No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 13 Disember 2014

Edamame Original Seeds Package

  Khabar baik untuk gardeners yang dah lama dalam wish list mereka nak mencuba makan home-grown edamame dipetik segar dari kebun sendiri dan menunggu-nunggu benih edamame atau nama biasanya kacang soya. Memandangkan ramai sekarang dah suka pergi ke Restoran Jepun jadi dah biasalah makan side dish 'edamame' yang sangat simple cuma direbus dalam air panas dengan sedikit garam nak kasi rasa lemak. Edamame yang dijamu sebagai snack sihat tu bukan yang kacangnya dah matang ya, masih separa muda lagi. Takut nanti ada yang tunggu kacangnya sampai betul masak pula. Kalau jenis isi kacang soya yang berwarna macam benih matangnya hitam atau merah adalah indicator kalau masih hijau masih muda, dah bertukar warna isinya maknanya dah tua elok buat tempe, air soya dan tofu je lah kalau gitu.

  Tanam kacang soya ni tak susah sangat sama je macam tanam kacang buncis, keperluan air pun sederhana. Satu perkara yang elok dielakkan supaya tak fail first step to grow edamame ialah, jangan rendam lama biji benihnya dalam air. Semai biji benihnya terus dalam tanah (tak perlu rendam). Pastu sehari sekali siram dah memadai sehingga biji benihnya bercambah. Kalau benihnya walaupun dah bercambah tapi membusuk adalah petanda 'over-watering'. Kalau yang dah biasa buat air kacang soya akan faham betapa cepatnya biji kacang soya boleh kembang membesar direndam dalam air. So the mind set to learn is not take anything at face value, psychologically ada insan akan ingat wah benihnya besar jadi lambat dan keras sukar nak cambah. Tidak ya kalau dalam kes ahli keluarga "Fabaceae" atau dulu dikenali sebagai legume (keluarga kekacang/nitroger fixer). Apa yang dalam keluarga "Fabaceae"? Asam jawa, kacang tanah, kacang soya, kacang panjang/buncis, dan termasuklah 'Bauhinia Kockiana" bunga merak tu.

  Edamame pun ada pelbagai jenis. 

  Kenapa ada pelbagai jenis dalam dunia ini?
  Allah SWT Maha Pemurah.

  Tak kenal maka tak cinta, yang biasa tukang kebun tanam pun jenis Fuuki dan Mannarihakuchou. Banyak kali trial and error, 2 jenis ni pun ada suka dan tak suka ikut faktor persekitaran. Macam Fuuki tak suka kalau kawasan partial shade, manakala Mannarihakuchou pula boleh tolerate partial shade. Fuuki lebih tahan cuaca kurang hujan, Mannarihakuchou nak cuaca yang kerap hujan. Ada yang boleh redah musim hujan, ada yang lebih kuat hadapi musim kemarau. Disebabkan itulah ada pelbagai jenis edamame dilahirkan di dunia ini. Cuma kita nak kenali to become a smart garden reader kenalah buat pilihan semai biji benih kacang soya apa ikut perubahan cuaca bila kita dah belajar dari pengalaman melalui trial error to get to know each of them closer.

  Kali ini Kebun Bahagia Bersama bekalkan biji benih edamame dalam bentuk original packaging dari Jepun. Bila difikir-fikirkan kalau dulu masa ada extra benih tuaian kacang soya dari Kebun Bahagia Bersama se-pek macam tak cukup je berebut nak makan seisi keluarga. Jadi biarlah banyak benih nak trial and error kali ini untuk gardeners lain mencuba. Memandangkan kena import masuk bukan direct dari Kebun Bahagia Bersama harga se-pek biji benih edamame ialah RM20.00 . Ada limited stock sahaja. Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com). Ada beberapa jenis kacang soya yang dibekalkan kali ini, sila buat pilihan yang mana berkenan di hati (tulis huruf A~H pun OK kalau pening nama penuhnya).

