Salam Bahagia, Tukang Kebun agak sibuk kebelakangan ini jadi membalas email dan komen ambil masa dari biasa. Kalau tukang kebun tak reply email dalam 3 hari please remind me again. Kadangkala mungkin kesilapan technical tak diterima atau ingat dah balas tapi sebenarnya belum dibalas lagi lupa nak 'unread' email semula. InsyaAllah akan tukang kebun make a visit nanti untuk kawan-kawan yang sudi memberi komen dan berkongsi cerita di blog posting Kebun Bahagia Bersama.
Hari Isnin kami dah announce upcoming new stock 'DayLily' (common name) atau lebih precise 'Hemerocallis' (info klik sini). Tukang kebun nak elakkan kekeliruan sebab banyak menerima email tanya ada stock bunga lily tak? Lantas tukang kebun akan reply semula bunga lily mana satu sebab not a mind reader. Kekadang sebenarnya enquiry untuk Peace Lily, kekadang pertanyaan untuk "DayLily", kekadang untuk Amaryllis atau Spider Lily, tak ketinggalan pula yang dalam golongan bunga Lilium juga dan lain-lain. Karang terbagi salah item susah pula, jadi kena pesan tulis specific apakah bunga lily yang wish list tu ataupun bagi link supaya tak tersilap.
Hari ini pula kami annouce upcoming new stock di Malaysia ini yang selalu dipanggil bunga lily tapi nama am antarabangsa ialah "Amaryllis" atau lebih precise 'Hippeastrum'. Kalau pembaca setia Kebun Bahagia Bersama mesti dah faham ini adalah hot item seasonal offer jarang-jarang di offer (selagi stok masih ada). Gardeners yang berminat bolehlah membuat tempahan di kotak komen.
'Evening Butterfly'
Hippeastrum Equestre
10 ulasan:
salams TK,
geram tgk semua jenis lily....ada 3spesis jek yg masih saya tanam...tp semua tak mo bunga...
aaaa menggoda betul laa..dah banyak bajet pg kat bunga bulan ni..bulan dpan pulak boleh shopping bunga..
kak diana ada benih tiger lily yg warne oren tak?
Salam Diana,
Mak aai, terkesima dan tergoda dek betapa comeynya bunga2 ni!!
Kalau dah jadi pokok roger akak ya..m memang tak pandai nak jaga bulb yang belum bertunas...
Salam Bahagia Kak Amiizaa.
Kalau banyak baja pun nanti depa ni malas berbunga. Biasanya tak pernah siram pun. Kalau yang otai amaryllis ni kekadang gali bawang matang yang dah besar keluar dari tanah lepas tu simpan dalam tempat gelap dan tak basah beberapa minggu tanam balik nak kasi teruja berbunga.
Salam Bahagia IMM.
Benih tiger lily tanam pun dah lupa dekat mana. Tiger lily ni jenis lilium edible kan.
Salam Bahagia Mak Aji.
Sebab dah tergodalah ni tak boleh berhenti asyik nak tambah personal collection hehehe. ..lagipun tak susah nak jaga.
Salam Bahagia Kak Mar.
Amaryllis ni mudah tanam macam peach lily Kak Mar.
Cantiknya.... Bunga nie ader jual tak....
Salam Bahagia Adli Fakhrullah,
Kalau hippeastrum equestre atau daylily ada stock jika berminat boleh email (kebunkmg@gmail.com).
Catat Ulasan