No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 27 Jun 2015

KurangKan BerMain

  Salam Bahagia, sudah lebih seminggu kita berpuasa. Beberapa hari ini mood kurang sikit, pening-pening rasa lepas ambil kad kemajuan si Ilhan (banyak nak fikir tactic control his loose feet). Ketinggalan nak buat catatan kebun dan dapur untuk Ramadhan 7,8, dan 9 tahun ini. Puasa ke-7 bulan ini, buat sos spaghetti pasta pula untuk berbuka campur daging cincang dan sayur raja bersama (terlebih minyak sikit kali ini so nampak oily). Lauk sampingan buat ayam ala-ala popcorn style supaya permata-permata hati lebih banyak makan protein pada hari tu, no nasi day. Sampai hati dearest husband mula-mula ingatkan ayam popcorn segera, home-made ya dear. Macam tak percaya bini rajin buat.

Info Sayur Raja klik sini.

~ Anak pokok Sayur Raja sebekas RM5 ~

atau boleh campur-campur dalam promosi page 3 plants mix for RM10 (click here to visit this promotion).
  For supper 7-Ramadhan sebelum kanak-kanak riang in slumber, makanlah pisang goreng cheese nangka dengan ice-cream. Rayyan dan Abbiyana tak de masalah nak mencuba-cuba makanan baru. Kali ini Tukang Kebun nak pancing yang paling fussy the eldest Ilhan mencuba, jadi masa tunggu Ilhan kelas piano kami belilah 1 bekas besar paddle pop rainbow. Tactic yang berjaya sehingga, kanak-kanak riang semalam sebulat suara for supper 9-Ramadhan pun request nak popiah pisang with ice-cream again.
  Tukang Kebun pula terliur-liur tengok durian kampung baru datang dari Taiping dekat tepi jalan on the way balik dari teman kelas piano Ilhan, melantak durian kampung dengan popiah pula. Ambik ko, panas perut makan durian masa bulan puasa ini.
  Hari ke-8 Ramadhan tahun ini, papa Ilhan ambil cuti sehari sebab nak kena jumpa cikgu ambil kad kemajuan Ilhan sebelah pagi sekolah agama dan sebelah petang sekolah kebangsaan untuk keputusan pertengahan tahun. Tukang Kebun dah agak-agak mesti banyak komen hyper aktif Ilhan ini, Papa Ilhan social skill lagi better dari Tukang Kebun. Tukang Kebun biasanya jenis tak banyak cakap nak pacify cikgu, angguk-angguk je.

  Syukur Alhamdulilah Hari ke-8 berpuasa Rayyan berjaya puasa penuh. Tapi sebab banyak angin dalam badan. Lepas berbuka mula muntahkan keluar semula isi perut. 

  Al-kisah sebelah pagi sekolah agama, papa pergi wakil sorang je, adik-adik semua tidur tak de siapa nak jaga kalau tinggal di rumah. Ilhan oh Ilhan dekat sekolah agama kasi pening kepala ustazah. Ustazah takde komen apa-apa pun bab belajar, direct je cakap bab belajar ni baik sebab Ilhan pandai. Nak komen bab belajar pun macam mama Ilhan tak leh cakap apa, dah kalau periksa pertengahan tahun kali ini berjaya dapat No. 1 dalam kelas dan keseluruhan darjah 2 pun No. 1. Termakbullah cita-cita Ilhan kali ini dapat No. 1, hari tu komen masa ujian bulan 3 tanya kenapa asyik dapat No. 5 (related posting klik sini). Nenek Ilhan pun bagi komen, Ilhan dah break record mama Ilhan keputusan sekolah agama. So hopefully, peperikasaan akhir tahun dapatlah kekalkan ya Ilhan.

