Team Members Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan gardeners dan pembaca blog Kebun Bahagia Bersama yang berbangsa Cina. Semoga suasana perayaan pada tahun ini meriah dan memorable bersama-sama keluarga yang tersayang. Tahun Baru Cina tahun ini kami berkongsi bunga berwarna merah si 'Thailand PowderPuff' yang sedang meriah berbunga pada musim perayaan ini. Yang tidak menyambut Tahun Baru Cina Happy Holidays, ada yang mengambil kesempatan melancong atau balik kampung? Mungkin cuti long weekend ini ada juga gardeners yang mengambil kesempatan buat spring cleaning di kebun masing-masing.
Kebiasaannya kalau ikut Calendar Tahun Baru Cina, cuaca di Malaysia pada musim perayaan ini panas dan jarang sekali hujan. Sesuailah dengan si Thailand PowderPuff ini yang jenis tumbuhan tidak memerlukan banyak air (drought-tolerant) dan tahan panas untuk mereka yang ingin berkebun pada musim panas.
Info pokok Thailand Powderpuff (Combretum constrictum) boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).
Selamat Tahun Baru Cina.
Happy Holidays!
3 ulasan:
cantik bunga merah tu sesuai sngt sempena chinese new year ni Diana kan
cantiknya..
Salam Bahagia Kak Noor,
Bunga mudah nak bela di cuaca macam kita untuk sambutan Tahun Baru Cina.
Salam Bahagia Juliana,
Merah berseri-seri.
Catat Ulasan