No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 18 Jun 2015

Bibit Sulur Tangkai Nanas Madu Sabah

   Syukur Alhamdulillah, tahun ini makin banyak pokok-pokok nenas rajin berbuah. Biasanya musim bunga nenas adalah pada awal tahun, jadi nak dekat pertengahan tahunlah baru tiba musim buahnya. Perubahan cuaca tahun ini di kebun kami, Tukang Kebun perhatikan musim bunga Nanas Madu Sabah agak lambat dari tahun-tahun sebelum ini sampaikan ingat mereka mogok merajuk tak nak berbuah tahun ini. Walaupun ditanam dalam pelbagai sudut di Kebun Bahagia Bersama, mereka sehati sejiwa berbunga serentak mana-mana pokok yang dah sudi nak berbuahlah dalam tahun ini. Key factor kalau secara semulajadi trigger mereka nak berbuah rasanya perubahan suhu cuaca yang ideal untuk mereka in tune nak hasilkan buah. Kalau yang tak sabar-sabar, rasa-rasa pokoknya dah matang ada cara lain dengan pakai kimia. But Tukang Kebun suka let nature do the work.
  Tukang Kebun pun dah tak berapa ingat semasa ambil gambar ini sebagai nota, baru lepas berbunga atau baru nak mula keluarkan bunga. Tapi boleh dilihat gambar No.1 dan No. 2 diambil pada awal bulan April lepas. Boleh juga nampak pada bawahnya ada juga macam bentuk buah nenas-nenas kecil yang membentuk yang boleh dijadikan bibit nenas untuk anak pokok baru kemudian. Ini adalah bibit nenas yang diperolehi dari tangkai nenas juga dipanggil sulur tangkai nenas.
  Kemudian setelah 2 bulan lebih, mari kita perhatikan progress pembesaran buah dan sulur tangkai pada rumpunan pokok-pokok nenas madu Sabah yang sama dengan gambar No.1 dan No. 2 banding dengan gambar No.3 dan No.4 . Kelihatan sulur tangkai juga telah membesar bersama-sama dengan buah nenas. Biasanya jika nak saiz buah yang lebih besar, beberapa sulur tangkai akan dibuka masa awal-awal lagi. Kerana energy nak besarkan buah juga akan dikongsikan bersama pembesaran sulur tangkai. Jadi jika penanaman commercial mereka akan buka sulur-sulur tangkai nak pokoknya hanya banyak fokus kepada buahnya dan bukan kepada zuriat-zuriat (contoh sulur tangkai) yang bakal ditinggalkan bila habis riwayatnya. Umumnya, pokok nenas hanya berbuah sekali. Tapi Tukang Kebun nak luaskan lagi kebun nenas dalam Kebun Bahagia Bersama supaya makin banyak dapat dituai setiap tahun.
   Lepas tu mesti nak tahu macam mana nak agak-agak bila buahnya dah dekat nak masak kan? Bila nak hampir masak dah, biasanya tangkai nenas tu dah tak menegak, dah mula nak terkulai senget dekat dengan tanah macam gambar No. 5 ini yang pokok bersebelahan tembok dah nampak mula terbaring buahnya.
 Dari nampak buah nenas berbunga biasanya 2 bulan lebih juga nak tunggu buahnya masak betul. Setiap hari Tukang kebun monitor yang gambar No. 4 menghadap tembok buahnya dah mula terbaring tanda nak masak, selalu berebut dengan tupai. Yang syoknya tanam nenas sendiri ialah, paling sedap bila enjoy yang betul masak. Kalau Nenas Madu Sabah memang manisnya macam madu. Semoga hujung minggu ini selamat kami dapat tuai buah ni. Dekat Sabah di tamu pun harga Nenas Madu Sabah boleh tahan lebih mahal dari nenas import dari negara lain.
   Minggu lepas semasa cuti sekolah ada kami dapat rezeki tuai buah nenas madu Sabah berdekatan dengan tempat setiap hari Tukang Kebun belah kelapa untuk ayam-ayam. Gambar No. 7 ni sebelum tuai duduk dalam semak as cover nanti terdedah sangat, banyak peminat susah (sebenarnya malas yang lebih).
