No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 13 Januari 2015

New Year at Pekan Nabalu

  Konon-kononnya pada hari pertama tahun 2015 nak singgah jenguk-jenguk Tamu Nabalu yang kebiasaannya hari tamu adalah pada hari Khamis. Tapi singgah sarapan dengan dibawa sekali permata-permata hati sampai Pekan Nabalu pun dah nak dekat pukul 11, tamu pun dah habis. Lagipun cuaca juga tidak berapa elok sebab dari malam hujan turun dengan lebat. Cuaca pun sepanjang hari di Tanah Tinggi kawasan Nabalu pun dalam keadaan berkabus. Mercu tanda Pekan Nabalu ialah ukiran batu buah nanas dan tower purple seperti dalam background gambar No. 1.
 Walaupun tamu sudah habis, di pekan Nabalu selain dari kedai-kedai khusus menjual kraftangan ada juga disediakan gerai-gerai untuk petani tempatan menjual hasil kebun mereka secara direct ke pelancong ataupun middleman. Sebagai contoh, Big Boss (bargain hunter) pandai cari gerai yang sedang berjual adalah direct hasil dari kebun petani itu sendiri untuk mendapatkan harga borong beras padi bukit lebih murah berbanding dengan harga di kedai kraftangan. Big boss sedang memujuk  petani untuk menjual berasnya bagi harga borong untuk tukang kebun dapat tawarkan sama harga seperti yang dijual di pekan Nabalu mahupun Kundasang. Yang tak dapat borong beras bukit adik beradik Brown Rice bolehlah juga dapatkan di Kebun Bahagia Bersama selagi stock masih ada. Jimat duit transport nak ke Nabalu atau Kundasang, hanya tunggu Posmen datang hantar. Yang kami berikan nama beras bukit Nabalu berwarna ke-unggu-an macam dalam gambar atas adalah hasil berbudi pada tanah oleh petani itu sendiri ya. Beras pandan wangi dan mutiara juga hanya tinggal limited stock. Beras mutiara bila masak nasinya lebih lembut dari pandan wangi. Beras bukit ini banyak berkhasiat dan kurang berkanji, bagus juga bagi mereka yang perlu menjaga makan atau sedang mengurangkan berat badan.

~ Beras Bukit Nabalu ~
(SOLD OUT) .

~ Beras Bukit Pandan Wangi ~
(Sold OUT) .

