Syukur Alhamdulillah dengan nikmat rezeki yang diberikan untuk pertama kalinya dalam bulan Ramadhan ini Kebun Bahagia Bersama Team Members dapat merasa daging ayam kampung belaan sendiri yang dibela dari chicks yang baru lahir (related posting klik sini). Awal bulan depan batch ayam kampung kali ini atau kami panggil batch "Ayam Raya" dah nak masuk umur 4 bulan.
Sabtu pagi lepas seperti rutin biasa lepas hari sudah cerah awal pagi, dearest husband akan mula buka sangkar-sangkar dan kasi makan ternakan. Kalau tak bagi makan awal-awal nanti kecoh banyak jenis pitch choir di belakang nanti jiran sekeliling tak dapat membuta lama-lama. Kebetulan Ilhan pula yang masih segar setelah balik dari masjid untuk jemaah Subuh dan kuliah pagi, bermain-main basikal di luar depan laman rumah. Ada orang dewasa lelaki naik motor memanggil-manggil di luar pagar. Lalu Ilhan panggil papa di belakang kebun ada visitor katanya. Tukang Kebun pula terbantut nak keluar masih in pajamas lagi, baru ingat nak pilih-pilih ayam kampung untuk sembelih, intai jelah dari luar dulu. Tak sangka pula seawal pagi sudah ada rezeki yang datang. Rupa-rupanya hajat visitor tersebut nak beli ayam-ayam kampung buat stok raya katanya. Minggu ini dia pusing keliling awal pagi ada beberapa kali, dengar dekat kawasan rumah ini macam banyak bunyi ternakan. Tapi bila memanggil tiada siapa menyahut. Secara kebetulan pula visitor duduk sekampung dapatlah bawa balik 2 betina dan 1 jantan ayam raya Kebun Bahagia Bersama dengan bonceng motor.
Kemudian lepas visitor pulang, kami mula buat selection untuk hantar ayam-ayam raya untuk disembelih stok sendiri dan pesanan self-collect Sabtu lepas untuk diproses. Pertama kali tahun ini kami hantar ke kedai untuk sembelih dan proses ayam. Kuat betul mesin proses ayam, memang sampai tertanggal kulit luaran kaki ayam yang warna kuning itu.
Tukang Kebun sendiri terkejut tak sangka batch ayam raya yang almost 4 months old dah ada yang lebih 1.5 kilogram lepas diproses. Batch yang disembelih minggu lepas setelah diproses kesemuanya sudah lebih dari 1 kilogram. Walaupun diet food mereka setiap hari separuh commercial chicken food dan separuh from the kebun. Tak diberikan ubat apa-apa. Berlainan sungguh bentuk badan ayam raya ini berbanding dengan ayam daging batch yang disembelih lepas. Kaki diorang sexy panjang kecik macam super model.
Minggu lepas dan minggu ini, stok ayam-ayam raya banyak diberikan makan buah-buahan dari kebun macam nangka, pisang, buah kuning telor dan isi kelapa. Gambar di atas tu diorang tengah makan pisang, yang warna putih tu batch ayam daging umur lebih kurang sama. Visitor Sabtu lepas berminat juga dengan ayam jantan Tukang Kebun yang nama Kaka di bawah ini (Turkey jantan cemburu nak kacau ambil gambar di depan). But not willing to sell, Tukang Kebun kata dah sayang dengan Kaka, lagipun he is the biggest cock in the barnyard at the moment. Kaka dah 8 bulan umurnya, bila diangkat mau rasa lebih 4 kilogram. Kaka jenis ayam gajah kacuk. Kalau dearest hubby mood menyakat katanya sedap sembelih Kaka ini saiz dia dan umur buat rendang ayam raya. Tukang Kebun intai dekat Pet Shop kalau saiz Kaka ini diorang letak harga paling kurang RM50. Sabtu lepas di Pasar Malam Paya Jaras, Tukang Kebun husha harga ayam kampung proses RM16 sekilogram. Minggu ini Kebun Bahagia Bersama masih dapat bekalkan ayam kampung batch 'Ayam Raya' yang sudah lebih 1 kilogram untuk self-collect samaada hidup atau sudah diproses yang berminat nak buat stok daging raya pada Sabtu petang ini.
