No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 16 Februari 2014

Zinnia Cactus

 Syukur Alhamdulillah dari bulan Disember lepas sehingga kini bunga zinnia jenis cactus masih pemurah kembang di Kebun Bahagia Bersama. Lama juga musim bunganya walaupun tukang kebun tak pangkas bunga yang dah layu. Kerap pangkas bunga layu supaya ianya memberikan lebih banyak bunga. Agaknya sebab dipanggil cactus pokok zinnia jenis ini, boleh tahan dengan cuaca kemarau yang melanda walaupun terpaksa diberi belas kasihan siram seminggu sekali. Tak sampai hati pula tengok dia walaupun kemarau masih gagah diberikan tukang kebun kuntuman-kuntuman bunga menyerikan sudut di tepi kolam. Bunga zinnia cactus yang kembang pertama, masih dalam ingatan berwarna peach krim.
 Antara gambar-gambar hot zinnia cactus sedunia, yang jenis warna hot fuchsia pink inilah menjadi kegemaran selalu dikongsikan menjadi icon zinnia cactus. Menampakkannya berbeza ala-ala cactus kelopaknya berbeza dengan pokok bunga zinnia jenis lain. Pokok bunga zinnia cactus bunganya jenis saiz besar, lebih besar dari jari telunjuk tukang kebun.
 Ini pula perbandingan saiz bunga zinnia cactus dengan genggaman tapak tangan tukang kebun. Antara pokok-pokok bunga zinnia yang tukang kebun tanam, jenis cactus ni paling besar setakat ini. Ada satu perkara lagi yang menarik mengenai pokok zinnia cactus tukang kebun perhatikan, semakin tua kembang bunganya ianya bukan tukar ke arah layu warna coklat kekeringan terus tapi bertukar ke warna lain dahulu berperingkat. Sebagai contoh, zinnia cactus yang berwarna kuning, terang macam matahari dalam lukisan bila baru kembang.
  Lama-kelamaan warnanya bertukar kepada warna oren, macam gambar di bawah, bunga warna kuning dan oren tu sebenarnya sama pokok cuma hari kembangnya berbeza, satu baru kembang, satu dah makin tua.
 Bila dah bertukar warna orange, bertukar ke warna kemerah-merahan macam bunga di background gambar bawah ini.
 Yang jenis ini pula warna kuning single petal zinnia cactus, lama kelamaan di pusat ada warna lain pula, makin tua bertukar ke warna pink. Mula-mula tukang kebun keliru juga, rasanya ada satu pokok zinnia cactus je di lokasi ini kenapa pula macam ada 2~3 pokok je ni. Kuntuman bunga yang warna hot fuchsia tengahnya kuning tu bukan zinnia cactus tapi cosmos.
 Memandangkan kuntuman bunganya besar, pokoknya selalu rebah condong ke tanah sebab besar dan berat agaknya nak tampung bunga-bunga yang kembang. Saiz bunganya yang besar, sesuai diambil sebagai gubahan hiasan bunga di dalam rumah. Pokok bunga zinnia ada yang kuntuman bunganya single petal atau multi-layer. Nampak semak background KBB , panas-panas tak de kuasa nak mengemas dibiarkan sahaja, buatlah pemikiran konsep wild flower (nak kasi sedap hati).

~ Fresh Zinnia Cactus Random Mixed Seeds from Kebun Bahagia Bersama Frontyard ~

Approximate 30 seeds per-packet for RM3.00 .

11 ulasan:

suka suka berkata...

K Mar 1 pek ya.. harap2 dptla warna kuning double petal tu..

Suzie berkata...

Warna warni.

sud@is berkata...

Cantiknya zinnia cactus cantik colorfull

gina marna berkata...

Saya nak 1 peket...dah pernah tanam tak tumbuh..huhu

cikmanggis berkata...

salam Diana.Lama tak merayau rayau ke Kebun Diana ni.Besok makcik "MC" jadi malam ni berlibur libur ke blog geng masak dan geng kebun.Cuaca panas ni..habis pokok bunga dan pokok sayur Makcik layu.Panas betul Tuan pokok pun layu tak keluar rumah pun sebab kepanasan.

Bangchik and Kakdah berkata...

besarnya zinnia, senang cakap "sebesar penumbuk".... hehe.

Tanpa Nama berkata...

Salam diana, eila nak 1 pek yerk tq.

TukangKebun berkata...

InsyaAllah kak Mar moga dapat yang multi-layer warna kuning tu nanti ya.

Suzie~ Ya pelbagai warna :) .

Sudais ~ Tak sangka ada rezeki cuci mata pelbagai warna.

Gina ~ Boleh cuba lagi. Yang ni mudah sikit nak jaga.

Cikmanggis ~ Eloklah dapat cuti sekali kala. Memang musim kemarau ni tak berapa nak keluar rumah. Berjemur panas-panas buat demam pula nanti.

Bangchik and Kakdah ~ Nak juga kata besar penumbuk tapi jadi bahasa tak berbunga-bunga hehehe...

Salam Eila.

Boleh. Sorry email reply pun belum balas lagi.

nadia rashid berkata...

diana...ini nak 1 pek yer

TukangKebun berkata...

Ada simpankan untuk Nadia.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tukang kebun:)
Sy br beli zinnia yg dah berbunga 3mggu lps.dah tukar pasu semua.2,3 hari ni zinnia tu dah mcm xsemangat nk hidup..bunga yg br nk kembang,tetiba jd layu.kudup(betul ke sy tulis ni) pn jd layu,mati mcm tu.tp btg dia ok plk.ada jgk yg daunnye jatuhhh je..
Knpa ye? Sy beranggpn mgkn tanah kering,tp setiap kali sy sentuh,tanah lembap.(sy siram 2x sehari,pegi&blk keje) mgkn sbb tanah yg lembap?atau cuaca xtentu skg?
*bunga/kudup yg layu tu sy potong.
Harap tukang kebun bole tolong saya selamatkn zinnia!!
Hampir menangis tgk zinnia yg layu:(