No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 17 November 2014

Mood Menanam Mulberry

  Hari Ahad semalam sebelah pagi cuaca terang benderang, ingat dapatlah sambung kerja memotong rumput di belakang yang dilakukan pada Sabtu lepas. Tidak lama selepas azan Zohor hujan mula turun. Lekas-lekaslah tukang kebun simpan mesin rumput ke tempat teduh. Memandangkan hujan off and on turun jadi tukang kebun alihkan sepokok mulberry di kawasan belakang kolam yang baru je dikemaskan pada hari Sabtu berhampiran pokok pisang. Mana bahagian batang pokok pisang yang dah mereput tukang kebun kelilingkan ke pokok mulberry yang baru sahaja dipindahkan sebagai mulch merangkap baja kemudian.
  Kemudian di kawasan berhampiran pokok mulberry tersebut, tukang kebun tanam beberapa keratan mulberry. Sekarang musim hujan ni, paling sesuai untuk tukang kebun tanam mulberry di kawasan belakang yang memang 100% tak pernah siram. Pokok mulberry kalau dalam kamus tukang kebun jenis pokok yang tak memerlukan banyak air di kawasan tropika ini cukup dengan purata hujan sepanjang tahun apabila sudah matang pokoknya.

  Hari ini tukang kebun kongsikan cara paling mudah nak tanam mulberry dari keratan batang "Kebun Bahagia Bersama" style. Cucuk sahaja keratan batang ke dalam tanah sekurang-kurangnya 5cm. Kalau tak hujan siram sehari sekali dah memadai. Kalau tukang kebun yang paling penting supaya keratan mulberry tersebut teruja nak bertunas ialah penerimaan cahaya matahari yang sangat banyak (full sun). Kadangkala jika keratan tersebut memang yang jenis keratan matang ianya akan terus menghasilkan buah. Tukang kebun akan buang semua buah yang belum matang seperti di gambar bawah supaya keratan tersebut akan fokus untuk tumbuh akar. Jangan membazir tenaga anak pokok mulberry tersebut untuk berbuah. Sabar biarkan ianya rimbun daun sahaja dulu kumpul tenaga untuk pembesarannya. Sebab kalau biarkan ianya berbuah kadangkala pertumbuhan anak pokok tersebut akan terbantut dan cepat mati. Biarkanlah ianya tumbuh merimbun daun dulu sekurang-kurangny 2~3 bulan untuk pokok mulberry yang kekal lebih lama. 

Tips gardeners lain cara untuk tanam keratan mulberry bagaimana pula?

Patience will give you more reward.
  Syukur Alhamdulillah penghantaran hari ini banyak antara pesanan yang diterima ialah keratan mulberry dan anak pokok mulberry. Jadi Ahad pagi sementara tunggu dearest husband keluarkan mesin rumput dan repair cover screen lampu motosikal (tukang kebun pecahkan langgar pokok beberapa bulan lalu), tukang kebun buat hard pruning pokok mulberry di Petak E dan hasilnya seperti gambar di bawah. Anak-anak pokok mulberry (RM7 sebekas) dan keratan mulberry (10keratan RM7) available dari Kebun Bahagia Bersama. Kebarangkalian next order keratan mulberry akan diambil dari pokok mulberry di Petak B. Pesanan-pesanan yang diterima dah confirm sebelum 6 petang semalam semuanya sudah dipos awal pagi ini. Tracking no. untuk Pos Laju malam ni tukang kebun email (kalau waktu sekarang pun masih belum masuk system Pos Malaysia lagi kebiasaannya).
  Antara tuaian semasa hujan renyai semalam bila lebat duduk berteduh bawah pokok asam jawa. Dearest hubby pula bantu isi tanah dalam bekas-bekas semalam tolong projek untuk semaian baru tukang kebun akan buat minggu ini. Tidak disangka pula pokok jering ada buah. Sebelum cempedak kena tebuk tupai lebih baik tuai peram dalam rumah sebab selalu lupa nak pergi tengok.
  Buah markisa yang dipos untuk Julie gardener 'My Wonderful Timez'. Minta maaf Julie tunggu tukang kebun pos goodies sampai 3 minggu lebih. Jadi 1 minggu tunggu dapat sebiji Markisa hehehe....telur fresh ayam tu tak dapatlah pos nanti pecah.