~ Beras Bukit Mutiara (SOLD OUT) .
 Apabila Big Boss sedang khusyuk berborak dengan petani tersebut, tukang kebun pula mencari tempat nak buang kulit kacang tiba-tiba mata tertarik dekat bakul sebelah gerai petani tersebut. Ini bukan kepala potong dari buah nanas ni bisikan hati tukang kebun, macam anak pokok sulur nanas untuk dibuat bibit. Lantas tukang kebun berbisik dekat Big Boss: Mak cuba tanya ini bibit nanas untuk jual ke ni? Tersenyum lebarlah dengar memang bibit nanas untuk dijual yang jenis Nanas Sarawak. Lantas tak fikir panjang kami anak-beranak borong bibit Nanas Sarawak. Big Boss nak tanam dekat tepi pagar Kingfisher supaya tak mudah orang ceroboh. Tukang kebun pula bawa balik Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh untuk menambah koleksi nanas. Yang ada peluang singgah Pekan Nabalu dan jika anda one crazy gardener like tukang kebun rajin-rajinlah bertanya sebab main produce Pekan Nabalu ini memang salahsatu dikhususkan oleh Jabatan Pertanian Sabah ialah Nanas.  So kalau nak bawa balik ole-ole dari Pekan Nabalu bawalah balik buah Nanas atau yang suka berkebun bibit nanas. Kena rajin-rajinkan mulut bertanya ada tak petani mana-mana yang turun ke pekan pada hari tu jual bibit nanas ataupun buah segar.
  Bibit nanas ni tak perlu risau nak tergesa-gesa tanam sebab memang kalau style orang petani Sabah tanam bibit nanas lepas baru dipetik dari ibu pokoknya akan dibiarkan kering beberapa hari kesan petikan dari buah nanas. Mereka biasanya tak tanam terus bibit nanas ni. So you can enjoy the rest of your holiday in Sabah tagging along with your bibit nanas without worry. Bibit Nanas Sarawak tukang kebun dapat dari Pekan Nabalu ini pun dah 2 minggu beli tak habis tanam lagi masih terbiar duduk atas meja dapur sebab nak kejarkan tanam tumbuhan lain yang lebih urgent. Ajaran yang diterima oleh tukang kebun secara turun temurun ialah bibit nanas ni elok jangan ditanam terus, elok dibiarkan sekurang-kurangnya beberapa hari selepas dipetik baru ditanam. Inilah cara penanaman nanas yang diamalkan  secara tradisi oleh petani veteran di Sabah ini. Sebab jenis nanas yang ditanam di Sabah kebanyakkannya di tanam di lereng bukit jadi keperluan airnya tidaklah banyak. Kalau dari awal lagi dah direndam dalam air sampai nak tunggu akar banyak keluar pada mulanya rasa bahagia, nanti dah tanam mula pula reput dah tak bahagia. 
 Tumpang gembira tengok petani dengan hasil nanas yang baru sahaja pemborong datang ambil beli pada hari pertama tahun 2015. Besar-besar buah nanasnya, kemungkinan ini Nanas Sarawak agaknya. Big Boss tanya berapa harga sekilo. Sekilo RM3.00. Tengok besar buahnya mesti ada 2 kilogram lebih. Angan-angan adakah suatu hari nanti tukang kebun pun ada nasib boleh ada kebun nanas dengan hasil sebegini.
  Sebenarnya niat utama ke Pekan Nabalu ialah teringin melawat Kampung Asal Arwah Atuk dan Nenek sebelum mereka berpindah ke Poturidong, Kiulu. Kalau tak silap dengar, kampung asal Arwah Atuk dan Nenek ialah kawasan Nuluhon. Tapi hajat tak kesampaian sebab dengan musim hujan kalau tak ada 4 wheel drive tak mampu nak sampai ke sana sebab jalannya masih gravel. Prado tu sakit pula malam sebelumnya jadi kami berjalan dengan MyVi 7 beranak. Maka direkodkan sahajalah simpang nak masuk kampung asal. Tukang kebun tak pernah pergi kampung asal. Big Boss dan adik-beradiknya pun for the first time since zaman kanak-kanak riang baru dapat lawat kembali kampung asal tahun lepas. Big Boss pun baru tahu yang ke kampung asal sekarang dah boleh sampai jika menaiki 4 wheel drive sebab itu selama ini mereka tak pernah balik ke kampung asal.
 Sebenarnya posting Pekan Nabalu ini dah lama dalam draft tapi sukar bagi tukang kebun nak karang asyik rasa sebak sahaja sebab rindukan arwah nenek. Tak pernah terfikir arwah nenek tinggalkan one of the greatest gift of all untuk cucu-cucunya. Arwah nenek dah lama pergi tapi baru tahun lepas tak pernah tukang kebun mimpikan yang Big Boss kata ada peluang mendapat sebidang tanah atas awan di kawasan yang berkongsi banjaran gunung Kinabalu. Big boss pun admit she also never really realized how rich (rich with land) nenek is with the number of land she has. Tak disangkakan betapa banyak 'Tanah Adat' milik arwah nenek belum lagi bahagian yang diwarisi oleh arwah atuk yang di kampung asal. 
 Tukang kebun pun sendiri tak berapa faham adat-adat pembahagian tanah pusaka di Sabah ini ikut adat Dusun-Kadazan. Selama ini yang tukang kebun faham ialah cuma anak lelaki yang akan warisi. Jadi fahaman adalah Big Boss dan Aunty Janet tak dapatlah waris tanah di Poturidong, Kiulu. Memandangkan banyak kali dipesan suruh dibubuh nama 'Tanah Adat' waris dari arwah Nenek tidak dibuat di kampung asal. Maka Big Boss ambil initiative bahagian 'Tanah Adat' arwah Nenek di kampung asal akan dibahagikan kepada 8 cucu arwah Nenek dari sebelah Big Boss dan Aunty Janet sahaja. Dunia pun dah makin moden, tak adil juga hanya anak lelaki sahaja yang dapat warisi, sedangkan dalam Islam pun ada bahagian untuk anak-anak perempuan.
  Dah isi borang nak bubuh nama-nama dalam geran tanah. Tapi penghulu pula tak mau sign. Penghulu nak tanah tersebut diterokai dulu, tanam getah ke buat dusun buah ke dulu baru dipertimbangkan semula. Penghulu tak nak tanah terbiar begitu sahaja. So untuk impian direalisasikan, Kebun Bahagia Bersama Team Members kena work hard supaya cukup budget nak upah kemaskan tanah, tanam anak-anak pokok dan bina sulap (small hut) kecik untuk berteduh. Tak laratlah nak ulang alik dari Kota Kinabalu kalau nak datang kemas kebun sekali-kala. 
 Dari jauh jelah dapat tukang kebun tengok bakal kebun atas awan Kebun Bahagia Bersama dahulu tak kesampaian lagi nak lawat. Doakanlah supaya this little dream of tukang kebun nak ada kebun atas awan dimakbulkan. A dream that once I never dared to dream about.
 Sepanjang perjalanan kawasan tanah tinggi banjaran Crocker dekat Kinabalu ni banyak bunga Impatiens tumbuh liar. Mulalah geram tengok gardener tegar Big Boss dan Tukang Kebun melihatnya. Mulalah tangan gatal nak bawa balik kenangan nak tengok kampung asal arwah Nenek. Kecut perut tengok Big Boss ni di pinggir cerun ni, big boss lagi cepat masuk nak ambil keratan dari tukang kebun. Tukang kebun dah kata biar tukang kebun yang ambilkan. Big Boss bagi alasan dia lagi kecik senang nak selit. Macamlah tukang kebun ni size lebar sangat pula macam tak mampu nak selit juga....hehehe...mak geram sangatlah tengok tu tak sabar nak petik bawa balik tanam.

