No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 1 Februari 2015

Pelayaran Pisang Kapal

 Khamis lepas, giliran anak-anak pokok pisang kapal pula tukang kebun alihkan ke tempat lain supaya bakanya berterusan tidak pupus. Sebenarnya sebelum cuti balik Sabah hujung lepas, tukang kebun ada pasang hajat nak pindahkan sebelum balik. Sekali tunggu-tunggu satu hujung minggu free, belum sempat tukang kebun dan dearest hubby dapat pindahkan habis dah. Pada masa itu 2 anak pokok yang mengepit pokok asal di gambar No.2 di bawah disantap sampai hilang oleh angsa-angsa.

 Bila buat spot check Khamis lepas, terkejut tengok ada pengganti-pengganti anak-anak pokok pisang kapal dah muncul di sebelah pokok tersebut. Tak sangka amarah yang dipendam dalam hati (pasrah je lah tak de rezeki) oleh kerja angsa-angsa tu diganti juga dengan berlipat ganda bilangannya. Cepat-cepatlah tukang kebun korek gali keluar anak-anak pokok pisang kapal untuk melayar ke tempat lebih selamat. Gara-gara tamak keluarkan banyak anak-anak pokok pisang sebelah ibu pisangnya habis tumbang pokok ibu pisang. Bila tukang kebun peluk batangnya nak tegakkan balik punyalah berat tak mampu nak buat sorang-sorang ni. Terpaksalah bergegas panggil Kak Miz yang sibuk di dapur tolong angkatkan sama. 
  Biasanya tak sebesar ini pokok pisang kapal tumbuh, agaknya tanah di sini sesuai kut cukup citarasa zat tanahnya. Selalu pisang kapal yang berbuah di sini sampai kena tongkat buahnya berat sangat. Kekadang patah batang pisang sebab tandan dah berat sangat. Itupun kami pindahkan jarak sikit dari tempat asal. Sementara tukang kebun tegakkan batangnya, Kak Miz tolong masukkan tanah semula di lubang yang tukang kebun dah sedia gali. Terasa peranakkan macam menurun sikit lepas mengangkat pokok pisang kapal.
  Kebetulan ada petak sangkar yang dah lama kosong terbiar di belakang petak mulberry lalu setiap penjuru petak tersebut tukang kebun tanam anak-anak pokok pisang kapal. Selalunya petak ini gelap sebab terlindung dengan pokok-pokok besar di sebelahnya. Untuk bagi cahaya masuk, tukang kebun potong dahan-dahan pokok langsat. Nampak tu bertimbun dahan-dahan di sebelah kiri gambar di atas sebelum ditarik ke tempat pengumpulan green waste. Sangkar besi petak mulberry dah boleh buka ini, boleh buat petak lain untuk projek lain. Baru senang nak cabut rumput Israel tu.
  Kebetulan pula pokok-pokok mulberry di petak depan anak-anak pokok pisang kapal tersebut ada juga buah-buah yang masak. Sambil berehat, sambil makan fresh mulberry on the spot isi perut. Pokok-pokok mulberry di petak ini dah 2 tahun lebih umurnya. Tak pernah tukang kebun siram walaupun kemarau, masih bahagia hidup subur. Pokok mulberry kalau dah matang pokoknya dah bahagia di situ, memang boleh hidup tanpa disiram dengan cukup rezeki dari air hujan bergantung kepada taburan air hujan sepanjang tahun bila ditanam di atas tanah. Yang penting kena cukup cahaya matahari. Pokok mulberry kalau terlindung di tempat gelap, lama-lama boleh mati jadi tunggul. Kehidupan pokok mulberry yang berkekalan kena pastikan ianya dapat pancaran matahari direct beberapa jam dalam sehari.

~ Anak pokok mulberry ~
1 pot RM7.00 (kebunkmg@gmail.com)

 Syukur Alhamdulillah hari ini dapat tumpang bahagia tengok keratan mulberry di Kebun Samsiah dah mula bertunas.

2 ulasan:

hijau berkata...

Macamana yer pisanag kapal ni. Google gambar macam macam rupa keluar. Panjang lah rendahlah. Hehheh tak tahu yang mana satu.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Hijau.

InsyaAllah bila ada rezeki pisangnya berbuah akan diambil kongsi gambarnya.