No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 17 Jun 2015

1st Ayam Kampung Teruna Supply

  Salam Ramadhan kepada semua pembaca beragama Islam yang sudi singgah membaca posting Kebun Bahagia Bersama hari ini. Esok sudah bermulanya ibadah puasa, moga segala urusan untuk mengerjakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ini dipermudahkan. Kebelakangan ini Tukang Kebun asyik masuk angin, macam gastrik, naik angin pun senang jadinya hehehe...banyak benda nak urus asyik lupa makan. 

 Natural Remedy untuk buang angin dalam badan antara yang mujarab untuk badan Tukang Kebun ini ialah herba 'Bawang Berlian'. 'Berlian' or 'Diamond' is women best friend. Memang Bawang Berlian ini khasiatnya juga sangat baik untuk wanita nak maintain awet muda juga. Yang mengandung tak boleh makan/minum rebusan bawang berlian ya sebab dia kasi kecut peranakan. Kalau dalam pantang bagus amalkan lah atau yang tak nak mengandung (natural family planning). Ahem...yang nak puasa penuh, tapi senang gastrik boleh amalkan malam-malam makan bawang berlian atau minum air rebusannya pun cukup untuk kurangkan angin dalam badan. Selain itu dapat juga khasiat-khasiat yang lain. Minggu ini pun dah 7 sets bawang berlian dah selamat dikirim kepada gardeners lain. Tak tahulah kenapa bulan Jun 2015 ini tiba-tiba permintaan bawang berlian boleh tahan, persediaan untuk puasa ke?
   Antara persediaan menyambut Ramadhan untuk Kebun Bahagia Bersama Team Members minggu ini nak kasi keluar segala angin dari badan, Tukang Kebun rebus sekali bawang dayak dalam sup phoenix feet (kaki ayam). Selain itu, herba yang direbus sekali nak kasi lebih khasiat ialah akar ginseng jawa, kurma merah, halia, sup bunjut dan bawang merah putih. Keesokkan harinya memang dah rasa kurang angin dalam badan dan lebih bertenaga. Tactic nak budak-budak kecik pun minum sup ada khasiat bawang dayak campurlah sekali, sama je mujarabnya. Takkan budak-budak nak sukarela minum air rebusan bawang dayak macam makan ubat kan? Tukang Kebun pun rasa dengan campuran bawang dayak/ginseng jawa bersama red dates (kurma merah) akan compliment each other, cover rasa ubat dan sup rasa manis semulajadi. Thank you very much to William dari Seri Kembangan perkenalkan Tukang Kebun gunakan red dates dalam masakan sup (related posting klik sini). 2 hari berturut-turut semua Team Members Kebun Bahagia Bersama dah hirup sup ni buang angin dalam badan dan dapat khasiat lain dari sup dah rebus lebih 1 setengah jam sambil nak lembutkan kaki-kaki ayam organik Kebun Bahagia Bersama sampai empuk lembut. 

  Sekarang Tukang Kebun nak berkongsi pula hasil perbandingan kaki ayam dari jenis ayam daging yang dibela di Kebun Bahagia Bersama dengan kaki ayam daging komersial dibeli yang baru sembelih pagi Sabtu lalu. Such a horrifying results, sebulat suara on the square table terus setuju bila Tukang Kebun turunkan proposal Selasa lepas untuk bulan Ramadhan antara objectives kita ialah hanya makan daging ayam dari kebun sendiri sahaja. Kita mula rasmikan batch ayam kampung dara di Kandang D seperti yang dirancangkan awal-awal dahulu.

  Mari kita lihat gambar No. 2 kawan-kawan. Kaki ayam yang berwarna kuning keemasan ialah dari ayam daging yang dibela secara organik bebas dari suntikan apa-apa, dan bukan hanya bergantung kepada commercial chicken feeding food sahaja. Kaki-kaki ayam daging Kebun Bahagia Bersama ini stok simpan dalam freezer dari minggu Hari Buruh lepas (related posting klik here). Manakala di sebelahnya berwarna putih pucat ialah dari ayam daging commercial yang baru sembelih Sabtu lepas dari pembekal daging ayam kawasan kampung kami huni ini. Nampak tak warna kaki ayam sahaja dah ketara berbeza padahal jenis ayam daging baka yang sama.
  Setelah direbus dalam periuk yang sama dengan rempah yang sama selama satu jam setengah sebab kaki ayam Kebun Bahagia Bersama kena rebus lama sikit baru empok ada perbezaan yang sangat ketara. Pada mulanya Tukang Kebun pun tak perasan, dah anak yang ni minta ini, yang sorang nak minta itulah, out of focus jadinya ingat mama ni octopus ke with 8 hands. Abang Ilhan pula tumpahkan air telang di dapur nak kena mop banjir bawah meja makan. Anak kucing Panther pula ambil kesempatan curi kaki ayam si Abby pegang. Melalaklah pula Abby.