10 ulasan:

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams TK, seronoknya ada kebun dekat sana....tumpang happy:)

Nasa Mulia berkata...

Wah bestnya Diana tumpang gembira dengar dapat warisan atas awan.....buat kebun sayur atau dusun.

Kakzakie Purvit berkata...

Suasana macam inilah yg kakak suka Dee. Kalau dapat selalu macam ini mahu kakak ni tambah muda hihi... apa tak sebab rasa happy dan bahagianya melihat semua tu..

@na berkata...

Moga impian keluarga KBB termakbul dan dipermudahkan segala urusan...
dan tima kasih jugak krn berkongsi tips menanam nenas...
tqvm

Leena Salleh berkata...

Assalamu'alaikum...saya berkesempatan singgah di Pekan Nabalu bulan Disember lepas tapi sampai dah petang dan perjalanan ke Kinabalu Park. Nak singgah beli nenas yang sedap dan manis tu terus terlupa sebab cari kedai makan LOL! Sempat beli Beras Soft Bario sebaris kedai makan lepas pasar tu... dan disitu terserempak dengan 2 pokok brugmansia warna peach yang digila-gilakan... impatiens jangan cakap sepanjang perjalanan dari Kinabalu ke Poring memang berlambak-lambak... geram saje rasa masa tu jugak nak pindah ke Sabah... your post definitely brings back beautiful memories of my family trip there...

Haslina

Unknown berkata...

seronoknya ada kebun kat tempat orang kan, kaknoor pun minat tapi kdg masa je mencemburui

Tanpa Nama berkata...

Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separoh harta.

ramai yang tak peduli dengan syarat yang telah ditetapkan.

jafmy

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
Julie paling suka tengok bunga seri kelambu /Impatient walleriana tu, cantik2 & subur2 pula tu, dlu p Timpohon mmg x berani nak ambil, nanti kalo dah menjadi yg color purple tu, jualkan dengan Julie ya. hehe...:)

Normala Saad berkata...

Diana...kak doakan Diana berjaya ya. kak tumpang suka ni...dah terbayang-bayang dimata kebun Diana esuk macam kat Cameron Highland.....

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amiizaa,

Jika ada rezeki InsyaAllah akan diusahakan kebun di sana.

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Itulah tak disangka dapat merasa nak ada kebun atas awan. Tengah fikir-fikir juga apa yang nak ditanam jenis group boleh makan.

Salam Bahagia Kakzakie,

Hopefully kita forever young hehehe....cuaca nyaman jauh dari bandar bagus untuk jiwa dan badan.

Salam Bahagia @na.

Amin.
Semoga urusan nak waris kebun atas awan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Salam Bahagia Sis Lenna,

Waalaikumsalam.
Oh ya brugmansia warna peach tu memang memukau dan memanggil-manggil kan dari jauh. Cantik warnanya dan lebat sungguh bunganya. Tapi takut nak tanam brugmansia kalau masih ada anak-anak kecil sebab dikatakan toxic. Impatiens ni memang tengok dekat mana-mana tumbuh sepanjang perjalanan.

Salam Bahagia KakNoor,

Betul kami berkebun ni curi-curi masa je sebab sibuk dengan anak-anak kecil yang sedang membesar.

Salam Bahagia Jafmy.

Biasalah bukan mudah nak tukar terus pegangan lama. Lagipun agama Islam baru sahaja lagi di Sabah baru berapa generasi. Perlahan-perlahan akan ada perubahan. InsyaAllah.

Salam Bahagia Julie.

Waalaikumsalam.

Tak pasti bawa balik warna apa sebab dah layu-layu hampir seminggu duduk dalam baldi.Tengoklah ada rezeki apa nanti.

Salam Bahagia Kak Mala.

Terima kasih doakan kami berjaya. Kundasang yang diibaratkan macam Cameron Highland beruntung sebab duduk berdekatan ada jalanraya utama menghubungkan Kota Kinabalu dan Ranau. Bila infrastruktur jalanraya semakin baik di Sabah lebih banyak kawasan macam Cameron Highland dapat dijadikan.
Kita tengoklah kerajaan yang memerintah sekarang, adakah banyak infrastruktur yang dilaksanakan untuk kemudahan orang Sabah yang tak banyak jalanraya yang baik ini. We'll know the next result orang Sabah puas hati atau tidak dengan next PRU.