Beberapa hari lalu, tukang kebun kena radang mata (conjunctivitis) seksanya nak buka mata, kena rehatkan mata dari tengok monitor-monitor bercahaya. Syukur Alhamdulillah dah sembuh. Dalam pandangan yang kabur tak jelas Sungold kembang bersinar-sinar di depan dapur. Ambil gambar pun jadi kabur-kabur tak nampak dengan jelas dengan mata berair-air. Sungold bukan jenis bunga matahari yang besar jadi tukang kebun selit tumpang dalam pasu sahaja. Kalau balcony garden sesuai jenis bunga matahari Sungold. Boleh tanam dalam pasu empat segi panjang macam di kedai Daiso sangkut dekat rail balcony berderet mesti nampak menarik bila kembang nanti. Tukang kebun perhatikan bila yang saiznya tumbuh lebih tinggi layer kelopak bunganya kurang macam di bawah. Yang pendek pula kelopak bunganya banyak.
Anak pokok Sungold ada perbezaan sedikit dengan jenis pokok-pokok bunga matahari yang lain. Lebih mudah juga untuk dipindahkan.
Gambar di bawah pula anak pokok bunga matahari Crimson Queen yang batangnya lebih tinggi apabila biji benihnya baru bercambah berbanding dengan Sungold gambar di atas yang pertumbuhan daunnya lebih cepat dan bertambah banyak.
~ SunGold Sunflower Seeds ~Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek (RM3.00).
Minggu ini ada juga stok koleksi biji benih jenis bunga matahari yang lain.
4 ulasan:
Diana saya nak 2 pek ya.
Tq :)
Harap mata Diana cepat sembuh. Patut lama tak on air.Btw bunga matahari kecil tu so cute.
Ada lagi x benihnya? Saya nak pesan 2 paket
Ibu Qistina,
Ada tukang kebun simpankan 2 pek.
Kak Mala,
Sekali sekala tukar selera jenis bunga matahari yang banyak lapis kelopaknya.
Lust Envy,
Masih ada hanya beberapa pek sahaja lagi. Kalau email (kebunkmg@gmail.com) cepat, InsyaAllah ada lagi.
Catat Ulasan