  Lagipun Tukang Kebun masih belum lagi beberapa nak cuba makan kaki ayam. Biasanya papa and the kids je yang makan kaki ayam. So Tukang Kebun thought that this will be the day to try chicken feet myself-lah. Sekali papa kanak-kanak riang ini, kata tak seleralah papa nak makan kaki ayam yang beli ini, papa makan yang kita bela je punya. Yang kaki ayam dari ayam beli bagi dekat kucing. Kenapa? See here (tengok gambar No. 3 you will understand), yang kita bela warna tak berapa berubah pun tetapi yang baru beli ini nampak gross sangat hitam. No wonderlah before Tukang Kebun dapat warm my seats lepas settle food anak-anak, hairan dengar si Rayyan yang biasanya tak kisah makan kaki ayam kata dia geli nak makan. Rayyan made Abby upset menjerit-jerit tak puas hati sebab Rayyan kata gitu and she already ate some. Chaotic Dining Table. We won't be cooking commercial chicken feets anymore, unless from our own kebun. Hai~~~nasib baik kuahnya rasa takde siapa complain, 2 hari berturut pun masih semua okay je sukarela hirup for health.

  A lesson well learnt. The children taught themselves not to be too trusting on commercial chicken meat, you don't know how they grow them, the ones we nurture for ourselves are more good meat. Hopefully the children will be more motivated to help mama around looking after the pets at the back. As for Tukang Kebun after this incident, more determine and motivated to be more diligent in rearing our own chicken meat. So this also confirmed Tukang Kebun punya observation dengan ayam daging di kebun ini, yang dah mula macam tak sihat nak habis riwayat a few days before biasanya nampak kakinya pucat sikit blue-ish, kalau yang healthy memang kakinya glowing kuning keemasan. Hai~~~ patutlah kaki mereka ni kuat macam kuku besi togelkan dari Petak 1 sampai ke hujung dah macam gurun tak boleh tanam apa semua dicakar  dimakannya. Sampai 1 weed pun takde. Patutlah 1 jam lebih nak kasi empok kaki ayam.
  When I started to be curious and try out growing our own food. The thought that often came into my mind was how did the supplier grow those vegetables/meats that I will prepared for my family. But if we bought it commercially and not directly from a local farm we never know the truth. In an interview done in one magazine, even a commercial potato supplier also admitted that for the ones he supplied are often showered with pesticide and the plants look very pretty, while he has a patch with horrid looking potato plant only for his family consumption free of pesticide. Any farmers will have something safe for his own consumption while the one for the market the pretty ones will be the one shower with many kind of toxic. I believe 'Vegetables does not need to be pretty, to be edible', we're not entering a beauty contest.

  Sekarang selepas Tukang Kebun mula menternak ayam daging sendiri selalu hairan bila jumpa-jumpa dengan orang yang menjual ayam. Semuanya mesti cakap kekadang ayam daging organik baru usia 6 minggu pun tak pernah kena suntik masih suci, orang Bangladesh rajin beli. Bulan ini harga pasaran anak ayam daging hidup baru lebih kurang 4~6 minggu pun sudah RM6. Kalau daging ayam proses commercial pun harga kawalan sekilogram RM6.50 . Bila kita fikirkan ya anak ayam daging 4~6 minggu yang dijual dengan harga RM6 nak buat makan sebesar puyuh dewasa kira mahallah kan jika dibandingkan dengan ayam daging proses sekilogram. Sedangkan Tukang Kebun pun rasa tak terbeli kalau anak ayam daging pun dah RM6, dahlah lebih fragile dari ayam kampung nak bela sampai gemok kasi makan lagi. Tapi tapi tapi Orang Bangladesh lagi prefer beli ayam daging yang muda baby belum suntik, kalau difikirkan secara lebih jauh pasti mereka yang selalu diambil sebagai pekerja asing di sektor penternakkan komersial mesti dah rasa sangat geli dan horror tengok proses step by step pembesaran ayam daging di negara kita ini. Entah berapa banyak suntikan vaksin, hormon dan enzyme apatah yang diberikan. Sanggup mereka cari ayam organik walaupun harganya agak berkali ganda mahal dibandingkan dengan ayam daging proses komersial.

