Hippeastrum yang sedang kembang di Kebun Bahagia Bersama minggu ini ialah baka jenis 'Beautiful'. Hippeastrum yang dwi-warna dan mempunyai heart centre berwarna hijau. Tak disangkakan bawang hippeastrum yang tergesa-gesa dicacak ke dalam tanah sehari sebelum balik ke Sabah begitu cepat berbunga. Yang ini berbeza coraknya dengan baka hippeastrum jenis 'Minerva' atau 'Red Flash' yang ada dalam koleksi dahulu.
Bahagianya-lah hati seorang tukang kebun bila kembali ke kebun bila buat spot check kelihatan tangkai bunga sudah terbentuk di bawang hippeastrum 'Beautiful' yang baru dicacak kira-kira 2 minggu yang lepas. Tidak sampai 2 minggu menanti bunga yang pertama telah kembang indah untuk dinikmati. Overall tak perlu tunggu sampai sebulan setelah bawangnya ditanam sudah dapat tengok bunganya.
Kali ini nampaknya diberikan 2 kuntuman bunga untuk tatapan. Antara koleksi baru bawang hippeastrum yang dikumpulkan bulan Disember lalu, jenis 'Beautiful' adalah antara yang paling kecil saiz bawangnya. Ingatkan tak cukup matang lagi saiz bawangnya. Tak disangkakan batch yang ini, dia pula berbunga dahulu dari yang lain.
Self-Collect Schedule This Week:~ Hari Rabu (21hb January 2015) dari pukul 8:30 malam hingga 9:00 malam di Sungai Buloh.
~ Hari Sabtu (24hb January 2015) dari pukul 5:30 petang hingga 6:00 petang di Sungai Buloh.
6 ulasan:
cantiknya.....akak ada beberaapa jerk tinggal lily nie tapi semua mogok tak mo bunga.....ada satu tu hubby beli dekat holand pon sama merajuk....
Cantiklah dwi-warna oren/putih. Kakak biasa nampak pink saja dan putih saja. Dwi warna macam ni tak jumpa lagi..
Diana, buah kak dah sampai. Benih bunga Zailina pun dah sampai. Dia beli katanya..
Sedaplah buah canistel tu Diana. Rugi rasa kak tak beli dari dulu. Bila buka kotak ada buah masak. Time tu juga makan. di pejabat. Memang exited sangat nak tau rasanya bagaimana. Unik sungguk... ada rasa ubi, ada rasa labu dan ada rasa mcm buah salad...lemak..Juga thanks for the FOC gift. Buah ciku tu feveret abang.Nanti nak semai benihnya. Diana ada tanam pokok abiu tak?
Salam Bahagia Kak Amiizaa,
Amaryllis ni tak boleh kasi manja kak nanti malas berbunga. Kena biar juga rasa kemarau nanti musim hujan baru nak bangun berbunga.
Salam Bahagia KakZakie,
Dwi warna merah/jingga dan putih pun ada pelbagai corak dan bentuk kelopaknya.
Salam Bahagia Kak Mala.
Syukur Alhamdulillah kedua-duanya dah selamat terima.
Syukur Alhamdulillah dapat rasa yang dah terus masak. Seronok dengar Kak Mala enjoy makan buahnya.
Anak pokok abiu kena togel tak tau sape punya kerja. Macam dah RIP.
Salam, ada lagi benih pokok ini?
Salam Bahagia Asyraf.
Hippeastrum jenis ini tiada ready stock.
Catat Ulasan