15 ulasan:

nasa mulia berkata...

pos buah cempedak sebiji...hehehe

Shasrine berkata...

Pokok mulberry yg shas beli dari Diana pun dah start berbuah. Baru ingat nak alih pasu letak kat parking bawah sebab balcony maybe x cukup cahaya untuk pokok tu berbuah. Pelik jugak sebab tomato boleh je berbuah dengan jayanya. Bila nak alih, tengok dah berbuah, happy sangat.

Nani berkata...

bestkan ada kawasan bertanah, boleh bercucuk tanam..

Bunda a.k.a KN berkata...

Best nye ada tanah luas dan mengusaha sendiri penanaman anak benih pokok...

Kalau dekat2 mau jer bunda pusing2 kebun tu n mengecek anak2 pokok...hehehe..

Julie M berkata...

Thank you so much kak, tak sabar nak merasa markisa tu..bleh letak kat pavlova la lepas ni nyum2...

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Rasanya Mak Aji pernah terbaca dulu tentang anak pokok yang sibuk2 nak berbuah dan terpaksa kita korbankan buah tu demi tumbesaran pokoknya! TQ for the advice. Mak Aji ni kadang2 teruja sangat tengok anak pokok dah berbuah itu yang biarkan aja. It pays to wait!

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Tahun lepas ada Pasar Online KBB pos cempedak masa musim buahnya lumayan.
Musim ini rezeki cukup-cukup untuk team members KBB hehehe...kempunan lama tak makan sejak raya lepas musim terakhirnya.

Salam Bahagia Shas,

Syukur Alhamdulillah dah berbuah.Bolehlah enjoy petik buah mulberry dari garden sendiri dan your kids will surely have a lot of fun.

Salam Bahagia Nani,

Dalam pot juga boleh bercucuk tanam asalkan ada ruang :) .

Salam Bahagia Bunda,

Syukur Alhamdulillah anak-anak pokok yang kami bekalkan memang direct dari Kebun Bahagia Bersama. Cuma rasa tak cukup tangan nak pastikan kesemuanya tak putus bekalan.

Salam Bahagia Julie.

Nanti posing sikit gambar pavlova tu ya hehehe.... enjoy. Sama-sama.

Salam Bahagia Mak Aji,

Betul lebih-lebih lagi kalau pokok yang tut atau grafted kalau dibiarkan berbuah lebat masa masih kecil lagi boleh mengakibatkan cepat mati jika tak jaga dengan sepenuh jiwa raga. Pokok grafted ni bila buah lebat kalau daun makin berkurang salah satu symptom nak habis riwayat tenaga dah tu. Jadi daun yang banyak tu pada awalnya penting untuk memberikan tenaga pokok matang dengan betul.

waheeda shaary berkata...

Anak pokok n keratan batang pokok mulberry still available ke?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Waheeda Shaary.

Anak pokok dan keratan mulberry still available.
Boleh pesan email ke (kebunkmg@gmail.com).

Sharinah Azean Jamil berkata...

Assalam kebun bahagia! tips utk tanam white mulberry sama juga ka dgn style mulberry yg ni?sy ada beli keratan white mulberry dr kebun bahagia tp blm ada perubahan lg.mungkin ada steps sy yg salah.tq kebunbahagia.😃

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sharinah,

White mulberry suka banyak cahaya lagi bila semai, tak berapa suka kalau kena lindung atau kurang cahaya.

fieyza berkata...

Assalamualaikum kebun bahagia..keratan batang mulberry still available ke?

TukangKebun berkata...

Waalaikumslaam Fieyza,

Keratan mulberry masih available.
Pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com).

jijah berkata...

assalamualaikum,
nak bertanya, saya baru cuba menanam pokok mulberi n, tp kenapa setelah mula berbuah, dalam dua minggu kemudian, kesemua anak buah tersebut mati. Apa yang perlu saya lakukan supaya ia hidup tumbuh sihat?
thank you.

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Jijah,

Jika pokoknya baru ditanam dari keratan masih baru nak membesar, kadangkala memang tak jadi buahnya sebab pokoknya tak cukup tenaga nak hasilkan buah. Pokok tersebut lebih fokus nak kasi dirinya sihat membesar dari segi pembentukan akar atau daun-daun untuk photosynthesis.