No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 12 Januari 2015

Kuih Lepat Canistel

 Dari minggu lepas, buah kuning telor (canistel) banyak ranum jatuh sendiri dari pokok. Jadi menjadikan cabaran bagi tukang kebun macam mana nak elakkan pembaziran hasil dari kebun sendiri. Buah canistel ni rasanya kalau masak betul lemak berkrim, yang tak biasa makan sebiji pun sukar nak habiskan. Tiba terdetik mungkin sesuai jika dibuat inti buahnya sebagai kuih lepat. Memandangkan tukang kebun sibuk, maka peranan tukang kebun cuma bagi cadangan (dan tukang makan) yang masaknya minta tolong babysitter Abby, Kak Miz yang buat.
  Bahan macam santan dan daun pisang pun tak de masalah stok dari kebun banyak. Isi buah kanistal, campur dengan santan dan gula merah/melaka dengan cara membuat kuih lepat. Syukur Alhamdulillah, memang ngam dan sedap dibuat lepat. Kalau siapa suka kuih pelbagai dari pisang, anda pasti suka lepat kanistel juga. Rasanya seperti campuran pelbagai macam pisang pun ada, pisang kaki pun ada, labu pun ada. Sukar nak explain, kena rasa sendiri kuih lepat canistel. Adik tukang kebun yang tak sentuh buah canistel pun asyik ulang kali makan kuih lepat canistel (tukang perabih, dulu jual mahal sekarang suka pula). New item!!! Lepat canistel untuk tahun 2015 ini jika ada yang rajin buat kuih muih untuk majlis ambil pesanan. Crepe durian pun dah ada, tak mustahil jika kalau dibuat crepe canistel.
 Kesimpulan tuaian pada hari Ahad. 

 Baru je nak mula projek menuai selepas kemaskan dan pruning pokok-pokok berderet di tembok menghadap pintu dapur, hujan pula turun jadi agak kelam kabut. Nasib belum lebat sangat lagi, dah tukang panjat nak petik buah canistel ialah tukang kebun, tak licin lagi batang pokoknya. Syukur Alhamdulillah kebelakangan ini rezeki pisang juga banyak. Minggu lepas pun ada juga setandan pisang nangka yang kami tuai. Yang tuai pada hujung minggu ini belum pasti lagi jenis mana satu.
 Selepas potong tandan buah pisang tersebut, batang pokok pisang tersebut dipotong-potong dan diletakkan mengelilingi anak pokok mulberry yang tukang kebun cucuk keratannya pada pertengahan November lepas yang terbiar (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah semua keratan yang dicucuk kesemuanya masih hidup walaupun terbiar, cuma takut terlanggar dengan mesin rumput je sebab sama tinggi dengan weed. Alang-alang janganlah membazir batang pokok pisang yang sudah diambil buahya, potonglah batang pisang ke berapa bahagian dan letak dikelilingi anak-anak pokok. Ini juga diibaratkan sama concept dengan 'natural mulching' dan 'slow-releasing fertilizer'. Banyak nutrient batang pisang tu setelah selesai proses reputan. Jadi take full advantage.

 Kebun Bahagia Bersama akan teruskan Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama untuk penghantaran Isnin depan 19hb Januari 2015. Kandungan utama dalam pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ialah buah canistel/kuning telor dan InsyaAllah ikut keadaan rezeki tuaian segar sebelum penghantaran akan dicampurkan dimuatkan dalam kotak prepaid small size Pos Laju Malaysia sehingga hampir 2 kilogram. Pakej Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama termasuk kos penghantaran dalam Semenanjung Malaysia ialah RM20.00 .

Self-Collect Day minggu ini :

~ 12hb Januari 2015, Isnin di Saujana Utama antara pukul 9:00PM ~ 9:30PM .

~ 14hb January 2015, Rabu di Sungai Buloh antara pukul 9:00PM ~ 9:30PM .

~ 17hb January 2015, Sabtu di Komuter Stesen Nilai antara pukul 1:30PM ~ 2:00PM (kemungkinan) .

11 ulasan:

@na berkata...

nampak sangat sedap...crepe canistel..blh diketengahkan ni, sebagai salah satu kuih tradisional, yg pasti sgt berkhasiat!!...
tahniah KBB

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak ni usah kata lepatnya, buahnya pun tak pernah rasa Dee. Pokoknya apatah lagi. Ketinggalan benarlah kakak ni...

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
Wah nampak sedap betullah lepat kak Diana tu, nanti Julie pun nak try juga buat lepat buah lemak manis canistel ni, terima kasih banyak2 untuk perkongsian resepi ini kak :)

Normala Saad berkata...

Diana kak nak order canistel tu..ni kira buah campur buah ke RM20..please reply esuk nak bank in...

gina marna berkata...

Nmpk mcm sedap sgt lepat canistel tuu...sy pun x brp dgn bau & rs canistel ni sbb cpt muak. Tahniah Diana, think out of the box :)

Tanpa Nama berkata...

mai kita ramai ramai pakat buat lepat canistel pulak

kena cara nya sedapla rasanya


jafmy

Tanpa Nama berkata...

Dear Diana,akak nak oder canistel ni,duk tengok2 jadi mengidamla pulak...self collect pun boleh..akak tgl di s.alam...ni emel akak awrarich@gmail.com..

Awin berkata...

Saya nak cuba smoothies canistel. Blend bersama susu dan ais.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia @na,

Lain kali jika ada masa nak cuba buat talam canistel pula.

Salam Bahagia Kakzakie,

Dekat Semenanjung Malaysia ini memang sukar nak nampak buahnya.
Di Sabah sudah mula popular dengan penduduk tempatan di sana.

Waalaikumsalam Julie.

Kalau makan begitu sahaja isinya cepat kenyang pula. Kalau buat lepat lebih ramai yang boleh kenyang juga kalau tak tahan lemak sangat.

Salam Bahagia Kak Mala,

Terima kasih.
InsyaAllah minggu depan kami pos.

Salam Bahagia Gina.

Kalau tak biasa makan memang cepat muak dan kenyang.

Salam Bahagia Jafmy.

Bolehlah jadi pengganti inti lepat bila pisang tak de :).

Salam Bahagia Awin.

How was the smoothies?
Big and small kids ok ka?

Juliana berkata...

nampak menarik..apa rasa buah ni ye?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Juliana.

Susah nak explain rasanya....hehehe...kena rasa-rasa sendiri.