No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 21 Jun 2015

Frozen Vegetarian Milk

  Syukur Alhamdulillah pada puasa hari kedua Ramadhan Kebun Bahagia Bersama Team Members mendapat ilham untuk mencuba buat susu kacang soya dengan campuran daun pandan dan bunga telang bagi berbuka puasa. Ilhan kata nak belajar buat susu kacang soya, jadi antara gap balik sekolah agama dan menunggu masa ke sekolah kebangsaan kami buat sama-sama. Menjadikan susu kacang soya ini akan memberikan 3 khasiat dari rebusan bahan utama kacang soya, bunga telang dan daun pandan. Baru-baru ini tinjauan harga kacang soya organik di Jusco AEON ialan RM4.15 untuk 300gram. 
  Sabtu lepas selepas selesai urusan self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama kami singgah ke The Store, Sungai Buloh nak bayar bill elektrik sekali di pejabat pos. Terkejut tengok harga pasaran sekotak susu brand Dutch Lady RM7.10 GST inclusive. Kanak-kanak riang ini biasanya kalau sehari sekotak pun boleh habis lagi-lagi kalau yang jenis ada perisa chocolate tu. Takpelah Abby ambil sekotak je hari ini. Tunggu ada promosi. Kita beli kacang soya. Mama buatkan Abby air special susu frozen lagi ya. InsyaAllah esok puasa Ramadhan hari kelima tahun ini sambil Mama teman Abby lunch sorang-sorang, kita buat susu frozen lagi.
  Kalaulah perempuan Dutch boleh buat pelbagai perisa dan warna, perempuan Malaysia pun boleh kan. Setakat ini perempuan Dutch tak terbuat pun lagi warna susu dari bahan semulajadi biru (no artificial coloring), siap warna hampir serupa dengan tema Disney Frozen tu. Syukur Alhamdulillah si Ilhan memang selalu jadi assistant Mama petik bunga-bunga telang lepas sekolah agama. Esok mata yoroshiku ne Ilhan.
   Buat Susu Frozen ini pun senang je, gabungan basic buat sirap biru telang dan susu kacang soya.  Lebih kurang step-by-step yang Tukang Kebun tunjukkan semasa buat Air Kacang Soya Pandan (related posting klik sini). Kali ini tak perlu blend pandan sekali dengan biji kacang soya. Cuma mula-mula masukkan daun pandan yang diracik-racik dan bunga-bunga telang yang telah dibasuh ke dalam periuk. Kemudian bila blender biji kacang soya dengan air, air yang diperah masukkan sahaja ke dalam periuk dan dipanaskan bersama daun-daun pandan dan bunga-bunga telang. Lama-kelamaan air kacang soya akan bertukar kepada warna tema frozen. Quantity bunga telang akan menentukan kepekatan warna kebiruan susu.
  Bila dah mendidih nak masak baru masukkan gula ikut citarasa. Lepas dah suam-suam susunya hendaklah ditapis bila dipindahkan ke bekas minuman. InsyaAllah kanak-kanak akan riang excited tengok susu kacang soya warna frozen pertama kalinya. Syukur Alhamdulillah anak-anak Tukang Kebun memang excited sangat, itu yang dilabel terus panggil Susu Frozen. "Mama boleh buat susu frozen" hai~ tersengih-sengihlah Tukang Kebun rasa puas hati experiment di dapur kali ini dapat memikat hati keluarga. Untung buat susu kacang soya sendiri ini budget memang saving banyak. Dengan 300gram berat kacang soya boleh dapatkan 3 kotak susu Dutch Lady yang saiz besar tu. Campur belanja Susu Kacang Soya, gula, gas dapur, dan air yang digunakan mungkin round total RM5. Kalau 3 kotak susu Dutch Lady RM21.30. Jadi Mama dapat jimat duit pocket Papa RM16.30 . Dah daun pandan dan bunga telang percuma picking dari kebun.
  Bahagianya hati pada 2 Ramadhan tahun ini, bunga pink lotus pun tersengih-sengih sampai hari ini puasa keempat ia kembang mekar sepenuh-penuhnya di frontyard.
   Tukang Kebun nak sambung cerita untuk puasa Ramadhan hari ke-empat pula tahun ini. Hari ini dapatlah juga menuai sebiji nangka yang dah masak dari pokok. Walaupun saiz buahnya besar macam bola sepak je, bolehlah dapat sebesen ulas isi nangkanya. Sambil-sambil Tukang Kebun sedia goodies untuk penghantaran esok, dearest hubby temankan sambil keluarkan isi-isi nangka di bawah kanopi pokok assam jawa. Si Abby dan Rayyan yang tak puasa mengisi perut dengan isi nangka jelah hari ini. Rayyan patutnya belajar berpuasa hari ini tapi kantoi bila Tukang Kebun masuk dapur hantar tuaian upih ini nampak dia sedang pegang gelas minum.
  Selain dari sedia air teh limau kapas untuk berbuka hari ini, Tukang  Kebun buat jus canistel campur kurma dengan susu pekat.
  Inspirasi yang diberikan oleh Awin dari Petak Hijau awal tahun ini. Biasanya Tukang Kebun tak rasa lapar tetapi lebih rasa dahaga nak minum jelah dulu. Jadi kiranya macam berbuka dengan kurma dahululah bila minum jus ini.
  Sambil Tukang Kebun sediakan air minuman untuk berbuka, Dearest hubby pula buat projek telur itik masin. Hari ini 18 biji telur masin dibuat untuk stok dapur Kebun Bahagia Bersama. Lepas ini selain dari telur itik segar, bolehlah Kebun Bahagia Bersama bekalkan telur masin juga.
  Hari ini Tukang Kebun selitkan wedges ubi kayu yang telah digoreng dengan ayam masak merah, kanak-kanak riang kata sedap Mama boleh je gantikan ubi kentang dengan ubi kayu.
  Semalam kumpul stok kelapa tua yang baru, dah habis stok sebelum ini digunakan untuk diberikan kepada ternakan. Yang berminat juga boleh dapatkan stok kelapa tua yang baru dari Kebun Bahagia Bersama dengan harga Raya special 5 biji for RM2.
  Sambil Tukang Kebun masak petang tadi, Dearest Hubby sediakan stok 4 biji santan untuk Tukang Kebun guna masak minggu ini simpan dalam freezer.
   Ada juga kami tuai buah-buah kuning telor dan ciku. Sambil tunggu azan Maghrib, Ilhan dan papa gosok buah ciku dengan sabut kelapa untuk peram. Dari minggu ini Tukang Kebun perhatikan ada 3~4 ekor ayam bertelur dekat tempat yang sama tapi tak mengeram jadi yang dah lebih 2 hari punya boleh ambil simpan stok di dapur.
  Terima Kasih banyak-banyak dekat Sis Ju , Gardener di Kebun Kecil Ajer, sudi mencuba cadangan Tukang Kebun buat kacang soya pandan. Beri motivation hari ini nak curi masa prepare posting Kacang Susu Frozen pula. Terima Kasih beri cadangan hampas kacang soya juga boleh dibuat campuran bahan nugget ayam. Nak kena cuba ni bila sembelih ayam daging organik dari kebun sendiri. Thank you Dear.


