No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 6 November 2014

Kemas Kebun Ahad 2hbNovember2014

  Sabtu lepas dari pagi rezeki hujan turun, Ahad pula diizinkan kemas di bahagian pagar depan kawasan backyard Kebun Bahagia Bersama. Rumput dah meninggi betul nak masuk pun fikir banyak kali di ruang ini. Minta maaflah kepada jiran sebelah mesti sakit mata tengok terbiar sahaja tak dapat nak keep up dengan rumput yang naik cepat tu. Tukang kebun pula sedang mata tak berapa sihat, jadi mata tak cerah cuma dapat mengharapkan dearest hubby tolong clear weeds di kawasan ini dahulu. Nanti tak perasan anything dangerous depan mata. 
   Gambar di atas adalah gambar after apa yang terdaya dahulu sebab for lunch that day menu Jepun jadi dearest hubby jadi chef (ada insan mengidam nak makan ikan saba misoni) nanti kesian pula dekat anak-anak yang setia menunggu dekat verandah rumah. Pisang dalam ruang ini memang baka jenis yang rendah, yang paling tinggi itulah saiz matang puratanya untuk berbuah. Setandan memang lumayan buahnya kadangkala sampai rebah sebab berat sangat ke tanah. Apatah lagi seronoklah itik sakan. Tak rebah pun kalau angsa nak makan memang tercapai. Blogger Sud@is ada kongsikan gambar pokok pisang serendah ini dahulu (klik sini). Tukang kebun masa wet season ini tengah fikir mana nak pindahkan anak-anak pokok pisang tersebut supaya tak pupus dalam bulan ini hajatnya. Menanam pisang juga elok bertukar-tukar tempat (crop rotation) untuk mengelakkan diserang penyakit.
  Sementara dearest husband kemas di ruang tersebut, tukang kebun pula tolak mesin rumput di kawasan berhampiran sambil weeding. Kesian betul mesin rumput tu dah terlampau well-used dari minggu lepas satu satu bahagian tercabut macam tayarlah sampai besi-besi parts dia pun mula jatuh-jatuh sambil menolak. Memang dah tak berbaloi nak repair. Sayangnya blade dia tu masih tajam sebab baru tukar. Kerja pun jadi tak smooth asyik kena panggil dearest husband sebab asyik tertanggal tayar dan besi asyik jatuh je. Nampaknya bulan ini kena cari masa mencari mesin potong rumput baru. Ada sesiapa boleh recommend tempat ada pilihan mesin potong rumput yang elok? ACE hardware not tukang kebun punya favourite place sebab harganya actually lebih mahal dari tempat yang lain. Kalau ada gardeners yang nak jual let-go mesin rumput masih dalam condition elok boleh contact tukang kebun ya. 
   Area dalam gambar atas lepas dah clear rumput, tukang kebun pindahkan anak-anak roselle pula di sekeliling kawasan ini dari kosong dan rumput je naik. Lagipun rasanya anak-anak roselle ini selamat dari PETS di belakang tak perlu nak buat pagar. Pernah cuba tanam di luar petak kebun sayur dan nampaknya tak disentuh pula. Bolehlah buat tempat ni productive. Lagipun pokok roselle kalau terima banyak cahaya matahari dan tanah sesuai memang pokoknya tumbuh besar macam pokok mulberry. Alang-alang petak sangkar bendi mammoth spineless dalam gambar pun beres merumput (klik sini). Kawasan ini memang tak disiram langsung jadi musim hujan inilah nak ambil full advantage dan penerimaan cahaya juga bagus.

  Minggu ini juga ada stok segar biji benih roselle kami baru sahaja mula tuai dari minggu lepas. Untuk newbie gardener yang belum keyakinan menanam sayur dari biji benih juga, ada stok anak pokok roselle jika berminat.

~ Biji benih fresh roselle ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek berharga RM3.

~ Anak pokok roselle ~
1 pot RM4.
  Bertuah punya itik dalam semak ni boleh juga buat sarang bertelur dalam celahan pokok kaduk. Entah bila dia buat projek bertelur kat sini nampak dah tak elok. Dearest hubby pun tak mau buang takut nanti terpecah busuk semacam tak selera makan nanti.

   Keladi pula memang tersangat subur di tepi tembok sebelah jiran ini. Kekadang lupa nak pergi tengok ada ubi boleh tuai ke tidak. Jadi habuan untuk itik dan angsa selalu. Ini pun perlu dikemaskan cabut yang sulur-sulurnya membuatkan padat. Bahagian re-lay-out tukang kebun punya task, tapi nak kena tunggu lepas 3 minggu lagi. Hujung Minggu ini dah ada benda nak diselesaikan dan minggu seterusnya pun ada projek yang nak kena mulakan. Kali terakhir duduk berdekatan keladi ni terjumpa headless duck, "trauma sekejap" nak kena tunggu mata ni cerah dulu.
  Hasil cabutan secara manual yang dilakukan oleh dearest husband di ruang dalam gambar No. 1. All the green waste yang akan dibakar so not a waste sebab ini hasil mixture tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama.

  Tanah Bakar Kebun Bahagia Bersama, 1 beg for RM5 (Self-collect only).
  Minggu ini memandangkan mata tukang kebun pun dah makin pulih, yang berminat nak self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama adalah pada Hari Sabtu ini antara pukul 5:30 ~ 6:00 petang (details email tukang kebun <kebunkmg@gmail.com>.
 Antara tuaian dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini, yang mana nampaklah. Musim hujan ini, tuaian ginseng jawa yang tumbuh sendiri dah nampak macam orang jual kangkung longgok-longgok seikat. Minggu ini ada jugalah setandan pisang yang dapat dituai. Itupun beberapa biji yang bahagian atas dah kena makan. Kalau tunggu masak betul nanti sendiri tak merasa.

5 ulasan:

falraisi berkata...

Banyaknya hasil kebun...syok tengok. Anak pokok pisang dwarf tu takde ke untuk jual? :)1

LadyBird berkata...

Kacang bendi tu sedap kak.. yumm yumm yumm

Julie M berkata...

Assalamualaikum kak Diana, wah seronoknya dpt tuaian mcm tu syukurlah...kebun Julie pun bila Julie dh malas, panjang2 la rumput tumbuh, & pernah jg sorang makcik tu tegur, banyaknya bunga Julie yg tp semak dgn rumput dia kata, malu jg & now selalu jg la Julie & husband tebas2 rumput. Itik kakak tu pun nak mengeram telur dia jg tu hihi...

Normala Saad berkata...

Kak tersenyum sendiri tengok tempat itik bertelor dalam semak tu...teringat zaman kecik2 dulu, suka pi selak lalang2 dan rimbun2 pokok cari telur...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sha,

Anak pokok pisang dwarf (serendah) tu tak banyak sangatlah dah banyak pupus. Tu yang kena sorting balik pindah tempat masa kemarau tak done. Takut kalau pindah anak-anak mati. Ini yang nak pindahkan masa musim hujan.

Salam Bahagia LadyBird,

Yang tanam sendiri memang lebih sedap sebab kita boleh tuai tak kira saiz dan masih lembut dan manis untuk dimakan jauh beza dengan yang di kedai.

Salam Bahagia Julie,

Waalaikumsalam.

Mood gardening ni memang up and down kan. Kekadang boring juga bila kerja asyik merumput je. Nak juga tukar-tukar projek di kebun.

Salam Bahagia Kak Mala,

Rupa-rupanya bukan telur itik. Telur ayam belanda rupanya tak perasan dah mula bertelur. Anak sulung yang perasan.