untuk kanak-kanak riang. Buah pisang kapal yang muda belum masak penuh sesuai juga nak dibuat gulai. Untuk kasi kuahnya manis tanpa perlu letakkan gula, Tukang Kebun campurkan dengan 2 biji pisang kapal yang dah masak iaitu mudah lembik larut dan sebati dalam gulai jadi manisan semulajadi. Natural sweetener. Cuma tambah perisa garam je, kalau kuah belum terasa ada masin tengok ikan masin punya kemasinan larut bagaimana.
Bahan-bahan Masak Lemak Cili Api Pisang Kapal Muda dan Ikan Masin semalam:Santan,
Daun Kunyit,
Serai,
Asam Gelugor,
Ikan Masin (sendiri tak pasti jenis ikan masin nama apa pakai untuk dimasak),
Pisang Kapal Muda (belah 2 dan dicelur dahulu kasi separuh lembut cepat sikit masak),
Garam (perasa)
2 pisang masak ranum sebagai perasa (optional).
Bahan Kisar:
Bawang Merah,
Bawang Besar,
Cili Burung,
Kunyit hidup,
Tukang Kebun tak guna bawang putih biasanya bila masak lemak cili api, quantity bahan-bahan Tukang Kebun main capai-capai je, tak pandai nak bagi specific amount. Semua bahan dimasukkan dalam periuk/kuali dimasak hingga dah sebati mendidih kecuali ikan masin dan pisang. Bila kuah dah sebati baru masukkan ikan masin dan pisang muda serta pisang masak, masak hingga semua bahan masak. Dah nak masak letak perasa ikut citarasa. Hari ini Ilhan yang tolong mengacau supaya santan tak pecah sementara Tukang Kebun multi-task buat benda lain macam masak nasi dan goreng ikan.
Dah mula makin bahang cuaca bulan Jun ini, nak keluar menuai pun rasa malas. Bila dah rasa panas kepala, ada sahaja bahan yang lupa nak diambil kena keluar masuk dapur. Antara yang dapat dituai kerap bagi bulan Jun 2015 ini sebagai catatan ialah buah katak puru, buah limau kapas, buah limau kasturi, buah mulberry, buah ceri barbados, kacang panjang, terung telunjuk dan telur itik.
Syukur Alhamdulillah tambahan rezeki musim buah nak dekat bulan Syawal ini nampak buah rambutan dah mula masak di atas pokok. Mulai dari hujung minggu lepas dah dapat Kebun Bahagia Bersama Team Members makan buah rambutan.
Minggu ini Kebun Bahagia Bersama ambil pesanan semula untuk Pasar Ramadhan Online Kebun Bahagia Bersama. InsyaAllah dalam pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama dipos minggu depan akan kami campur sekurang-kurangnya 5 jenis fresh goodies. Untuk hari ini estimation Tukang Kebun kebarangkalian kandungan pakej tersebut mungkin yang boleh confirm setakat ini ada buah katak puru dan ciku. Jenis goodies yang lain kena tengok nasib untuk harvest day ikut cuaca dan rezeki sedia ada dah ready atau belum macam buah kuning telor, rambutan, ubi kayu dan pisang nangka. Ada 2 jenis pilihan pakej, samaada nak bilangan goodies ikut muatan kotak prepaid small size yang total berat <2kilogram (RM14) atau kotak prepaid medium size yang total berat < 5kilogram (RM21).
Pasar Ramadhan Online Kebun Bahagia Bersama Option (untuk kawasan Semenanjung Malaysia sahaja):
~ <2kilogram fresh goodies (RM7) + shipment kotak prepaid small size Pos Laju Malaysia (RM14) = Total RM21.
~ <5kilogram fresh goodies (RM10) + shipment kotak prepaid medium size Pos Laju Malaysia (RM21) = RM31.
4 ulasan:
Wah..awalnya rambutan Diana masak..disini baru ada sedikit. RM5-6 ringgit sekilo..masih mahal. Lepas raya ni agaknya baru murah..
bertuah puan diana nie buah-buahan segar boleh petik terus dalam kawansan rumah aje
biasa mkn rambutan terus petik bila beli rasa x puas pula
Salam Bahagia Kak Mala.
Ada Masak awal yang sepokok tu sampai kami pun tak perasan. Tengok bersepah-sepah kulit rambutan dekat tanah barulah nak mendongak ke atas. Dah banyak rezeki pergi ke tupai yang tak puasa.
Salam Bahagia Azir.
Syukur Alhamdulillah bulan Ramadhan ni rajin pula pokok-pokok berbuah.
Salam Bahagia Suzie.
Memang lebih puas makan bila petik terus makan.
Catat Ulasan