~ Ayam Dara/Teruna Kampung nak masuk 4 bulan hidup RM20 seekor, yang sudah disembelih dan diproses RM23.
~ Rabu, 1hb Julai 2015 antara pukul 9:00malam~9:30 malam di Sungai Buloh.
~ Sabtu, 4hb Julai 2015 antara pukul 4:00 petang ~ 4:30 petang di Sungai Buloh.
Sabtu lepas, Tukang Kebun ambik cuti memasak. Pertama kali untuk Ramadhan ini, hari ke-10 baru ke Bazaar Ramadhan. Tak rancang pun tetapi sementara tunggu nak habiskan masa menunggu kelas TaekWando Ilhan dan Rayyan, kami berjalan-jalan di bazaar Ramadhan yang berdekatan.
Puasa yang kesebelas, Rayyan berjaya puasa penuh untuk kali kedua. Nak bagi mudah untuk Rayyan berbuka isi perut masak-masak yang mudah untuk kanak-kanak riang ria ni makan. Untuk pertama kalinya kami panggang ayam kampung teruna dalam oven. Lepas tu bakar pizza simple je with daging salami dengan cheese. Goreng kentang dengan karipap. Buat minuman kegemaran air teh limau kapas. No Nasi Day.
Batch umur teruna ayam kampung ini seekor whole chicken dipanggang dalam oven less than an hour dah masak. Surprisingly for ayam kampung, it was so succulent and juicy!!! Tak sangka dagingnya bila dipanggang walaupun nampak sangat sexy banding dengan chubby ayam daging organik lalu yang lebih muda, daging batch ayam raya ini lebih lembut mudah nak makan. Tukang Kebun perhatikan daging ayam kampung kali ini was so easy for Abby to chew, compare dengan ayam daging lalu bila roasted. Cepat sahaja Abby chew telan, lepas tu demand Mama, Abby nak ayam lagi. The meat was so tender walaupun nampak jenis type daging lean meat. Tanya pendapat Ilhan, dia kata ayam kampung mama ni senang makanlah lagi sedap. Papa kata mungkin the way you help growing them, the chicken food diet. So now Tukang Kebun wondering how ayam mutiara will taste like, sebab orang kata lagi sedap. Ilhan menyampuk, Ilhan tak pernah makan ayam mutiara. Eh Mama pun tak pernah makan lagilah, nak kena kasi beranak pinak dulu, anak seekor pun mahal tau.
Syukur Alhamdulillah tumpang gembira sungguh bila Kak Hamiza dari Pahang kongsikan gambar hasil popiah pisang nangka yang pisang nangka dari Kebun Bahagia Bersama untuk berbuka. Jauh perjalanan pisang nangka ke dapur Kak Hamiza via Pos Laju Malaysia.
Syukur Alhamdulillah dapatlah juga Gardener Huda merasa fresh arugula greens dari kebunnya di Pulau Pinang.
Begitu juga dapat merasa hasil Kacang Panjang renek dari tangan sendiri. Gardener Huda siap dapat kumpul benih dan tanam semula beranak-pinak pokok kacang panjang reneknya.
Selamat Berbuka Puasa.
2 ulasan:
Popia pisang nangka..isinya pisang semata-mata ka?
Salam Bahagia Fiza.
Nak sprinkle dengan serbuk kayu manis sebelum balut dengan kulit pun boleh.
Ikut jenis pisang ada yang gaul garam/gula pisangnya sebelum dibalut.
Yang cheese tu Diana isi dengan pisang sebelum balut dengan kulit popiah, lepas tu goreng.
Catat Ulasan