8 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

sedapnya buah nangka, boleh campur dalam pengat untuk buka puasa.

Bunda_nora berkata...

Kalau nangka masak boleh buat bubur...yang muda buat gulai...
Dap nyer..

olive berkata...

Diana, i saw you put the date on those eggs. So smart

Unknown berkata...

Hampas kacang soya dulu sy pernah buat cucur jugak. Letak bwg, letak udang kering, cili. Memang sedap. Nk try pulak lah yg nugget. =) mcm2 resipi baru utk ramadhan. Hehe

Normala Saad berkata...

Seronoknya tengok hasil kebun Diana...tumpang bahagia dibulan Ramadhan ini...

azri hassan berkata...

wah resepi soya frozen nie memang sgt2 menarik mesti saya nak cuba buat juga nanti

Suzie berkata...

macam best je soya frozen....sedap nampak nangka

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Syukur Alhamdulillah bulan Ramadhan tahun ini dah berapa kali dapat buat pengat pisang dan nangka.

Salam Ramadhan Bunda.

Teringat gak nak cari udang galah nak campur dengan nangka muda buat gulai.

Salam Bahagia Olive.

Easy to keep track. Use the oldest one first when cooking if got dates.

Salam Bahagia We Linnasya.

Belum pernah cuba lagi hampas kacang soya campur dengan cucur.
Thank you for the suggestion nanti nak cuba juga.

Salam Bahagia Kak Mala.

Syukur Alhamdulillah di bulan Ramadhan ini ada macam-macam rezeki boleh cari dalam kebun.

Salam Bahagia Azri Hassan.

Nanti buatlah banyak khasiat dan dijamin lebih bersih dan selamat jika dibuat sendiri.

Salam Bahagia Suzie.

Tahun lepas masa nak dekat Raya rezeki buah cempedak yang banyak.
Nampak gaya tahun ini dekat Raya, rezeki buah nangka yang banyak.