  Jadi batch ayam-ayam daging yang ada sekarang kami tak sembelih, semua disimpan untuk trial breeding tunggu besar matang. Hopefully they are not sterile. Mahal sangat anak ayam daging seekor, tak cukup budget Tukang Kebun. Kalau ada rezeki jadi, kalau tak menjadi tak pe semuanya pengalaman berharga. You can never go to the next phase if you don't gain experience. Ramadhan ini new adventure for the children rasa makan daging ayam kampung pula.
 Mari kita buat short summary growing ayam kampung dalam Kandang D:

~ Lahir dalam minggu pertama March 2015 (related posting klik sini). Jadi sekarang agak-agak umurnya dalam 13~14minggu. Still young remaja. Ayam kampung matang dalam 6 bulan (24minggu).

~ Masih dalam usia remaja, rasanya hampir mencapai 1 kilogram. Kategori Ayam Kampung Dara. Kalau tunggu betul-betul raya ada kut dah sampai lebih 1 kilogram. Harga pun jadi naik (wink wink).

~ Tidak pernah dibebaskan dari kandang D. Tak laratlah dalam kandang D ini pun sekurangnya ada 30 ekor penghuni. Dah tiap petang lebih 40 ekor yang bebas nak kena check kejar masuk kandang masing-masing. Tak terkira kalau yang ini keluar dari kandang. Tak teringat muka-muka diorang ni nak pastikan dah masuk kandang.

~ Diet campuran jagung atau dedak bersama-sama dengan tuaian dari Kebun Bahagia Bersama, Contohnya: Buah kuning telor (gambar di atas), isi kelapa, jambu air (related posting klik sini). 

~ Tak pernah kena suntikan apa. Memang suci ayam kampung dara ini. Priority bela untuk stok makan sendiri jadi bela untuk selamat dimakan.

 Tukang Kebun pun tengah wondering wondering ada lemak berkrim tak batch ayam kampung dara ini yang hampir setiap hari makan isi kelapa bulan ini. Ayam daging batch dulu sungguh lemak berkrim sedap roasted jadi juicy manis. So how about ayam kampung yang lagi lean meat dari ayam daging??? Tak sabar nak testing.
    Gambar terkini ayam kampung dara seperti di atas, dah macam-macam corak warna bulunya. Sempena minggu pertama Ramadhan, Kebun Bahagia Bersama buat pertama kalinya mula bekalkan ayam kampung dara untuk yang berminat. Awal-awal punya batch raya ini, kami let go yang ayam kampung teruna dululah ya. Yang teruna lagi besar dari dara lagipun. Anyway Tukang Kebun nak kurangkan bilangan ayam jantan dulu, sebab dah ada 3 jantan dewasa nanti buat gaduh je. 1st Saturday Ramadhan ini, special price seekor ayam teruna hidup RM12. Kalau nak self-collect yang dah siap sembelih dan cabut bulu RM15 (processing fees dekat kedai kampung). 

~ Boleh Self-Collect Sabtu ini di Sungai Buloh antara pukul 3:30PM~4:00PM.

Tapi kena buat reservation before hari Sabtu, confirmation last on Friday.
   Telur Itik juga available untuk self-collect pada Sabtu petang akan datang ini. Saiz kuning telur itik batch minggu ini yang nak dipukul untuk celup roti telang. Sebutir Telur Itik 70sen.