   Pada hari bila hati terdetik nak pergi tuai, sebab dah mula macam terbau-bau haruman buahnya  masa pergi dekat-dekat sambil belah kelapa. Beriya-iyalah Tukang Kebun siap weeding lagi sebelum tuai sekitar pokok, sekali tengok sebelah dia ada baru kena kesan noda (pandai dia sebelah bawah tak nampak). Nasib baik belum setengah buah si Tupai kerjakan dulu. Terpaksalah berkongsi juga 1/3 dekat tupai, 2/3 bahagian kami. Manisnya dimakan begitu sahaja. Yang buah baru tuai minggu lepas ini pun sebenarnya belum 100% ranum, tapi si Tupai pun gaknya mengidam sangat dah masak 50% tak sabar dah nak makan.
  Sambil Abby dan Rayyan dengan seronoknya munching munching tak berhenti-henti nenas madu Sabah yang Papa tolong potongkan, si Ilhan pula mengomel buatlah jus Nenas. Katanya masa Ilhan duduk dengan nenek di Sabah, nenek selalu buatkan jus Nenas. Amboi, kalau kat Sabah takpelah, kalau ada rezeki dekat Tamu adalah jual. Kalau Ilhan puasa penuh, hujung minggu ini yang bakal dituai Mama reserve buatkan jus nenas untuk berbuka puasa. Hari tu sikit sangatlah nak buat jus dah kena makan dek Tupai juga. Setiap kali musim nenas mesti berebut dengan tupai. Semua sulur tangkai nenas dari pokok yang telah dituai minggu lepas dah selamat Tukang Kebun tanam.
  Hujung minggu ini pun jika kesempatan, InsyaAllah nak dituai ubi kayu lagi. Anak-anak suka meratah hari tu potong-potong kecil ubi kayu macam French Fries gaul dengan garam sikit. Planning projek hujung minggu ini nak buka sulur-sulur tangkai nenas dan buat kebun nenas di sudut gambar bawah ini pula. Dah lama dibiarkan semak. So first of all nak kena kasi clear rumpai degil dahulu. Tapi bila diintai pagi tadi banyak juga harta karun yang maybe bakal dijumpa dalam semak ini. Sudut ini lebih kurang besar frontyard terrace house. Jadi sebenarnya macam-macam boleh ditanam dalam kawasan seluas tersebut.
  Yang ketara boleh nampak ada sudut keladi. Lepas tu yang tinggi-tinggi tu pokok ubi kerinting dengan bunga telang yang tumbuh sendiri melilit di atasnya. Dalam celahan rumpai tu ada nampak anak-anak pokok pisang pun timbul. Ingatkan dah pindahkan semua anak pokok pisang hari tu ke tempat lain (related posting klik here).
  Berjaya juga berbuah pisang kapal yang tumbang dan dipindahkan duduk dalam semak ini. Macam anak-anak suka je ni.
  Subur betul dan merimbun pokok roselle yang tumbuh sendiri di tengah semak ini hasil dari biji-biji benih yang kena sorting serta reject dicampakkan di sini dahulu. Belakang dia Tukang Kebun tengok ada pokok asin-asin juga tumbuh sendiri. Di celah bawah roselle ini pun ada pelbagai bunga tumbuh sendiri cuma susah nak nampak sebab pokok rosellenya merimbun besar. Yang seronok tengok dah ada putik-putik bunga roselle dah mula membesar. InsyaAllah adalah juga jus roselle home-made untuk berbuka puasa tak lama lagi.
  Dalam celahan ini pula rupanya ada juga beberapa anak-anak roselle dapat hidup sedang meninggi dihiasi dengan pokok-pokok keembung muncul sendiri. Kelakar pula bila intai, siap dah musim bunga keembung dalam semak ini macam wild flower. Pokok-pokok ginseng jawa pun nampaknya ada timbul dalam kawasan ini. If you look after the earth and not tainted it with toxic, they will be many returns for you naturally without much hardwork.  Tukang Kebun cuma buang benih-benih yang reject je dalam kawasan ini ada juga hasilnya walaupun tiada masa nak belek-belek. Rasa semangat pula nak merumput tengok apa harta karun yang ada dalam kawasan ini. 