(A) HayaMidori (30ml) (SoLD ouT)
Benih matang berwarna hijau.
Sesuai untuk ditanam dalam pasu.

(B) AjiMasari (30ml)
Benih matang berwarna hijau.
Kulit bulu kacang berwarna putih.

(C) OTokuyo (SOLD OUT)
Benih matang berwarna hijau.
Sesuai ditanam dalam pasu.
Flexible ditanam dengan pelbagai jenis tanah (not fussy). 

(D) Yusuzumi (25ml) (SOLD OUT)
Benih matang berwarna hijau.
Kulit bulu kacang berwarna putih.
Ketinggian pokok boleh mencapai anggaran 50cm.

 (E) BimiHosan (SOLD OUT)
Benih matang berwarna hijau.
Flexible dengan pelbagai jenis tanah untuk pertumbuhannya.
Boleh ditanam dalam pasu.

(F) KuroHikariDaifuku (30ml)
Benih matang berwarna hitam.
Ketinggian pokoknya boleh mencapai antara 50~60cm.
Kalau nak enjoy rebus makan isinya masa benih muda berwarna hijau.
Kalau dah masak benih warna hitam dah boleh buat tempe.

(G) Kurobe (30ml)
Benih matang berwarna hitam.
Ketinggian pokok antara 40~50cm.
Boleh dicuba tanam dalam pasu jika paras tanahnya dalam.

(H) BoNariChamame (30ml)
Benih matang berwarna coklat.
Kalau nak buat edamame macam di kedai sushi tu tuai masa muda benihnya warna hijau.

27 ulasan:

Awin berkata...

Saya nak A, C,E,F,G,H

Ibu Qistina berkata...

Assalam,

Diana saya nak

(E) BimiHosan
(C) OTokuyo

tq

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Awin dan Ibu Qistina.

Ada simpankan.

Tanpa Nama berkata...

Bagi detail harga. 0175969697

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Harga seperti tertera di atas RM20 sepek belum masuk kos penghantaran.
Further detail email (kebunkmg@gmail.com).

Tanpa Nama berkata...

salam.. jika masih ada stock benih edamame, saya ingin membuat pesanan. terima kasih.

haniryan@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Edamame seeds tiada stock sekarang.

Unknown berkata...

Bila nak restock edamame seeds. Wassap sy 016-3504258 jika ada, tq. Sy Zue.

Unknown berkata...

ad stok lagi tak benih soya ni... nak no contact

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Zuraihan dan Tito.

Stok kacang soya seeds dah out of stock.
Kemungkinan tahun depan ada stock baru.

Star M berkata...

Stop kacang soya hijau Dah ade ke??

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Star M.

Kacang soya hijau tiada ready stock.
InsyaAllah akhir tahun ini ada fresh stock.

Ezzy's Kitchen berkata...

Salam,saya berminat nk beli seeds kacang soya hijau ni.Dah ada stock ker?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Ezzy's Kitchen,

Benih kacang soya kampung tiada stock sekarang.

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Masih ada tak benih edamame?

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Enkay,

Tiada stok benih edamame sekarang.

Unknown berkata...

assalamulaikum..macam mane nak beli ye..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Rix Roy,

Pesanan boleh dibuat dengan email ke (kebunkmg@gmail.com).

Unknown berkata...

as salam... cm ane sy nk order benih kacang bulu????

arda berkata...

salam .. macam mane nak order benih kacang bulu .. ws sy 0148198994

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia AyaAyie & Arda,

Untuk pembelian benih kacang bulu kena email ke (kebunkmg@gmail.com) untuk further enquiry step dia.

Unknown berkata...

Assalamualaikum, ada lagi ke benih edamame puan?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, masih ada lagi ke benih edamame puan?

Unknown berkata...

SAY benih ade tak

Cikgu hussin berkata...

Saya nak beli biji benih edamame. Wasap saya 0196846088

Unknown berkata...

klu ada...re stock nk order

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Biji Benih Kacang soya ada, Boleh contact wassup Nizam 0192931340 untuk maklumat lanjut.