Peminat-peminat gardening ada pelbagai citarasa, ada yang suka tumbuhan mudah tumbuh subur sentiasa evergreen sudah cukup bahagia menikmati keindahannya walaupun tidak menghasilkan bunga. Cukup sahaja kehijauan tumbuhan tersebut menyejukkan mata yang memandang begitu juga menyejukkan laman. Daun tumbuhan selalunya lebih hijau di tempat kurang menerima cahaya matahari berbanding full sun. Antara tanaman hiasan sesuai untuk kawasan separa matahari atau light shade yang digemari untuk memenuhi ruang menjadi pilihan ialah pokok keladi hiasan atau di antarabangsa adalah golongan caladium. Pokok keladi hiasan mampu menonjolkan ruang yang kekurangan cahaya dengan daunnya yang pelbagai corak dan warna.
Kebiasaannya keladi hiasan ditanam dalam laman rumah kerana keunikan bentuk dan corak daunnya yang pelbagai. Tetapi sebenarnya caladium juga menghasilkan bunga. Tukang kebun pun hampir tak perasan yang jenis keladi hiasan seperti yang difokuskan dalam posting kali ini menghasilkan bunga kalau bukan ayam pergi bertelur di sebelah pokok keladi hiasan ini. Big boss pun terkejut bila tukang kebun kata keladi hiasannya menghasilkan bunga. Camne tukang kebun buatnya berbunga? Basically tukang kebun did nothing.
Tahun lepas kemarau berpanjangan di Kebun Bahagia Bersama. Sampai keladi hiasan ini hilang ghaib begitu sahaja without no trace. Kalau tak faham perangai keladi ini tentu dah ingat mati sahajakan? Seperti ubi keladi yang dibuat makanan, keladi hiasan ini juga berubi tapi taklah besar kecik je duduk dalam tanah tu. Biasanya apabila tak disiram masa musim kemarau atau sejuk yang dia tak suka, pokoknya akan mula mengering dan simpan tenaga pada ubinya yang akan tido pada cuaca baginya extreme. Di kala musim hujan bertandang, maka muncullah pokoknya kembali. Biasanya pokok keladi apabila ianya telah menghadapi keadaan stress ianya akan teruja berbunga. Kalau nampak macam keluar bud bunga macam gambar No. 3 bermulalah musim bunga keladi hiasan tricolor ini. Perhatikan gambar terakhir No. 4, banyak tangkai bunga yang mula terkeluar dari rumpunan jenis caladium tricolor.
Minggu ini secara official Kebun Bahagia Bersama mula membekalkan jenis caladium tricolor yang base daun warna hijau dengan macam ada jaluran bentuk urat daun berwarna putih dihiasi dengan bintik-bintik berwarna merah jambu. Pokok caladium tricolor ini ketinggian anggaran 1~2 kaki dan sesuai juga ditanam di dalam pasu. Cantik juga sebagai pokok hiasan di balcony garden ataupun dalam rumah. Untuk sesiapa yang sibuk atau selalu out-station ini adalah antara pokok yang tak berapa risau nak ditinggalkan. Bila balik kalau hilang rajin-rajinlah siram semula, InsyaAllah tumbuh yang baru. Cantik ditanam di ruang yang kurang menerima cahaya matahari. Easy Growing plant good for novice gardener. Musuh pun tak banyak. Tak perlu banyak siram bila dah bahagia di tempat tumbuhnya, seminggu 2 kali pun dah memadai.
~ Caladium tricolor ~
1 moist bare-rooted tuber RM8.00 .
Penghantaran 1 Malaysia.
2 ulasan:
Diana, ada seorang kawan fb kak nak beli benih balsam kat Diana. Dia ckp tak boleh nak email melalui hdphonenya. Sebab dia pun tidak menetap berdekatan kak, jd kak minta no telephon dia buat Diana sms dia nanti. Nama Zailina Wanaman. 017 2064508
Salam Bahagia Kak Mala.
Handphone tengah nazak. Screen dah retak-retak jatuh dah tak smartphone lagi dah. Kawan Kak Mala kena minta tolong pinjam sesiapa punya email dulu.
Catat Ulasan