  Sebagai catatan, wahai kekanda bila merumput area ini hujung minggu please be careful and selective antara weed and not weed ya. Especially anak-anak pokok roselle please let them be nanti adinda pindahkan ke tempat-tempat lain kalau over-crowded. Bawah pokok ubi kerinting tu ada tampaka, so not to be confuse with rumput. Sebelahnya pun ada anak pokok terung telunjuk nampak still standing, bukan terung pipit ya.
   Tukang Kebun ambil kesempatan dengan posting ini nak maklumkan semula bibit-bibit nenas madu Sabah ada fresh stock semula dari sulur tangkai. Kali ini kami bekalkan secara bare-rooted sahajalah mudah nak pos dan bibit sulur tangkai nenas tak perlu tergesa-gesa nak tanam pun (tips tanam more info klik sini). Stok limited jadi first come, first serve. Kali ini no reservation. Lagipun Tukang Kebun pun weekend ini dah mula nak buka petak baru kebun nenas pula, jadi depending on how many Tukang Kebun is willing to let go. Nenas bukan buah favourite Tukang Kebun, its only jenis Nenas Madu Sabah je yang kegemaran Tukang Kebun. Itu yang sanggup bits by bits expand pokok-pokok nenas madu Sabah di kebun sendiri. Nak dapatkan bibit pun tak mudah. Tak susah nak tanam sumbat je pangkal bawah tu dalam tanah and let nature do its work. Setakat ini cuaca di Lembah Klang tak perlu siram pun biarkan sahaja, we still have frequent occasional rain. Seminggu hujan 3 kali pun dah memadai not to worry. Cuma masa awal-awal ini kena pastikan anak pokok tak lemas dalam rumpai ya jadi kenalah weeding bila dah tak nampak bayang anak pokoknya.

~ 1 Bibit Nanas Madu Sabah dari Sulur Tangkai RM5.00 ~

8 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Menariklah benih nenas tu banyak betul mengelilingi buahnya.

Fida Z Ein berkata...

Buatlah belahan jambu...banyak dapat anak pokok nanti

azri hassan berkata...

Banyak betul harta karun puan he3x..untungkan berbudi pada tanah.

Suzie berkata...

ada juga 2 biji nenas...tgu nak masak....
best lah roselle, nti nak cari benih juga

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Jenis nenas ini memang yang rajin mengeluarkan banyak benih, antara sebab jenis buah nenas yang kecil berbanding dengan jenis lain.

Salam Bahagia Fida,

Nenas Madu Sabah ini memang jenis jambu dia pun selalunya dah banyak bercantum-cantum asing jambu pelbagai saiz.
Bukan 1 sahaja mahkota dia.

Salam Bahagia Azri.

Sama-samalah kita berbudi pada tanah, tanam pelbagai InsyaAllah banyak harta karun boleh cari.

Salam Bahagia Kak Suzie.

Mesti berdebar-debar macam kami nak tunggu yang ada beberapa juga sedang membesar lagi.
Asyik takut tupai atau binatang lain je ngap dulu.

daengsemerluki berkata...

Mana nak dapat benih nenas madu sabah ni?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Daengsemerluki,

Jika berminat boleh pesan melalui email (kebunkmg@gmail.com).

Milo berkata...

Nak tanya, kalau nanas dah berbuah pokok dia kena cabut buang ke? Atau biarkan saja sampai dia tumbuh pucuk baru.. sebab tak pernah tanam nanas, haritu ada tanam dan dah berbuah tapi lepas ambil buah di biarkan saja pokoknya dan sekarang tumbuh pucuk baru tapi tak nampak kelibat buah yang baru..