Antara jenis heliconia yang rajin berbunga di Kebun Bahagia Bersama ialah jenis 'Hanging Lobster Claw' dari jauh boleh nampak. Di tempat yang selalu cepat merimbun redup pokok-pokoknya hijau evergreen memanjang di situlah bunga-bunga heliconia 'Hanging Lobster Claw' yang tangkai bunganya yang tinggi rajin menceriakan sudut tersebut dengan bunga-bunga warna yang terang. Musim hujan ini pertumbuhan pokok-pokok cepat sungguh tak sempat nak mengejar kasi pruning nampak kemas.
Heliconia di kawasan tanah rendah tropika sangat flexible boleh menyesuaikan diri di full sun sehinggalah shade. Biasanya yang di tempat redup pokoknya tumbuh lebih tinggi 2~3 meter berbanding dengan yang menerima pancaran cahaya matahari yang banyak (1~2meter). Kalau peminat heliconia yang duduk di kawasan kelembapan rendah memang cemburulah dengan kita yang duduk di negara yang kelembapan udara yang tinggi sebab heliconia jenis pokok bahagia duduk dengan suasana kelembapan yang tinggi. Musim hujan ni lagilah cepat subur dan bersuka ria berlumba-lumba nak keluarkan bunga.
Ada beberapa jenis burung kecil yang cantik suka hisap madu dari pokok jenis heliconia. Kekadang kelakar juga tengok adegan 'Flying cat/kitten' nak cuba tangkap burung-burung tersebut. Bukan jumping lagi nampak tapi macam dah terbang pula tengok adegan cuba nak menangkap burung.
Ada beberapa jenis burung kecil yang cantik suka hisap madu dari pokok jenis heliconia. Kekadang kelakar juga tengok adegan 'Flying cat/kitten' nak cuba tangkap burung-burung tersebut. Bukan jumping lagi nampak tapi macam dah terbang pula tengok adegan cuba nak menangkap burung.
Heliconia jenis 'Hanging Lobster Claw' pertumbuhannya sangat cepat dan mudah sesuai untuk mereka yang baru pindah rumah dan novice gardener baru berjinak-jinak berkebun. Antara cara pembiakkan heliconia 'Hanging Lobster Claw' adalah melalui sistem rhizome menjalar dalam tanah. Setakat ini tukang kebun dapat kenalpasti di Kebun Bahagia Bersama ada sekurang-kurangnya 5 sudut yang mempunyai banyak rumpunan pokok-pokok heliconia jenis 'Hanging Lobster Claw'.
Gambar di bawah adalah heliconia yang tumbuh di tepi parit luar tembok depan Kebun Bahagia Bersama. Mana tangkainya yang berbunga dan tarik sampai boleh bawa bertenggek ke tembok menghadap laman dalam rumah menjadikan nampak hiasan bergantung di tembok.
Masa musim kemarau kena catuan air ke ,tak de masa nak siram ke, sibuk ke, tak mengapa boleh sahaja biarkan Heliconia 'Hanging Lobster Claw' yang dah selesa hidup di situ sebelum musim kemarau dibiarkan. InsyaAllah musim hujan bangunlah Sleeping Beauty ni semula keluar pucuk baru asalkan rizom tak kekeringan sangat duduk dalam tanah. Musim kemarau tahun ini tak pernah pun tukang kebun siram semua heliconia dalam Kebun Bahagia Bersama. Tiada yang pupus semua dah subur menghijau dan berbunga semula musim hujan ni dah nampak bayangnya balik.
~ Heliconia 'Hanging Lobster Claw' ~1 set moist bare-rooted rhizome RM8.00 .
Penghantaran 1 Malaysia.
4 ulasan:
salams TK,
suka bunga nie...kat rumah lama ada tanam jugak..
Memang suka sangat heliconia ni..warna dia pun cukup terang dan menarik..
Salam Kak Amiizaa.
Tak bawa sikit ke rumah baru ke?
Nanti rindu semula keceriaannya.
Salam Kak Mala.
Suka heliconia ni pun sebab tahan lasak. Kalau meneras habis -habisan pun naik balik selagi rhizome ada.
Catat Ulasan