 Lepas pharagraph ni tak perlu baca sebab cuma parenting ramblings...hehehe...luahan perasan saja. Itulah beberapa hari silent je tak cukup jari nak menaip melayan kerenah growing kids makin lasak dengan pelbagai idea creative yang peningkan parents.
   Minggu kedua cuti sekolah lepas, makin pening Tukang Kebun dibuatnya dengan gelagat hero-hero dalam rumah ini. Ilhan pula kantoi buat kerja tak berfaedah merosakkan piano yang dah hampir 30 tahun dari zaman maknya belajar hinggalah ke aunty-aunty pun tak pernah buat kerja ni. Dahlah baru ingat nak bergerak ke bank dan pejabat pos sebab ambil peluang Papa Ilhan sambung cuti Isnin masa Birthday Agung. 1 jam kena lecture dengan papa, entah berapa puluh kali kena libas dengan rotan dekat tapak tangan. Siapa tak geram, kalau menconteng boleh lagi nak bersihkan, ini apa Ilhan fikir dia guris-guris kayu papan piano dengan gunting, habis calar-balar.

  Tak serik-serik hari Jumaat malam pun kena sekolah lagi dengan papa lepas balik kerja, sebab mama dah tak kuasa nak membebel buat stress, dah kata you wait papa balik dapat hadiah. Habis bilik masterbedroom nenek kat atas banyak barang pecah dan benda-benda rosak main ganas sampai bawah boleh dengar macam berperang. Diorang jawablah dengan papa, kali ini memang Rayyan yang banyak mastermind rosakkan barang pecah-pecah, dia pun yang halus tak tahulah berapa kali kena libas.Cuma bilik atas je ada TV, so Papa said no more TV. Dah lama sangat agaknya berbulan-bulan tak kena rotan, angin apa lasak sangat minggu lepas sampai hari Isnin dan Jumaat kena rotan. Lepas tu berjam-jam kena kunci dekat luar rumah gelap-gelap malam. 
   Kecewa Papa balik malam Jumaat tu, ingatkan nak buat surprise ajak makan luar lepas tu tengok Jurassic Park yang baru. Dengan mama budak pun dah tak de mood mogok sebab anak-anak degil buat havoc kat atas diajak makan luar pun tak mau. Terpaksalah papa bungkus makanan sebab mama dah mood mogok. Baru menyesal nampak raut wajah si Ilhan, terkilan tak dapat tengok Jurassic Park dan merangkap pertama kali dalam hidup dapat tengok movie di panggung wayang bersama adik-adik yang lain. Sebab kali ini lebih banyak kesilapan Rayyan cuma tempias kena dekat Ilhan juga. Bila Ilhan masuk rumah dulu, siap kata tak sayang Rayyan, biar je Rayyan duduk dekat luar tak perlu kasi masuk. Rayyan pula dah keseorangan di luar gelap, berlari ke sini sana cari tingkap mana mama melolong minta maaf. Nasib baik duduk kampung, antara rumah ada jarak dengan drama malam Jumaat, budak kena kurung luar rumah. So the next day, all the kids mellow down takut kena hadiah lagi dari Papa. 

  Papa pun entah kenapa kali ini nak sangat bawa the kids tengok movie Jurassic Park, Sabtu malam pula pergi bawa the kids ke panggung wayang dan belanja makan Japanese food. Penat jugalah on Sabtu, tengahari ada kenduri tahlil di Nilai, sebelah petang kena rush balik untuk kelas Taekwando budak-budak sebab esok ada test. Malam ke 1Utama pula Papa nak bawa budak-budak ni ke Cinema. Papa pun rasa guilty kut sekolahkan anak-anak banyak kali kena libas dah tahap nakal sangat.
  Petang Ahad pula 1st Taekwando Test for Rayyan. Ilhan pula untuk test masuk tali pinggang hijau. Balik dari Test Taekwando entah kenapa level confident Ilhan up, terus pass naik basikal beroda 2 je sekarang. Dah minggu ini balik je dari sekolah agama mesti nak pusing main-main basikal. Dugaan betul cuti sekolah lepas dengan anak-anak lelaki makin lasak dan keluar macam idea-idea memeningkan kepala mama diorang ni. Tukang Kebun wondering how other mothers cope with this growing phase.
  Bila hati dah marah, berapa kali masa cuti ini selalu tanya Ilhan fikir apa masa buat benda-benda rosakkan benda dalam rumah dan pergi sekolah untuk apa? Siap tersasul cakap lebih baik tak perlu pergi sekolah.

 Then Ilhan waited for his father to come back from work yesterday and show his Sekolah Agama results....
   He rendered the parents speechless for a few seconds to gather their wits...did not expect it will be almost perfect score.

