KikyoZaki morning glory adalah salah satu jenis morning glory yang kebiasaannya dalam 2~3 bulan mesti tukang kebun semai di dalam kebun. Kikyozaki warna yang klasik terkenal ialah warna ungu kebiru-biruaan ini di mana hujung kelopaknya adalah berwarna putih. Orang French kata picotee kalau style dwi-warna begini.
Pokok morning glory Kikyozaki adalah jenis memanjat. Tetapi pokoknya tak menjalar tinggi seperti pokok morning glory lain membuatkan ianya juga sesuai ditanam dalam pasu biasa ataupun hanging basket senang nak urus. Dalam banyak-banyak morning glory jenis species Ipomoea nil di mana Kikyozaki digolongkan, struktur daun KikyoZaki amat mudah untuk dikenali apabila dah lupa mana satu anak-anak pokok yang disemai bila diperhatikan elok-elok. Setakat ini kaedah semaian yang dipraktikkan oleh tukang kebun menanam morning glory ialah direct-sowing, terus semai di lokasi yang nak biarkan ia tumbuh tak perlu nak pindah-pindahkan. Sebab pokok morning glory selalunya pertumbuhannya sangat pesat lebih-lebih lagi kalau penerimaan cahaya matahari yang mencukupi. Kikyozaki kebiasaannya kurang 5 minggu dari semai dah mula berbunga. Biasanya dengan kaedah pemindahan/transplanting, ada kebarangkalian anak pokok tersebut memerlukan masa nak recover ataupun menyesuaikan diri kepada persekitaran baru. Kalau kita tanam terus pertumbuhannya tak terganggu dan akan tumbuh macam shinkansen (bullet train). Untuk tukang kebun lebih selesa kaedah direct-sowing untuk tanaman morning glory.
Ada juga Kikyozaki yang berwarna merah jambu. Bunga morning glory KikyoZaki kalau matahari tak terik boleh kembang sehingga senja.
Bulan February ini, limited offer dari tukang kebun bila dah congak-congak untuk simpanan persendirian, Kebun Bahagia Bersama tawarkan pek morning glory Japanese Heirloom Classic random mixed, kalau bertuah ada campur Kikyozaki di dalamnya dan juga surprise morning glory Jepun heirloom yang belum tukang kebun kongsi gambarnya lagi. Biarlah rahsia dahulu. Asalnya memang nak fokus pek untuk Kikyozaki sahaja tapi tercampur pula dengan corak yang berahsia-rahsia tu.
~ Japanese Heirloom Morning Glory Random Mixed Classic Series ~
Anggaran 7 biji benih dalam satu pek RM3.00 .
Hati tukang kebun terkilan my dearest Lenay, tak dapat nak memeriahkan perkahwinan Lenay ataupun panggilan terdekat 'Mik' pada hari ini. Congratulation on your wedding dear Mik. Yang sudah lama mengikuti perkembangan Kebun Bahagia Bersama ada yang juga kenal Mik kan. Mik sebenarnya adalah pengasas utama, Kebun Bahagia Bersama. Kalau bukan dari dorongan dan tunjuk ajar Mik kepada tukang kebun tiadalah terbukanya Kebun Bahagia Bersama. Bukan beloved husband teman setia tukang kebun berkebun dahulu, Mik lah yang jadi teman rapat dalam kebun. Beloved husband dahulunya Fisherman of the house turun ke laut pada hari cuti. Biji-biji benih heirloom pada awal Kebun Bahagia Bersama pun banyak hasil tuaian biji benihnya dari tangan Mik.
Maafkan kami Mik tak dapat nak ke kampung Mik pergi kenduri kahwin Mik. Kami sekeluarga selalu rindukan Mik, thank you for the 4 wonderful years living together with us. Terima kasih banyak-banyak Mik, tak terbalas budi Mik jaga Ilhan dan Rayyan dengan penuh kasih sayang. Message mama (@big boss) pun yang berada di Sabah tidak dapat hadir ke kenduri Mik disebabkan keadaan cuaca dan jalan yang tidak sesuai dilalui dengan 4 wheel drive pada hari ini.
Rumah kampung Mik jauh ke pendalaman, belum ada tanah tar lagi. Kalau dengan kereta 4 wheel drive mengambil masa 1 jam dan jika bukan musim hujan. Kalau berjalan kaki ambil 3 jam untuk sampai ke kampung Mik. Terima kasih kepada adik tukang kebun Dany dan Felix pergi sebagai wakil dengan menaiki motorbike. Pergi dengan motorbike juga bukan mudah, mengharungi jalan licin, berlopak dan lumpur. Kakak terkilan sangat mik, rindu sangat dengan Mik. InsyaAllah satu hari nanti kami trekking juga ke kampung Mik. Kami doakan Mik sentiasa bahagia.
14 ulasan:
Diana, i nk 1 pack. Ble x emailkn katalog biji benih gak. My email najihah.said@gmail.com. Tq
Diana, Simpan kak satu pek. Nanti kak bank in duit ya. Yang Fuji tuh dah nak kembang arini, tapi tunggu sampai 9.45am baru sedikit terbuka kuntumnya, tak sempat tengok..kena masuk kerja..harap anak kak tak lupa shoot gambarnya..harap2 dia kembang!
Berkebun ni menenangkan jiwa kan .... saya baru nak perangat engin balik. Bila pindah rumah baru ni ..... nak kena atur lain ....
Diana...saya nak seeds ni ye.
Sedih pula saya baca Diana tak dpt pergi kenduri kahwin Mik.
Dah email Nor Najihah the latest catalogue.
Selalu Fuji kembang sampai lewat petang kalau sinaran tak terik sangat Kak Mala.
Ya Chik Att therapy yang sangat menenangkan. Best ada canvas baru nak warna dengan garden baru tu.
InsyaAllah minggu depan kami poskan seeds ini.
Itulah teringin nak tengok wedding dia. Adik naik motor 2 jam baru sampai redah lopak.
Assalamualaikum..saya nak beli biji benih ni ada lg x? Email katalog terkini juga ya..
teacherhusna@gmail.com
Saya nak order benih morning glory yg ni ye..email katalog terkini juga
teacherhusna@gmail.com
Waalaikumsalam Nurul Husna Md Noh, ada sebentar tadi saya hantar katalog terkini.
Assalammualaikum.. saya berminat nak order benih ni jika masih ada stok. kalau boleh emailkan kpd saya katalog terbaru juga ya. t.kasih. ini email saya azlinnor80@gmail.com
Assalammualikum...saya nak order benih ini sekiranya masih ada, baru mengikuti blog kebun bahagia bersama dn suke tgok blog ni. kalau boleh nak juga katalog terbaru. t.kasih.
email saya azlinnor80@gmail.com
Waalaikumsalam dan Salam Bahagia Siti Nor Azlin Mohd Bakhir,
Stok biji benih ni dah out of stock.
Bila ada lagi bolehlah kami simpankan kalau berminat.
Ada tukang kebun hantar email catalog terbaru.
Terima Kasih sudi membaca gardening ramblings journey KBB.
Catat Ulasan