No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 11 Disember 2014

HamaGinga

  Antara Seri Pagi Jepun (Ipomoea nil) yang menceriakan backyard Kebun Bahagia Bersama bulan lepas ialah 'HamaGinga'. Sebab malas nak buat khas pancang untuk seri pagi ini jadi tukang kebun direct sowing tumpangkan di sangkar sementara yang mengelilingi patch bendi Mammoth Spineless (related posting klik sini). Kebetulan ada masa minggu semaian hujan kerap turun sebelah pagi jadi tanah sentiasa tidak kering dan pertumbuhan juga tidak terbantut membesar dengan cepat. Cuma bila ada masa nak ambil gambar timing awal pagi asyik hujan mendung je, jadi kembang bunga dalam gambar kelopak dah kena urutan air hujan.
  Seri Pagi Jepun jenis 'HamaGinga' juga sangat menarik kerana pelbagai variasi corak bunganya yang kekadang menghasilkan belang ungu dan putih yang pelbagai. Kadangkala semua kelopak bunganya sekata warna purple sexy. Sekarang dah dapat tuai biji benihnya untuk kitaran musim bunga akan datang untuk 'HamaGinga' koleksi peribadi tukang kebun.
  For 'HamaGinga' kali ini tukang kebun tak dapat bekalkan biji benihnya. Tapi jangan bersedih selagi stok limited di bawah ini masih ada, gardeners lain berpeluang untuk mencuba beberapa jenis Seri Pagi Jepun kembang di dalam kebun sendiri. Biasanya Morning Glory Jepun yang Kebun Bahagia Bersama bekalkan adalah hasil tuaian biji benih dari kebun sendiri. Itupun kekadang berat hati tukang kebun nak lepaskan kalau boleh semua nak simpan semai di Kebun Bahagia Bersama. 
 Seorang seedsaver macam tukang kebun ni kalau benih yang tuai dari kebun sendiri lagi sayang nak lepaskan . Sebab kita sendiri tahu makin lama baka biji benih yang dah dituai dengan banyak generasi tumbuh di kebun sendiri lebih mudah nak tumbuh bahagia dah serasi dengan perubahan cuaca di kebun ianya membesar. Bulan ini ada offer biji benih seri pagi baka Jepun dalam bentuk original packaging. 

~Seri Pagi FUJI~
 Ini memang kegemaran tukang kebun yang biasanya rajin tukang kebun semai beberapa kali dalam setahun untuk mencuci mata dan menceriakan kebun. Kembang dari pagi hingga senja. Nak tengok contoh gambar sebenar klik sini. Bila dah tengok kecantikkan bunganya tumbuh dari tangan sendiri memang boleh addicted menanam Seri Pagi Jepun ini.

~ Seri Pagi Kikyozaki ~
 Corak bunga Kikyozaki pun unik bentuk kelopaknya berbanding dengan seri pagi yang lain. Juga kembang dari pagi hingga senja. Untuk lihat contoh kikyozaki boleh lawat posting terdahulu klik sini.

~Seri Pagi Kecil Comel Molek~ (SOLD OUT)
  Pek Seri Pagi ini pula jenis pokoknya renek (bushy) sesuai untuk semaian dalam pasu atau di balcony. Ketinggian pokok dalam lingkungan 30cm.

7 ulasan:

Julie22 berkata...

Assalamualaikum kak Diana, wah Julie pula exited tgk benih2 mg Kakak ni esp. Kikyozaki tu, Julie book sepeket ya! Skrg ni mg heavenly blue yg Julie beli dari kakak menceriakan beranda rumah, setiap pagi Julie belek2 mg ni. Suka sangat! Dah exited Julie dgn mg ni. Thank you so much kak.

Tanpa Nama berkata...

Hi Diana, So vibrant that Hamagina blooms..I would like to put my order of 1 pkt of mini MG. Pls forward me the latest stock list too...TQ & Rgds, Choi Min

Awin berkata...

saya nak seri pagi Fuji 1 packet

Normala Saad berkata...

Diana..rupa2nya MG ni banyaknya jenis dan colornya. Baru2 ni kak ada lihat yang rare dan split petal..mmmm...rasanya dah mcm tak terkejarlah pula...

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam.

Salam Bahagia Julie.

Ada simpankan Kikyozaki untuk Julie.
Syukur Alhamdulillah Morning Glory Heavenly Blue menceriakan garden Julie. Memang boleh asyik belek-belek Morning Glory ni.

Salam Bahagia Choi Min,

Yes the colour is very striking for Hamaginga which Fuji musume is much softer.
Will post your orders probably this Friday/Saturday.

Salam Bahagia Awin.

Ada simpankan untuk Awin.

Salam Bahagia Kak Mala.

Ya memang pelbagai jenis warna, bentuk dan warna. Itu yang tak jemu-jemu nak tanam terutamanya Morning Glory Jepun. Kalau dekat Jepun siap ada beberapa club morning glory dan pertandingan setiap tahun.

Unknown berkata...

Salam...
saya nak beli 1 pack seri pagi kikyozaki dan 2 pek heavenly blue.Postage ke penang..harap sis boleh emailkan total harga dan account number ya..
teacherhusna@gmail.com

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nurul Husna.

Sudah kami email details. Please check and confirm.