 Then, Papa tanya Ilhan dekat Sekolah Kebangsaan petang pula dapat no. berapa? Sebab tengok keputusan markah hari tu macam dapat no. arah terakhir je dalam kelas. He said he got 6th place. Macam tak percaya je the parents, "16 kut bukan 6?". After some teasing, we think he said the truth No. 6. Tunggu je lah report card. 

 Minggu periksa pun main-main lagi dekat luar, kalau bukan mama asyik sergah ingatkan esok periksa takde buka buku. Yang pelik sebab masa peperiksaan Sekolah Agama pertengahan tahun ini, Ilhan tak inform mama dia, bila dah over baru mama dia tahu dah lepas pun periksa dan Ilhan takde pula menghadap buku-buku mata pelajaran agama on exam week. So imagine our surprise how he managed to surprise us and shut my mouth. The mother cannot say anything...cheeky Ilhan. Cuma dalam hati syukur-syukur sangat, my eldest boy can now cope on his own to learn at school even without any tuition. Took us some years for him to cope with his languange understanding abilities, now he can learn or memorize other language much faster. Daya ingatan Ilhan sangat kuat, mama Ilhan pun kena fikir banyak kali sebelum beri jawapan nak kena pastikan betul atau tidak. Nanti Ilhan Ingat selama-lamanya jawapan Mama.
  Ini perjanjian Papa dekat Ilhan ya, nanti tak tulis Papa buat lupa-lupa.

 Papa said kalau top 3 periksa akhir tahun Sekolah Kebangsaan, we go visit LegoLand.

 Papa said kalau top 3 periksa akhir tahun Sekolah Agama bawa pergi Cameron Highland. Why Cameron Highland??? Ilhan pun tak tahu CH tu apa, siap tanya lagi. (Personally pergi ke pantai/pulau lagi semua happy happy, Abby ni duk asyik tengok air je cakap nak mandi laut).

8 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Gemuk-gemuk ayam tu Dee - geram kakak tengok
Tahniah buat Ilhan. Sekarang boleh tengok result online dah Dee.
Ilhan kena ingatkan papa kalau lupa janji

Suzie berkata...

saya ada 2 boys....pun pening...first cuti 2 anak dara besar balik perak kami balik trengganu , letih pula rasa x da sapa nak tolong....huhuhu

attyrahim berkata...

Sya nak beli benih bawang dayak. Tinggal di kg subang. Wassup 0122818118. Urgent sb gastrik. Tkasih ya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Ayam belum gebu sangat lagi sebab masih muda hehehe...mungkin yang nampak gebu tu ayam daging.
Syok dah nak pegang-pegang ayamnya dah mula berisi makin banyak nak dekat raya ini.
Cuba juga tengok online tapi asyik page error sahaja.

Salam Bahagia Kak Suzie.

Peningkan lebih lagi kalau umurnya hampir dekat.
Ada je rancangan mereka ni masa usia minda tengah creative.

Salam Bahagia AttyRahim.

Stok hanya tinggal sedikit sahaja lagi. Pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com).

Unknown berkata...

Pm saya mau beli pokok bawang dayak..wtup or cal me.pls 0196666105

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Monarita.

Untuk pesanan dan further details boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).

Neny berkata...

Bestnya tengok ayam2 peliharaan Diana...mmg berbaloi bela ayam sendiri. Cerita pasal ayam2 komersial ni mmg menakutkan tapi sbb xde pilihan dok beli jugak la ayam komersial. Kot la satu ari nanti rezeki dok rumah yg ada tanah luas, nak jugak la bela ayam sendiri.

Membesar dan mendidik anak2 mmg besar kan cabarannya? setiap kali anak2 buat hal, dok ingat camni la kot mak ayah kita dulu mengadap perangai kita. Tahniah buat Ilhan sbb dpt result cemerlang sekolah agama. Semoga terus cemerlang Ilhan!

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Neny.

Bila bela sendiri dah boleh nampak banyak jauh perbezaannya yang dibela secara organik dan komersial.
Entah berapa dose hormon diorang inject nak kasi besar, kalau tengok yang bela sendiri ayam daging dan jenis-jenis lain takdelah beza sangat pembesarannya jika diberikan food dan living environment yang sama.
Ayam kampung lebih lasaklah tak cepat sakit banding dengan ayam daging.

Bak kata nenek Ilhan, mama Ilhan pun apa kurang lasaknya masa kecik kihkihkih...dah ada anak sendiri, rasalah kata nenek Ilhan.