  Tengok ulasan komen ustazah masa ujian bulan 3 lalu ' Tingkatkan lagi usaha anda. KURANGKAN BERMAIN '. Periksa pertengahan pula : Tahniah! Kekalkan usaha anda. Lepas dah just a few words komen je Ilhan pandai, papa jadi tempat ustazah luahkan perasaan nak layan kerenah Ilhan on school days. Ustazah kata Nasib baik Ilhan ni budak pandai. Tapi tak boleh duduk diam, mengacau je dalam kelas. Main kuat betul dalam kelas. Kelas tambahan hari tu Ilhan patahkan pembaris panjang ustazah. Ustazah dah pesan dekat Ilhan minta papa gantikan. Ilhan takde pesan papa kata (takut kena marahlah tu, rotan panjang menunggu gantung tinggi dekat dapur). Papa nak bagi duit ganti. Ustazah tak mau, minta belikan baru. Terpaksalah Papa Ilhan cari nanti pembaris panjang, gara-gara kenakalan Ilhan ini. Rumusan sekolah agama pandai, kuat main dan nakal. Masa Darjah 1 dulu pun dekat sekolah agama sampai ustazah kata dalam 1 penggal dah banyak kali kena tukar tempat duduk sebab antara suara yang paling kuat dalam kelas (@bising). 
   Sekolah Kebangsaan the whole family pergi jumpa cikgu Ilhan, bila dah salam cikgu bagitahu nama anak. Wow terus je cikgu Ilhan kata, "Cikgu-cikgu semua dah lama teringin sangat nak jumpa parents Ilhan". Dalam hati mama Ilhan terus je 'Ilhan oh Ilhan not again', terus mama Ilhan kata, "Ilhan ini kuat main ya cikgu dalam kelaskan". Apalagi English Teacher pun cakap "Ilhan is very very very naughty" (noted triple 'very'). Seperti komen biasa diterima, tak reti duduk diam, asyik berjalan-jalan dalam kelas, kacau kawan-kawan. Sangat hyper-active. Cikgu kata semua cikgu-cikgu kenal hero Ilhan ini. 90% conservation pasal kenakalan Ilhan. Tengok keputusan peperiksaan pun sekejap je, tak de komen sangat bab belajar, katanya bab belajar Ilhan pandai tapi nakal. Keputusan pertengahan tahun ini N0. 6 dalam kelas dan keseluruhan darjah pun No. 6. Hai Ilhan oh Ilhan beriya-iya nak ajak mama papa pergi sekolah supaya cikgu-cikgu boleh release stress nak didik si Ilhan ini. Terima kasih banyak-banyak cikgu-cikgu sabar mendidik Ilhan yang memang hyper-active ni. Parents Ilhan pun tak pernah beritahu yang Ilhan pernah diagnosed ada characteristic 'Autism' (so he will be seen as any normal student, boys will be boys memang normal juga at this stage perangai begitulah kalau dah masuk zaman nakalnya). Well hyper-active is a given. 

  Papa Ilhan kata lain kali nak suggest dekat cikgu, lantik Ilhan jadi pengawas mungkin boleh ubah sikit sikap sebab diberikan tanggungjawab. Cepat je anak papa Ilhan balas dia tak nak jadi pengawas, sebab leceh banyak benda kena buat dan ikut. Oh pandai ko ya Ilhan nak bebas ya.
  Balik dari ambil report card Ilhan, pening-pening, masak simple je untuk berbuka puasa ke-8, hanya goreng ikan bawal putih kecik ranggup-ranggup dan masak kicap campur ikan bilis, tempe, ubi kayu, kacang panjang dah digoreng bersama-sama. Kemudian tunaikan hasrat Ilhan buat jus nenas.
  Puasa ke 9 pun menu cukup simple goreng ikan masin dengan sup ayam. Minuman pun cukup dengan sirap biru sahaja.
   Awal bulan Julai akan datang ini, Tukang Kebun buka lagi Pasar Ramadhan untuk Pisang Nangka lagi. Kali ini akan datang dari gambar di atas ya. Dah nampak almost ready to harvest. Macam-macam boleh dibuat dengan Pisang Nangka ini. Yang nak buat kerepek pisang raya pun boleh juga. Jika yang self-collect sesisir RM5 ya. Yang tak dapat self-collect boleh dipos juga. Harga pasaran pisang nangka bulan lepas dekat kawasan Tukang Kebun sekilo pun dah RM3.50. 4 biji pisang nangka pun dah beratnya lebih 500gram. Sesisir pisang nangka banyak buahnya tu mau paling kurang 2 kilogram, macam-macam boleh dibuat.
  Terjumpa bula sebiji benih pisang nangka dalam antara pisang-pisang yang digunakan untuk masak minggu ini.

Self Collect Schedule Next Week:

~ Rabu, 1hb Julai 2015 antara pukul 9:00malam~9:30 malam di Sungai Buloh.

~ Sabtu, 4hb Julai 2015 antara pukul 4:00petang ~ 4:30 petang di Sungai Buloh.


5 ulasan:

azri hassan berkata...

salam puan diana.ditempat saya harga sekilo pisang sudah cecah rm5.

Fida Z Ein berkata...

Pisang di tempat saya kerja siap kena curi lagi...memang harga pisang boleh tahan...

Suzie berkata...

sementara anak nak besar kan....
sedapnya tgk pisang...hihihi

Normala Saad berkata...

malang kat tempat kak susah nak jumpa pisang nangka...teringin nak buat goreng..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Azri.

Wow berbaloi tanam pisang kalau sekilo RM5.

Salam Bahagia Fida.

Harga barang yang mentah pun semakin menaikkan.

Salam Bahagia Suzie.

Itulah dugaan nak sabar sementara anak membesar ni.
Kalau tak lasak tak hero pula.

Salam Bahagia Kak Mala.

Pisang nangka memang jarang nampak bayangnya sekarang.
Tapi kat kawasan kampung Diana ni ramai orang tanam pisang nangka.